Followers

Thursday, June 23, 2011

Polis cari Kak Yah bomoh Siam

Polis cari Kak Yah selepas kejadian khamis lalu

KUALA TERENGGANU: Bomoh wanita berketurunan Siam dikenali Kak Yah, dipercayai dapat membantu siasatan kes pembunuhan seorang pemuda selepas menerima rawatan tradisional di sebuah rumah di Kampung Pulau Rusa, Marang, Khamis lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa, berkata bomoh berusia 43 tahun yang juga dikenali Kak Mah bersama suaminya, diperlukan bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Walaupun tidak mempunyai butiran lengkap pengenalan diri Kak Yah, kita, sudah menjejaki alamat tetap suaminya Norhisham Mustafa, 33, di Kampung Parit Air, Rantau Panjang, Kelantan,” katanya di sini, semalam.
Dalam kejadian Khamis lalu, seorang pemuda berusia 26 tahun yang dipercayai mengalami gangguan mental dihantar bapanya ke rumah bomoh itu untuk berubat kira-kira jam 8 malam dan bomoh wanita itu kemudian memaklumkan mangsa terkena sihir buatan orang.

Dalam proses rawatan mengeluarkan penyakit mangsa, bomoh memasukkan air menggunakan salur paip getah menerusi mulut supaya mangsa memuntahkan penyakitnya tetapi sebaliknya mangsa lemas kerana ususnya dipenuhi air.

Melihatkan mangsa tidak sedarkan diri, Kak Yah berhelah dengan meminta keluarga membawa pemuda itu ke Pusat Kesihatan Gong Balai, Marang, kononnya untuk menghilangkan keletihan akibat rawatan tetapi ketika tiba di klinik itu pada jam 12.30 pagi, pegawai kesihatan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

Jamshah berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bomoh terbabit diminta menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, Asisten Superintendan Mohd Adli Mat Daud di talian 013-4398633 atau 09-6182222.

sumber...BERNAMA