Followers

Tuesday, February 12, 2019

Kantoi: PAS Akui Suara Nik Abduh (VIDEO)


Antara komen netizen:  Adeh! Baru hari tu si abduh ni ulang yg audio tu fitnah. Mana nak letak muka walaun2 semua??
Masa isu tu baru meletup bukan main lagi tuduh orang buat fitnah. Maki hamun, doa hancur. Rupa2 diri sendiri tu yg pembohong, penipu, pembelit, penfitnah.
Ni lah dia wajah sebenar pas. Cukup hodoh! Masih tak nampak ke?? Masih nak walak ke??
Yg haq akan menang, yg bathil akan kecundang. Takbir!

PAS mengesahkan rakaman audio isu PAS menerima dana daripada Umno itu mengandungi suara anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Malah kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, Nik Abduh sendiri mengakui audio itu suaranya tetapi apa yang dicanang oleh musuh politik PAS tidak menggambarkan perkara sebenar.

"Memang Nik Abduh akui itu suara dia, tetapi tidak membawa konteks dan maksud yang sebenar.

"Yang disebut soal PAS terima duit Umno, bukan itu saja, banyak lagi huraian. Jadi pada saya untuk memahami konteks ayat di dalam audio seseorang itu perlu melihat dan meneliti secara keseluruhan.

"Dari minit pertama hingga minat terakhir, " katanya kepada media ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu isu rakaman audio yang didakwa mengandungi suara Nik Abduh kembali timbul selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan di luar mahkamah samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow 2 Februari lalu.

Beberapa hari selepas media melaporkan kes saman fitnah itu tidak akan diteruskan, dua pengguna Facebook tampil mengaku menjadi "saksi hidup" berhubung rakaman audio itu.

Pengguna Facebook bernama Dr Muhammad Atiullah Othman dalam satu perkongsian pada 4 Februari lalu mendakwa "menjadi saksi" ketika Nik Abduh membuat 'pengakuan menerima duit Umno'.



Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu pada hari ini turut ditanya mengenai kesahihan rakaman video ceramah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi gambaran berlaku pengkhianatan pihak tertentu yang menyebarkan rakaman audio tersebut yang disifatkan sebagai perbincangan sulit.

Khianat rakam majlis tertutup

Dalam petikan ceramah itu Tuan Ibrahim berkata seperti berikut:

"Kalau kita buat benda, jangan khianat rakam apa yang majlis tertutup, sedang riuh cerita Nik Abduh dan rakaman.

"Majlis tertutup ada (yang) khianat rakam majlis tertutup, sebar pula. Kerana kalau kita petik sedikit, jadi fitnah," katanya dalam video berdurasi 23 saat yang tersebar sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, Takiyuddin ketika ditanya sekali lagi mengenai kesahihan suara Nik Abduh menegaskan, perkara itu diakui sendiri oleh Nik Abduh.

"Bila kita dengar audio, kita kena dengar keseluruhan tak boleh ambil separuh, kalau separuh memang ada benda tak kena, termasuk audio Nik Abduh.

"Kena ambil semua sekali, baru tahu hujung jatuh apa maksud kenyataan. Termasuk kenyataan timbalan presiden buat, kena tengok keseluruhan konteks ayat," jelasnya.

Malaysiakini telah menghubungi Nik Abduh untuk mendapatkan penjelasan, bagaimanapun panggilan telefon dan pesanan mesej yang dihantar masih belum berjawab.

Sebagai rekod, anggota jawatankuasa PAS pusat sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan audio itu adalah suaranya dan menegaskan itu adalah fitnah.

Menjelang PRU14, Nik Abduh berkata rakaman audio itu bukan suaranya.

“Isu yang paling utama mereka nak panjangkan PAS terima duit Umno, mereka cipta rakaman mendakwa saya mengakui dan saya nafikan, rakyat dah muak dengan isu sebegini," katanya pada 5 April 2018.

Duit dari parti Umno dan orang Umno tak sama maksud

Dalam perkembangan sama Takiyuddin berkata, konteks audio Nik Abduh mesti lihat daripada awal hingga akhir bagi memahami konteks ayat.

"Sebagai contoh, bila Nik Abduh kata Tok Guru Nik Aziz pun terima duit Umno, bukan duit Umno, tapi duit orang Umno yang beri sumbangan terutama (untuk) sekolah Maahad Darul Anwar

"Ada orang yang ideologi Umno, tapi bila Tok Guru nak buat sekolah, dia nak bagi sumbangan, bukan maksud duit daripada parti Umno, tapi duit daripada orang atau ahli Umno," kata Takiyuddin
Tambah beliau, PAS memegang konsep menerima sumbangan daripada sesiapa yang mahu berbuat demikian.

"Konsep kita siapa nak beri sumbangan, pertama kita kena terima, benda ini tak perlu tanya Umno ke PAS ke, daripada parti Umno ke, tak ada.

Maksudnya begitu, tapi orang ambil separuh jalan. PAS siasat dan meneliti daripada awal lockasi yang berlaku, sehingga berlaku ucapan itu. Kita boleh mengesahkan konteks ayat bukan sebagaimana dicanangkan," katanya.

oleh: Nik Faizal Ghazali mKini

#malulalebaiku
#kantoi90juta