Followers

Wednesday, August 15, 2012

Nasharudin Mat Isa Kompom Masuk Umno ??


Pas sedang mengikuti "perkembangan" pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud.

"Bagaimanapun di pihak kepimpinan pusat, kami sedang mengikuti perkembangan mengenai isu ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

Semalam, Nasharudin dikatakan telah mencadangkan agar Pas keluar PR jika DAP menentang hudud seperti yang disiarkan oleh TV3.

Pemuda Pas Negeri Kelantan turut menyarankan Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen daripada berterusan mengkhianati amanah pengundinya pada pilihan raya lalu.

Setiausaha Pemuda Pas Negeri Kelantan, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam satu kenyataan turut meminta Ahli Parlimen Bachok itu menjelaskan sama ada masih ingin bersama parti atau membawa haluan bertentangan dengan kehendak parti.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

"Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-Umno sejak kebelakangan ini, Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama Pas atau sebaliknya," katanya.

Ketika ditanya sama ada pimpinan Pas Pusat akan memanggil Nasharudin untuk memberikan penjelasan mengenai perkara itu, Mustafa enggan mengulas lanjut.

Mengulas pandangan Pemuda Pas Kelantan, Mustafa berkata, sayap muda negeri itu tentu mempunyai sebab tersendiri dengan membuat kenyataan seperti itu.

"Itu hak mereka untuk menyatakan pendirian.



Pemuda PAS Kelantan gesa Nasharuddin undur

 Pemuda PAS Kelantan menggesa bekas timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen Bachok jika tidak berminat lagi bersama-sama parti itu.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu," setiausahanya Mohd Nuri Mat Yaacob dipetik sebagai berkata.

Dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily, Mohd Nuri menyatakan perasaan tidak senang terhadap kenyataan Nasharudin dalam isu hudud yang antaranya mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Selepas kekalahannya dalam pemilihan parti sebelum ini, Nasharuddin juga sering dianggap pro-Umno apabila sering dilihat bersama pemimpin parti Melayu itu, termasuk dengan presidennya Datuk Seri Najib Razak di Mekah baru-baru ini.

Pemuda PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti, kata Mohd Nuri lagi.

sumber...mKini..SH