Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Wednesday, February 20, 2019
Pembohongan Nik Abduh Adalah Menghina Nabi Ibrahim A.S
TULISAN SUBKI LATIF MENGAITKAN PEMBOHONGAN NIK ABDUH DENGAN PERBUATAN NABI IBRAHIM ADALAH MENGHINA NABI IBRAHIM A.S.
Tulisan Subki Latif yang menyamakan pembohongan Nik Abduh dengan beberapa tindakan Nabi Ibrahim a.s adalah satu penghinaan dan boleh menimbulkan salahfaham masyarakat kepada ajaran Islam.
Bohong dalam apa situasi pun tetap diharamkan dalam Islam, cuma ulama memberi kelonggaran boleh berbohong untuk mengelakkan berlakunya mudharat yang lebih besar, tetapi dosa tetap dosa.
Pembohongan Nik Abduh yang bertujuan menipu ahli ahli Pas dan menutup rahsia parti yang dibongkar dalam pertemuan sulit tersebut dari tersebar keluar adalah tidak sama dengan apa yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dari sudut apa sekalipun.
Sebagai seorang Nabi, semua tindak tanduknya adalah dibawah kawalan wahyu dan bimbingan Allah, bukan mengikut hawa nafsunya seperti yang Nik Abduh lakukan.
Nabi Ibrahim melalui perintah Allah telah bertindak merobohkan berhala berhala yg menjadi sembahan kaumnya dan membiarkan/tidak diroboh satu berhala yang paling besar darinya sebagai satu strateji dari tindakannya.
Apabila kaumnya bergegas datang dan melihat patung patung sembahan mereka hancur berselerakan, lalu mereka bertanya perbuatan siapakah ini?? Lalu Ibrahim menjawab:
" itu barangkali kijaan berhala wat paling besar sekali la tu, dia la perhancur wat kecik kecik ni, acu puak mung tanya la dia".....
lalu kaumnya menjawab:
" dia nak jawab guana, dia mana boleh berkecek......"
Lalu Nabi Ibrahim memberi pukulan padunya:
" Dah mung tahu dia takleh kecek, dia takleh pun nak jaga berhala berhala wat lain hingga roboh habis, mung sembah dia wat gapa?.....
Dalam kisahnya yang kedua, apabila Nabi Ibrahim berpindah ke Mesir bersama isterinya Sarah, Penguasa Mesir ketika itu yang terkenal dengan gila perempuan dan merampas isteri siapa saja yang dia berkenan untuk dijadikan gundiknya dengan membunuh suaminya.
Lalu apabila pembesar Raja Mesir datang kepadanya dan bertanya siapakah wanita ini, lalu Ibrahim menjawab.....satu satunya saudaraku dengan maksud dalam hatinya saudara seagama kerana hanya mereka berdua shj yang beragama Islam berada di bumi Mesir ketika itu, lalu Sarah di bawa ke istana Mesir untuk dijadikan gundik raja, manakala Nabi Ibrahim tidak dibunuh kerana beranggapan dia adalah adik beradik kpd Sarah, bukan suami.
Jawapan jawapan Nabi Ibrahim a.s ini ada asas yang kukuh dan berjaya menyelesaikan masalah yang berlaku. Dalam kisah yang pertama(peruntuh berhala), kaumnya pulang dengan aib kerana disindir oleh seorang anak muda perbuatan mereka menyembah berhala sebagai perbuatan yang sia sia, manakala dlm kisah yang kedua, jawapan Nabi Ibrahim telah menyelamatkan situasi yang beliau akan dibunuh.
Adapun pembohongan Nik Abduh, ianya bukan sahaja gagal menutup keaiban yang berlaku, bahkan jumhur masyarakat tidak percaya kepada pembohongannya, dan akhirnya menyebabkan mudharat yang lebih besar telah berlaku akibat dari pembohongan itu.
Akibatnya Nik Abduh dan rakan rakannya dalam Pas terpaksa mencipta berbagai alasan dan mencipta pembohongan seterusnya untuk menutup pembohongan yang awal.
oleh: Che Ibrahim Mohamed
Label:
bohong,
kes 90juta,
nik abduh,
Pas