Followers

Friday, August 21, 2015

VIDEO: Azmin Ali Tibai Duit DEIG Selangor ?




DEIG dibincang secara matang, tidak seperti 1MDB, kata speaker Selangor.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh hari ini melahirkan rasa bangganya terhadap perdebatan berhubung isu Pelaburan Kewangan Darul Ehsan (DEIG) kerana ia didebatkan secara terbuka.

Yeoh berkata, perkara itu tidak terjadi seperti isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kekal tidak dijawab sehingga sekarang.

"Apa yang terjadi semalam adalah sangat menarik, sedangkan isu 1MDB juga masih kekal tidak berjawab setelah sekian lama. Apa yang berlaku di Selangor, walaupun DEIG belum terdapat sebarang aktiviti, seperti yang dikatakan menteri besar, jawatankuasa pilihan sudah pun membentangkan kertas kerja.

"Terdapatnya 'check and balance' dan semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dwi-partisan semalam mengambil masa untuk berdebat," katanya kepada pemberita di lobi DUN, di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, orang ramai sepatutnya maklum dengan apa yang terjadi di DUN semalam kerana ia merupakan satu bentuk tadbir urus tertinggi

"Walaupun ramai tidak biasa dengan (perdebatan seperti) ini, sama ada ini pergaduhan besar sesama mereka di DUN, (tapi) ini merupakan sesuatu yang normal berlaku (di DUN), bukannya tidak normal.

"Jika dilihat debat DEIG, ia merupakan isu yang sangat dasar. Maknanya mereka hanya fokus kepadanya (isu DEIG) dan ia hanya dwi-partisan," katanya sambil mengatakan Umno, PAS, PKR dan DAP turut menyuarakan pandangan mereka mengenai isu tersebut.

Semalam dilaporkan Azmin dikritik hebat Adun kerajaan dan pembangkang dalam dewan kerana menubuhkan DEIG.

Azmin sebaliknya berkata, beliau menyambut baik teguran itu kerana ia mencerminkan demokrasi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berbeza dengan Putrajaya.

"Namun dalam keghairahan kita membentangkan usul ini, kena berhati-hati. Saya mahu pembentangan kita, dan apabila penyata disokong, ia harus berdasarkan fakta.

"Bukan kerana ada skrip atau pengaruh luar yang diarah menyokong atau buat sesuatu keterangan," katanya.

Beliau turut membidas hujah Adun mengkritik DEIG tanpa mengkaji fakta yang dianggapnya sebagai perkara remeh.

Azmin turut menafikan dakwaan beliau cuba menyembunyikan motif penubuhan syarikat itu dan memberi jaminan akan menjelaskan mekanisme DEIG secara terperinci melalui jawapan bertulis pada sesi akan datang.

sumber...TMI