Bukan rahsia besar ada bekas warlord Umno terbabit secara
langsung atau sebaliknya dalam pemilihan parti Bersatu yang sedang
berlangsung sekarang. Cuma bilangannya yang tidak dapat dipastikan.
Namun hakikatnya mereka sedang bergerak aktif .
Saya difahmamkan
ada antara mereka yang tidak bertanding secara langsung (mungkin atas
faktor usia lanjut) sudah menyusun barisan untuk merebut jawatan pada
peringkat cawangan mahupun bahagian. Maknanya bekas
warlord Umno meletakkan calon pilihannya untuk cuba menguasai cawangan dan bahagian Bersatu.
Calon yang direstui
warlord, seperti
warlord itu
sendiri, sebelum PRU14 kerap mempersenda pengasas Bersatu Dr Mahathir
Mohamad, mengkritik keras Pakatan Harapan pimpinannya dan menyokong kuat
bekas perdana menteri Najib Razak.
Dalam erti kata lain mereka
adalah Umno totok ketika BN berkuasa dan aktif memperjuangkan Umno
sehingga detik PRU14. Sebaik sahaja BN/Umno tumbang, seperti kilat semua
posting di platform media sosial mereka yang melaungkan kebaikan Umno dipadam.
Untuk
memendekkan cerita mereka terus berpaling tadah. Akaun media sosial
mereka dipenuhi catatan pro-PH dan gambar mereka bersama pemimpin PH
khususnya Bersatu. Saya pernah tengok gambar orang yang kuat Umno
bersama bekas menteri pelajaran Dr Maszlee Malek beberapa minggu PH
menang pilihan raya umum 9 Mei 2018.
Lantas mereka menjadi ahli Bersatu dan kini direstui bekas
warlod Umno yang juga sudah jadi ahli Bersatu untuk cuba mendapat jawatan di peringkat cawangan dan bahagian .
Tidak
ada salahnya mereka berubah angin dengan menyertai Bersatu. Namun
mereka datang dengan membawa budaya Umno. Tidak dinafikan ada budaya
baik dalam Umno, ada budaya tidak baik.
Yang membimbangkan jika
mereka ini datang berbekalkan budaya buruk parti lama mereka. Tidak
perlu dihuraikan, ini boleh mendatangkan mudarat kepada Bersatu –
sesuatu yang ibu pejabat Bersatu sendiri akui.
Persoalannya
bagaimana golongan ini diterima sebagai ahli Bersatu, malah boleh
bertanding. Perlu diingat sekali lagi mereka pernah bergerak aktif
menyerang Bersatu dan PH dan hanya masuk Bersatu selepas PH menang PRU14
.
Saringan longgar
Imbas kembali perbualan saya
beberapa ketika dahulu dengan seorang ahli majlis tertinggi Bersatu.
Ketika itu beberapa ahli parlimen Umno keluar parti untuk menyertai
Bersatu. Ura-ura ketika itu ramai lagi YB Umno yang akan menyusul.
Rata-rata rakyat Malaysia khusus yang mengundi PH
tidak setuju Bersatu
menerima golongan itu.
Namun kata ahli majlis tertinggi Bersatu
itu, partinya mahu menjadi parti Melayu besar yang memperjuangan
kepentingan orang Melayu. Lantas Bersatu mesti membuka pintunya kepada
semua orang Melayu tanpa memilih bulu.
Itu kata beliau. Tapi kata beliau lagi, Bersatu akan terlebih dahulu meneliti dan menyaring atau “
vet”
setiap orang Umno yang mahu menyertai Bersatu sebelum menerima mereka.
Sebenarnya ahli majlis tertinggi berkenaan sekadar mengulangi apa yang
telah diumum Mahathir sendiri.
Bedasarkan itu semua, persoalannya sekarang ialah adakah golongan
warlord dan proksi mereka sudah disaring?
Sumber dalaman Bersatu memberitahu saya proses “
vetting”
yang dijalankan lebih terhadap ahli parlimen, ahli dewan undangan
negeri dan nama nama terkenal Umno yang mahu menyertai Bersatu.
Dalam
erti kata lain proses berkenaan tidak dilaksanakan ke atas khalayak
termasuk ahli biasa Umno.
“Bersatu mengalu-alukan ahli baru. Oleh itu proses saringan atau
vetting dijalankan agak
loose ke atas orang yang mahu menyertai parti kecuali ke atas golongan YB dan mereka yang ada nama besar”, kata beliau.
Sumber
berkenaan mengaku ada benarnya dakwaan percaturan atau penyusunan dan
apa yang dipanggil “papan” wujud pada pemilihan peringkat cawangan dan
bahagian.
Jika di teliti katanya pemilihan Bersatu “ tidak bezanya
dengan pemilihan Umno”dan menyulitkan keadaan ialah “kekalutan”
pentadbiran keahlian yang menyaksikan ramai ahli dipindah antara
cawangan dan bahagian tanpa pengetahuan mereka .
Baru-baru ini
jawatankuasa pemilihan Bersatu mengisytiharkan mesyuarat cawangan dalam
bahagian Kuala Terengganu dan Teluk Intan batal dan tidak sah. Ini
berikutan protes ahli.
Kata pengerusi jawatankuasa pemilihan Bersatu Syed Hamid Albar,
cawangan berkenaan mesti mengadakan mesyuarat masing masing sebelum 29
Mac.
Bersatu mahu ahlinya menggunakan saluran dalaman atau
proper channel jika ada aduan berhubung proses pemilihan dan bukannya membuat aduan luaran seperti laporan polis dan sebagainya.
Namun
kata sumber ibu pejabat Bersatu, tidak memeranjatkan malah boleh
dijangka beberapa aduan dibuat kepada ROS atau pendaftar pertubuhan –
apabila pemilihan parti selesai kelak.
Berbalik kepada soal bekas
warlord Umno dan barisan atau ‘papan’ susunan mereka. Tentunya terpulang kepada ahli Bersatu samada mahu menerima atau menolak mereka.
oleh: Mohsin Abdullah