Followers

Sunday, June 19, 2011

Tujuh muka baru Pas Kelantan

Tuan Guru Nik Aziz umumkan AJk Baru Pas Kelantan

KOTA BHARU - Pas Kelantan, semalam, membuat rombakan besar menampilkan muka baru untuk memantapkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Antara muka baru, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya ganti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron.

Sementara itu, ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan baru menggantikan Mohd Zaki Ibrahim yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketika mengumumkannya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ADUN Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Anuar Tan Abdullah.

“Bagaimanapun beberapa jawatan utama lain tidak berlaku perubahan seperti Timabalan Pesuruhjaya I, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Husam Musa dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Mohd Amar Abdullah.

“Begitu juga jawatan Ketua Penerangan masih kekal kepada Dr Mohamad Fadzli Hassan selepas dilantik tahun lalu,” katanya pada sidang media di Pejabat Pas negeri, di sini, semalam.

Menurutnya, Setiausaha Kerja Dewan Ulama Pas Kelantan, Mohd Asri Mohd Zain dilantik sebagai Penolong Setiausaha II menggantikan Mohd Ridha Mohd Zain dan Penolong Setiausaha I, Mohd Nasir Che Daud kekal.

Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, pelantikan itu dibuat bagi tempoh 2011/2013 berdasar Fasal 40 (5), Fasal 40 (3) (m) dan Fasal 79 (3) Perlembagaan Pas pindaan 2011.

Mesyuarat Pas Negeri kali pertama selepas muktamar itu juga melantik tujuh ahli jawatankuasa baru iaitu Ahmad Fadhli Shaari (Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Datuk Takiyuddin Hassan (Exco), Datuk Anuar Tan (Exco), Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong (AJK Pas Gua Musang) dan Datuk Dr Johari Mat (ahli akademik).

Nik Aziz berterima kasih di atas khidmat setiausaha, bendahari dan pengarah jabatan pilihan raya sebelum ini.

Zulkifli berharap mendapat kerjasama semua pihak bagi melaksanakan tugas baru di Pas Negeri.

sumber...sinar