Followers

Thursday, February 28, 2019

Kes 90juta: SPRM Rampas Kereta,Rumah Kedai dan Beku Akaun Bank


SPRM hari ini merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai serta membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatannya berhubung dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Menurut sumber, kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dirakamkan hari ini dan lebih ramai pemimpin PAS dijangka akan disoal esok.

Antara kenderaan yang dirampas itu adalah Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper.

Menurut sumber, rumah kedai berkenaan bernilai RM2 juta manakala terdapat kira-kira RM2.3 juta dalam akaun bank. Jumlah wang tunai yang dirampas pula tidak didedahkan.


Sementara itu, SPRM hari ini merakamkan kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berhubung dakwaan bahawa parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.

"Hari ini, SPRM menyoal Setiausaha Agung PAS untuk membantu siasatan. Lebih ramai pemimpin kanan PAS dijangka dipanggil bermula esok untuk membantu siasatan," katanya.

SPRM dilaporkan melancarkan siasatan awal bulan ini berhubung dakwaan bahawa Umno membayar RM90 juta kepada beberapa pemimpin PAS untuk mendapatkan sokongan mereka menjelang pilihan raya umum lalu.

Beberapa pemimpin PAS, termasuk anggota jawatankuasa pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa tidak terlepas daripada siasatan dan kenyataan mereka telah dirakamkan.

Siasatan adalah mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, ... Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagaimanapun, pemimpin PAS menafikan semua tuduhan itu.

[Baca berita penuh]

sumber...Hariz Mohd  mkini