Followers

Friday, June 24, 2011

Dokumentari dan video dato' T dari PKR

Datuk Johari Abdul mendedahkan teknik pembikinan video fitnah

KUALA LUMPUR: KEADILAN menerbitkan video dokumentari bagi membuktikan keraguan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia bertujuan menangkis usaha jahat Umno-BN menerusi trio Datuk T, sekaligus mengesahkan lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar.

Dokumentari itu menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai pengulas dengan memaparkan analisa video seks berkenaan.

Perkara itu diumumkan Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi.

Dokumentari itu sebagai respon kepada laporan pakar lantikan polis di Amerika Syarikat yang mendakwa lelaki dalam video seks yang ditayangkan Datuk T,adalah Anwar.

Video berdurasi selama 37 minit itu mendedahkan pelbagai persoalan- antaranya bayang-bayang yang muncul dari dalam bilik ketika aksi seks itu dirakamkan dan penggunaan remote control oleh pelaku.

Dokumentari itu juga mendedahkan bahawa rakaman video seks itu sengaja dihitam putihkan supaya wajah pelaku terbabit, kelihatan samar, selain pelbagai kelemahan antaranya bentuk tubuh pelaku yang lebih besar, berperut boroi dan berhidung mancung.

Dalam dokumentari itu juga Johari menimbulkan persoalan mengapa lelaki X memakai cermin mata di awal rakaman, sedangkan Anwar sudah lama tidak memakai cermin mata selepas menjalani pembedahan mata.

Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang ditunjukkan rakaman berkenaan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim pada Mac lalu.

Menjadi P Ramlee

Beginilah wajah Johari Abdul apabila disolek menjadi P Ramlee.

Untuk mengesahkan dakwaannya, Johari dalam dokumentari itu ‘mencuba’ menukar dirinya untuk menjadi P Ramlee dengan menggunakan khidmat jurusolek di Bangkok, Thailand.

Meskipun mengakui raut wajah antara mereka sangat berbeza, namun juru solek berkenaan berjaya mengubah wajahnya, mirip kepada seniman agung itu.

“Transformasi ini dibuat tanpa juru solek menggunakan silkon yang akan menambah lagi keserupaan saya dengan Allahyarham P. Ramlee,” ujarnya dalam dokumentari itu.

Selain menimbulkan pelbagai kepincangan, Johari dalam dokumentari itu juga mendedahkan sebab dan punca mengapa trio Datuk T bertindak menayangkan video seks mengaitkan Anwar.

Antaranya disebabkan dendam Eskay, malah menurut JOhari, Eskay sendiri memberitahunya bahawa akan menjatuhkan Anwar dalam apa cara sekali pun.

Pada babak lain, dokumentari yang dihasilkan Johari mendedahkan pengakuan Mohd Mahte Abdul Rahim, pegawai polis dan bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid.

Mahte memberikan petunjuk awal bahawa video itu dirakam di Thailand dan kaitan konspirasi yang disusun Eskay berikutan keengganan Anwar untuk membantunya dalam kes saman jambatan bengkok.

Video tersebut juga boleh ditonton melalui Youtube di sini

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15891