Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Friday, October 19, 2018
Dakwaan Menteri Minta Tanam Durian di Sawah Palsu dan Fitnah
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak pernah mengeluarkan kenyataan meminta pesawah supaya menanam durian di sawah untuk mendapatkan pulangan lumayan, kata setiausaha akhbarnya, Alyaa Azhar.
Sebaliknya, menurut beliau, kenyataan itu yang kini tular di media sosial adalah palsu dan fitnah.
“Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah palsu dan fitnah semata-mata. Menteri (Salahuddin) tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Ini bukanlah kali pertama menteri berhadapan dengan fitnah sebegini.
“Kenyataan yang dikaitkan dengan menteri kali ini ternyata berniat jahat, tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, Alyaa berkata, pihaknya dalam proses membuat laporan polis selain telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung fitnah berkenaan.
Alyaa berkata demikian ketika mengulas kenyataan yang mendakwa Salahuddin menggalakkan pesawah untuk menanam durian di sawah kerana ia memberikan pulangan lumayan.
Label:
durian,
menteri pertanian,
sawah