Mukhriz: Umno akan terima padah dalam PRU
Umno diramal bakal menerima padah dalam pilihan raya umum akan datang susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung tugas timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
“Adakah tindakan terkini MT itu mampu menarik semula sokongan rakyat terhadap parti?
“Saya percaya yang sebaliknya berlaku.
“Umno dan BN bakal menerima padah di PRU14 nanti,” kata bekas menteri besar Kedah itu yang jugu menjadi mangsa pengguguran sebelum ini.
Dalam kenyataannya, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam berkata beliau amat kecewa dengan petang tadi dan menyifatkannya sebagai “keputusan menjelikkan”.
“Kononnya juga tindakan Tan Sri itu menjejas nama baik Umno, walhal umum tahu skandal-skandal melibatkan presiden parti sebenarnya punca rakyat mulai menolak Umno, malah imej negara juga tercemar di persada dunia,” katanya.
Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, ia bakal menjadi paku terakhir buat keranda parti Melayu berkenaan.
Katanya, langkah itu juga akan menguburkan nilai dan prinsip yang "menjadi tunggak kekuatan Umno selama ini".
Jelas ADUN Ayer Hitam itu lagi penyingkiran Muhyiddin ia akan menghampakan rakyat Johor kerana beliau dilihat berpotensi untuk dinaikkan pangkat sebagai perdana menteri.
“Semua itu hilang apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tersebut,” kesalnya.
sumber...mKini