Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Sunday, October 7, 2018
Adakah Anwar Adalah PM Ke8 ?
Banyak desas desus politik kedengaran berkenaan hidden agenda politik Tun M,paling menarik ada mengatakan Tun M tidak akan memberikan peluang kepada Anwar.
Namun perjalanan Anwar dan janji Tun M membenamkan syak wasangka tersebut,sesuatu yg tidak pernah dibuat oleh Tun M semasa berada dalam kerajaan BN dahulu kini akan dilakukannya.Inilah langkah politik Tun M yang tidak dapat diduga oleh sesiapa pun.
Kita tidak tahu apakah perjanjian sebenar antara Tun M dan Anwar.Mereka berdua ini adalah lagenda politik Malaysia terpopular.Semoga Allah azzawajal menganugerahkan kemakmurandan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia dengan dipimpin oleh dua insan itu.
Mahathir dan saya akan gegarkan Port Sickson
PRK PD | Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu teruja untuk bergandingan semula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas satu pentas.
Beliau berkata kehadiran perdana menteri ke Port Dickson yang dijadualkan Isnin ini membolehkan beliau dan bekas ketuanya itu kembali di atas satu pentas selepas 20 tahun.
"Isnin malam Tun Mahathir akan datang ke sini, Insyallah dan ini kali pertama saya nak boleh berucap satu pentas dengan Tun Mahathir setelah 20 tahun.
"Kalau beliau hadir inilah kali pertama saya kembali satu pentas dan kita akan gegarkan Port Dickson setelah 20 tahun," katanya semasa berucap pada majlis minum petang bersama komuniti nelayan di Kampung Telok Kemang di Port Dickson hari ini.
Turut hadir pada majlis itu bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang juga pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pernah bergandingan
Anwar dan Dr Mahathir pernah bergandingan semasa berkhidmat sebagai menteri kewangan dan timbalan perdana menteri sebelum Ketua Umum PKR itu dipecat pada 1998.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada
12 September lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 Oktober ini, manakala pengundian awal pada 9 Oktober.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).
- Bernama
Label:
anwar ibrahim,
daim zainuddin,
Pakatan Harapan,
Tun M