Followers

Tuesday, June 14, 2011

PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Umno

"Kita tidak mahu kejadian tahun 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu," kata Mat Sabu.

ALOR SETAR: PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Umno walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan parti itu, kata timbalan presidennya Mohamad Sabu.

“Kita tidak mahu kejadian tahun 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu.

“Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan PAS…bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka,” katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Kedah di sini malam tadi.

Mohamad turut melancarkan kempen perhimpunan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) peringkat negeri Kedah.

Mengenai Bersih 2.0 beliau berkata PAS akan menggerakkan seramai mungkin ahlinya menyertai perhimpunan itu bersama penganjur dan badan-badan bukan kerajaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

“Saya mahukan perhimpunan ini bersih…kita tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda awam,” katanya.

sumber... Bernama