Wajah terbaharu Marshanda atau lebih mesra dengan sapaan Cha yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.
Pelakon dan penyanyi Indonesia, Marshanda mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani bulan lalu.
Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai.
"Saya tidak perlu perhatian daripada
anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin
katakan tentang keputusan saya.
"Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain," katanya.
Keputusan Marshanda itu turut mendapat
pelbagai reaksi daripada peminatnya di Indonesia yang terkejut dengan
tindakannya membuka tudung.
"Cha, dulu saya tidak meminati anda
tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan
kehidupan baharu kamu.
Marshanda dan Ben bercerai pada Mei lalu selepas empat tahun berkahwin.
"Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram.
Bagaimanapun ada peminat yang
mempertahankan tindakan pelakon itu dan menganggap ia adalah pilihan
Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya.
"Jangan terlalu cepat menilai kerana
dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah
lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah," kata
peminatnya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Sienna Ameerah Kasyafani.
Dalam pada itu, peguam bela Marshanda, Afdal Zikri menegaskan tindakan pelakon itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perceraian tersebut.
Jelas Afdal, keputusan tersebut dilakukan adalah pilihannya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
"Itu keputusan dia, kita harus hormati pilihan yang dia buat dan dia sudah matang untuk menentukan apa yang terbaik," katanya.
sumber...Mstar OL