Followers

Wednesday, February 6, 2019

RM90 Juta: SPRM Mulakan Siasatan


Beberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS.

Menurut sumber, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dibuka susulan SPRM menerima laporan daripada pihak polis berhubung isu berkenaan pada petang semalam.

“Beberapa individu termasuk yang berkaitan dalam isu ini akan dipanggil SPRM dan kami meminta semua pihak bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan susulan aduan yng dibuat oleh seorang individu bahawa wang berjumlah RM90 juta didakwa dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS, kata sumber.

“Kami telah mengklaskifikasikan kes ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001,” kata sumber kepasa FMT.

Terdahulu, timbalan ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil menggesa agensi anti-rasuah itu memulakan siasatan ke atas dakwaan rasuah itu krana SPRM dibolehkan bertindak berdasarkan maklumat mengenai perlakuan rasuah tanpa aduan bertulis.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir itu berkata, media melaporkan secara meluas kes saman fitnah presiden PAS terhadap editor portal Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown.

Malam tadi, wartawan veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata, misteri berkaitan wang yang didakwa dibayar kepada pemimpin parti Islam itu sepatutya disiasat oleh pihak berkuasa, susulan penyelesaian luar mahkamah yang dipersetujui antara Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang dengan Claire Rewcastle Brown, 1 Feb lepas.

Penasihat media dan komunikasi kepada perdana menteri itu berkata, benar atau tidaknya dakwaan yang dibuat oleh Claire dalam artikel beliau yang diterbitkan pada 2017 hanya akan diketahui sekiranya polis dan SPRM menyiasat kes tersebut.

Claire dalam artikelnya yang diterbitkan oleh portal Sarawak Report antara lain mendakwa pimpinan tertinggi PAS mungkin menerima RM90 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hadi kemudiannya memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di London. Minggu lepas dilaporkan ahli Parlimen Marang itu bersetuju memuktamadkan penyelesaian dengan Claire Rewcastle Brown.

Terma penyelesaian terbabit tidak didedahkan.
Pemimpin PAS berkata, keputusan menerima penyelesaian di luar mahkamah dengan Claire adalah disebabkan kos guaman yang terlalu tinggi, dengan menambah wang berjumlah berjuta-juta itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat.

Najib juga menafikan memberikan wang kepada pemimpin PAS dengan berkata, akaun bank beliau telah pun disiasat oleh pihak berkuasa selepas kalah dalam pilihan raya umum 9 Mei tahun lepas.

“Jika ia (dakwaan Claire) benar, ada sebarang bayaran daripada saya ataupun Umno, sudah tentu kerajaan PH akan mengambil kesempatan untuk membeku akaun bank presiden PAS ataupun akaun PAS,” katanya.

sumber...FMT