Followers

Thursday, January 31, 2019

Parti Politik 'Makan' Duit 1MDB Sila Pulangkan Segera !



Malaysia akan peroleh kembali wang dirompak 1MDB - Guan Eng


Malaysia dijangka akan menerima kembali wang yang telah diselewengkan daripada 1MDB tidak lama lagi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Malaysia akan terima wang yang kita dapat perolehi daripada 1MDB. Ini bukanlah jumlah besar tapi bayaran pertama akan dibuat kepada negara Malaysia.

"Bukanlah berbillion, bukan jumlah besar, tapi sekurangnya adalah permulaan dan ini adalah berita baik, dan kita harap akan diikuti bayaran lanjutan kepada Malaysia di mana kita dapat balik wang yang dirompak daripada 1MDB," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan dari mana bayaran itu akan dibuat dan jumlahnya yang tepat.

Beliau juga menggesa parti-parti pembangkang yang menerima 'ratusan juta' daripada dana 1MDB, untuk mengembalikan semula wang itu.

Pada Julai 2018, Lim berkata Malaysia mungkin memperoleh semula AS $ 3.5 bilion (RM14.2 bilion) dana yang didakwa disalurkan dari 1MDB.

Ini berjumlah 30 peratus daripada AS $ 12.3 bilion (RM50 bilion) yang didakwa lesap.

Awal bulan ini, bank AS, Goldman Sachs, yang membantu 1MDB menerbitkan bon bernilai AS $ 6.5 bilion, memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas peranan bekas jurubanknya Tim Leissner dalam skandal syarikat pelaburan itu.

Sementara itu, Lim juga menyeru parti-parti pembangkang yang menerima beratus juta daripada dana 1MDB, untuk mengembalikan wang itu.

Beliau berkata kerajaan akan mengambil tindakan untuk mendapatkan wang daripada parti-parti politik berkenaan, termasuk tindakan undang-undang, bermula dengan parti yang menerima jumlah terbesar daripada 1MDB.

Lim tidak menyebut nama parti tersebut tetapi mengatakan semua orang tahu parti yang dirujuk beliau.

sumber...mKini

Respond Sheikh Omar Kepada Ashraf Wajdi

 
 

Sheikh Omar jawab kritikan: Ingatkan Papagomo, rupanya Asyraf Wajdi

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Sheikh Omar Sheikh Ali berkata kritikan pelantikannya sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersifat sentimen dan bukannya ingin menjaga kepentingan yayasan berkenaan.

"Saya rasa cemuhan itu semua itu bersifat sentimen dan bukan bersifat dasar dan bukan bersifat nak bincangkan soal polisi atau hala tuju bagaimana Yadim hendak bergerak ke hadapan.

"Khususnya macam satu (kritikan) yang ditimbulkan (Ketua Pemuda Umno) Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Masa mula-mula baca kritikan itu, saya ingat Papagomo punya kenyataan. Rupanya Asyraf Wajdi.

"Saya rasa saya pun tak akan meluangkan banyak masa untuk jawab tohmahan yang sifatnya terlalu kecil sebenarnya dan bukan perkara dasar untuk melihat Yadim ke depan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat lantikan di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, pelantikan Sheikh Omar sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yadim mendapat kritikan beberapa pihak termasuk pemimpin pembangkang yang bimbang dengan latar belakang beliau sebagai ahli DAP.

Dalam kritikannya, Asyraf yang juga merupakan bekas Yang Dipertua Yadim mendakwa DAP sebagai parti yang secara konsisten tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.

Bagaimanapun, menteri agama Dr Mujahid Yusof mempertahankan pelantikan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat atas kelayakan Sheikh Omar.

Mengulas lanjut, Sheikh Omar berkata, menggunakan DAP untuk menakutkan orang ramai adalah naratif lama yang dibawa BN.

Sebaliknya, jelas Sheikh Omar, dengan pelantikannya dalam Yadim, skopnya untuk berdakwah lebih luas dan tidak terhad sebagai pemimpin DAP.

"Bukan sekadar (berdakwah) pada (ahli) DAP. Skop dakwah saya lebih luas apabila berada pada kedudukan ini (dalam Yadim).

"Cabaran utama adalah macam mana kita melihat naratif baru dalam dakwah di Malaysia, kerana selama ini sifat dakwah di Malaysia ini seperti kita melihat kita perlu mempertahankan diri kita semata-mata," katanya.

oleh: Hariz Mohd  mKini

Wednesday, January 30, 2019

Orang Pantai Timur Boleh Sujud Syukur...


Sumber: Kontraktor ECRL setuju kurangkan kos kepada RM40 bilion


China Communication Construction Co Ltd (CCCC) dipercayai sedang mencari jalan penyelesaian terbaik dengan kerajaan Malaysia untuk mengelakkan pembatalan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), lapor The Star.

Sumber industri mendakwa firma milik kerajaan China itu bersetuju untuk mengurangkan kos lebih rendah kepada sekitar RM40 bilion.

CCCC pada awalnya dikatakan bersetuju berkongsi kos operasi dan risiko kewangan selepas pembinaan projek berkenaan dan peranannya hanya terhad kepada pembinaan infrastruktur.
Oleh itu, gergasi pembinaan itu terkejut apabila kerajaan Malaysia mengatakan kos projek itu menjangkau RM81 bilion.

Ketika kerajaan menangguhkan ECRL pada Julai 2018, projek itu telah 15 peratus disiapkan.

Dalam proses rundingan semula kemudian, sumber mendakwa CCCC bersetuju membenarkan 40 peratus hingga 50 peratus penyertaan tempatan berbanding hanya 30 peratus pada asalnya.

Sumber mengatakan CCCC tidak akan mengambil mudah isu penamatan berkenaan.

Sementara itu sesetengah pihak percaya kerajaan kini sedang membuat pertimbangan secara diplomatik.

Sumber mengatakan, CCCC dalam suratnya, masih terbuka untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata pampasan bagi membatalkan kontrak ECRL jauh lebih rendah daripada hutang yang perlu dibayar kerajaan selama 30 tahun akan datang.

Beliau bagaimanapun berkata Malaysia masih berunding dan belum membuat keputusan muktamad.

Beberapa media membuat spekulasi bahawa kabinet memutuskan untuk menamatkan kontrak CCCC, kontraktor utama projek ECRL pada 24 Jan.

Sabtu lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata kabinet telah memutuskan untuk menamatkan projek itu dalam mesyuarat kabinet dua hari sebelumnya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng kemudiannya berkata beliau terkejut dengan kenyataan itu dan mengatakan Azmin mungkin tidak dimaklumkan mengenai perkara-perkara tertentu yang diputuskan oleh perdana menteri.

Bagaimanapun, Lim kemudian menjelaskan beliau hanya terkejut dengan masa pengumuman itu dan bukan kandungan pengumuman dibuat Azmin.

Tun berkata kedua dua menteri tersebut betul dan pengumuman rasmi dijangka akan dibuat tidak lama lagi.

Tuesday, January 29, 2019

Raya Demokrasi ?




Selepas sekian lama hidup dalam “kongkongan”, rakyat Malaysia akhirnya dapat menikmati hak-hak warga sebuah negara demokrasi apabila BN dikalahkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.

Kini, rakyat dapat berdemonstrasi secara aman tanpa sebarang gangguan seperti tahun lalu apabila parti pembangkang Umno dan PAS menganjurkan perhimpunan besar-besaran untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad kerana tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Media arus perdana tradisional dan platform atas talian bebas membuat liputan.

Lebih hebat lagi, walaupun sudah lebih enam bulan berkuasa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menghalang parti pembangkang Umno menguasai syarikat media terbesar Media Prima.

TV3 bawah Media Prima yang mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan orang-orang Melayu luar bandar bebas membuat liputan “membelasah kerajaan” Pakatan Harapan (PH) setiap hari tanpa sebarang gangguan dan tekanan atau wartawan mereka dipenjarakan.

Tidak hairanlah keputusan pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari menunjukkan sokongan orang-orang Melayu luar bandar masih lagi kuat kepada Umno dan juga sekutu rapat mereka PAS.

Ini tidak mungkin atau tidak akan berlaku di zaman pemerintahan BN ketika Najib Razak menjadi perdana menteri.

Di zaman Najib, membuat liputan berita sahaja boleh menyebabkan wartawan bermalam di dalam lokap.

Ketika skandal 1MDB berada di tahap kemuncak, permit penerbitan surat khabar digantung, portal atas talian disekat sehingga akhirnya terpaksa ditutup.

Semua ini tidak lagi berlaku pada zaman Malaysia baru pimpinan Dr Mahathir.

Kebebasan media suburkan naratif perkauman Umno-PAS 

Selain menguasai media arus perdana berpengaruh, parti pembangkang Umno dan PAS turut menguasai perang siber, sekali gus menyebarkan naratif perkauman yang menggambarkan PH tidak menjaga kepentingan Melayu-Islam.

Ini juga tidak menghairankan kerana kekuatan dana dikumpulkan selama lebih 60 tahun sudah pasti masih lagi banyak untuk menyara jentera-jentera siber mereka.

Sedangkan PH masih lagi bekerja keras “membiasakan diri” untuk menjadi kerajaan dan mungkin tidak sempat memikirkan bagaimana untuk memperluaskan pengaruh mereka.

Untuk berlaku adil, kerajaan PH sedang dalam proses untuk membaiki “kerosakan negara” yang ditinggalkan Najib dan mencuci “tahi-tahi” ditinggalkan pemerintah terdahulu.

Akan tetapi ini tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerajaan PH untuk mengambil bahagian dalam ruang demokrasi dan menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia baru dibawa mereka.

Dalam ruang demokrasi yang terbuka luas ini, kerajaan PH perlu juga mengambil “kesempatan” untuk merayakannya. 

Bagi penduduk bandar yang mempunyai kemudahan Internet, mungkin tidak terlalu mendatangkan masalah kepada PH kerana media bebas atas talian masih memberikan laporan secara adil dan seimbang.

Kelemahan utama PH ialah bagaimana untuk menerangkan gagasan Malaysia baru mereka kepada penduduk luar bandar yang masih lagi bergantung kuat kepada TV3 dan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian dikuasai Umno.

Perkara ini harus difikirkan PH jika tidak mahu terus tenggelam dalam naratif perkauman Umno-PAS.

Walaupun naratif perkauman Umno-PAS itu tidaklah sehebat mana dan menggambarkan seolah-olah “Islam tidak mengharamkan rasuah dan penyelewengan.

oleh: Amin Iskandar

Monday, January 28, 2019

SPR Timbang Ambil Tindakan Terhadap Manogaran



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini menimbang untuk mengambil tindakan terhadap calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ia berkenaan tindakan Manogaran memakai baju yang memaparkan logo PH di pusat mengundi ketika PRK Cameron Highlands, 26 Januari lalu.

NGO pilihan raya Bersih sebelum ini menggesa SPR membuat laporan polis terhadap timbalan pengerusi DAP Pahang itu kerana tindakannya yang menyalahi Seksyen 26(1)(g) akta itu, yang membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Pengerusi SPR Azhar Harun berkata pihaknya akan menyiasatan Manogaran mengikut seksyen itu "jika ada fakta yang menyokong dakwaan".

"Saya akan mendapatkan nasihat perundangan daripada jabatan perundangan kita berkenaan semua dakwaan kesalahan pilihan raya yang dalam pengetahuan kami.

"Tindakan sewajarnya mungkin dalam bentuk laporan terhadap badan penyiasat yang bertanggungjawab. Berikan kami sedikit masa untuk menelitinya," katanya menerusi pesanan teks kepada Malaysiakini, hari ini.

Pada hari mengundi Sabtu lalu, Manogaran yang berpakaian baju berlogo PH tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Senderut di Kuala Lipis. Beliau diminta pegawai SPR untuk beredar daripada situ.

Beliau kemudian memohon maaf dan berkata beliau tidak sedar memakai baju itu kerana sudah dua minggu berbuat demikian.

Bersih menyifatkan alasan itu sebagai tidak kukuh dan menggesa polis dan Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan.

sumber...Kow Gah Chie mKini

Malaysia Takkan Kompromi dengan Israel - Syed Saddiq


Tahniah untuk Syed Saddiq berani kerana benar
 
Malaysia tidak akan berganjak dengan keputusannya menghalang kemasukan atlet Israel demi nasib Palestin, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ini katanya walaupun negara terpaksa melepaskan peluang penganjuran sukan antarabangsa.

"Malaysia bertegas dengan keputusan kita atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan terhadap nasib Palestin. Kita tidak akan berkompromi.

"Sekiranya menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa lebih penting daripada berdiri membela saudara-saudara Palestin kita yang dibunuh, dicela dan diseksa oleh rejim (perdana menteri Benjamin) Netanyahu, ini bermakna Malaysia telah benar-benar kehilangan pegangan moral," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Syed Saddiq mengulas keputusan lembaga pengurusan Jawatankuasa Para Antarabangsa (IPC) untuk menarik balik kelayakan penganjuran kejohanan renang paralimpik antarabangsa di Malaysia.

IPC memutuskan Malaysia hilang kelayakan untuk menganjurkan Kejohanan Renang Dunia Para 2019 susulan kerajaan melarang atlet Israel daripada bertanding.

"Kesemua kejohanan dunia mesti terbuka untuk semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi," kata Presiden IPC Andrew Parsons dalam satu kenyataan hari ini.

Kejohanan tersebut, suatu pertandingan kelayakan untuk Paralimpik Tokyo 2020, telah dijadualkan berlangsung di Kuching antara 29 Julai dan 4 Ogos 2019.

Jenayah perang

IPC berkata tempat baru akan dicari pada tarikh yang sama, walaupun mungkin ada kelonggaran berdasarkan keadaan ini.

Sejumlah 600 perenang dari 60 negara dijangka bersaing dalam kejohanan di Sarawak, dengan lebih daripada 160 pingat untuk direbutkan.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga ketua pemuda Bersatu berkata IPC perlu diberitahu mengenai dakwaan jenayah perang terhadap kerajaan Netanyahu.

"Kami ingin mengingatkan kepada IPC bahawa malahan Amnesty International dan Human Rights Watch telah melaporkan kerajaan Netanyahu merupakan seorang pelaku aktif jenayah perang.

"Sebagai pemimpin Israel, beliau mewakili kehendak kolektif kerajaan Israel. Negara Israel mewakili kedudukan tindakan moral kolektif mereka," kata menteri Belia dan Sukan.

sumber...mKini

Saturday, January 26, 2019

Kenapa BN Kekal Menang di PRK Cameron Highlands ?



Beberapa faktor lokal mempengaruhi keputusan kemenangan BN di PRK Cameron Highlands:

Parlimen Cameron Highlands adalah kubu tradisi BN sejak merdeka, belum pernah dimenangi oleh parti lain.

1. Dun Jelai merupakan kawasan MB Pahang, alasan pengundi ialah kerana senang berurusan dengan kerajaan negeri Pahang terutama berkaitan urusan tanah,ini dibuktikan bila MB Pahang meluluskan sejumlah kawasan baru seluas 146 hektar kepada 73 pekebun Cameron Highlands baru-baru ini untuk pertanian.Siapa yang untung?

2. Bekas PM Najib yang juga orang pahang turun dengan sentuhan lembut merapatkan hubungan dengan pengundi orang asal selaku bekas MB dan PM.

3. BN berjaya mempengaruhi Pas untuk mengekalkan kemenangan pada PRU sebelum ini dengan membawa calon dari orang asal konon untuk agenda melayu islam.Kawasan yang belum ada infra stuktur asas seperti air, elektrik dan jalan berturap selama 61 tahun disitu kerana apa pulak?.MP BN dan calon DUN sebelum ini yang bukan islam kerana apa pulak?

4.Pengundi luar kawasan PH di Dun Tanah Rata tidak pulang mengundi kerana tarikh cuti panjang sempena Tahun Baru Cina sangat hampir.

5. Jentera Penerangan PH tidak bekerja sampai ketahap gear 5, Menteri Komunikasi dan Multi Media tidak peka isu semasa dan bekerja sambil lewa,buktinya program penerangan untuk menyanggah fitnah dari cybertrooper dan pemimpin pembangkang sangat kurang.Eloklah menteri ini ditukar dalam kadar SEGERA.

6. Banyak kesalahan dalam Akta Pilihanraya dilakukan oleh pemimpin PH.PH mesti bertindak cepat.

7.Rundingan mengenai calon dalam PH perlu ada reformasi kerana perubahan keadaan semasa dan isu tempatan .

BH melaporkan...

PRK Cameron Highlands: BN tambah majoriti,undi PH berkurangan

Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor, mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila meraih 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran (8,800 undi) dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Beliau memperoleh majoriti 3,238 undi berikutan 68.79 peratus daripada 31,639 pengundi keseluruhan, atau 21,428 orang keluar mengundi, dengan 568 kertas undi ditolak dan 23 kertas undi tidak dikembalikan.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis, di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, di sini.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Sivarraajh, pada PRU lalu yang berdepan saingan lima penjuru, menang di kerusi itu selepas memperoleh 10,307 undi, manakala Manogaran meraih 9,710 undi. Calon PAS, Wan Mahadir Wan Mahmud memperoleh 3,587 undi; Parti Sosialis Malaysia (PSM), B Suresh Kumar (680 undi) dan calon Berjasa, Mohd Tahir Kassim, 81 undi.

Berbanding PRU-14, BN berjaya menambah majoriti undi sebanyak 1,731 undi manakala calon PH daripada DAP, Manogaran, yang turut bertanding di kerusi sama pada PRU-14, menyaksikan susutan sebanyak 910 undi.

PRK ini adalah yang kelima selepas PRU Ke-14 dengan tiga pilihan raya sebelum ini membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor serta PRK Parlimen Port Dickson.

Selepas ini, PRK DUN Semenyih pula akan diadakan pada 2 Mac depan, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Februari ini. PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

laporan wartawan NSTP

Friday, January 25, 2019

Kantoi: 'Buat Apa Undi BN, Pemimpin Mereka Pun Keluar Parti'




Dalam kunjungannya ke kubu kuat BN hari ini, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad merayu pengundi di Felda Sungai Koyan memilih calon PH, M Manogaran esok.

Bercakap di kawasan majoriti Melayu itu, beliau berkata tiada gunanya mereka memberikan undi kepada BN sedangkan ramai pemimpin gabungan itu baru-baru ini meninggalkan parti terbabit dan memilih menyertai PH.

"BN ditolak buat kali pertama (selepas PRU14) sebab dipimpin oleh seorang penyangak. Sebab itu kita buang Najib (Razak) dari jawatan perdana menteri, beliau kena buang oleh parti sendiri.

"Ramai orang parti Umno jumpa saya termasuk Mohamad Hasan, Ahmad Zahid Hamidi jumpa juga nak kerjasama.

"Ramai berduyun-duyun nak masuk Bersatu, nak masuk PH. Orang sudah tidak percaya lagi kepada Umno.

"Umno tidak ada apa-apa lagi. Saya yakin Umno tidak ada masa depan lagi, jadi buat apa pilih mereka?" katanya.

Mahathir berkata demikian pada ucapannya di ceramah "Membangun Bersama Harapan" hari ini.

Beliau yang juga perdana menteri berkata, tindakan BN meletakkan calon Orang Asli daripada suku Semai, Ramli Mohd Nor, juga bukan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat di situ, sebaliknya lebih kepada ingin mengekalkan kuasa.
"Kata layan Orang Asli... ini (BN) nak tipu ambil Orang Asli bertanding.

"Mereka bukan sayang Orang Asli tapi sayang jawatan, sebab itu bertanding," katanya.

Beliau turut mengimbas semula bagaimana Umno mula ditolak rakyat pada PRU ke-12, ketika ia dipimpin perdana menteri kelima Abdullah Ahmad Badawi, sehingga menyebabkan parti itu hilang kuasa di lima negeri.

"Selepas BN kalah, Pak Lah berundur, dan Najib naik. Mula-mula saya seronok sebab bapanya, Tun Razak sangat prihatin kepada rakyat, bangunkan Felda, bangunkan kawasan luar bandar semua junjung tinggi Tun Razak.

"Jadi kita ingin anak dia (Najib) begitu juga. Kata orang, bapak borek anak rintik, (tapi) rupa-rupanya penyangak, " katanya.

sumber... Yasmin Ramlan mKini

Thursday, January 24, 2019

Debat dengan Kit Siang,Adakah Najib Sengaja Cari 'Penyakit' ?




Berdasarkan fakta najib telah lari lintang pukang dari berdebat dengan Tun Mahathir dalam Nothing To Hide.

Lim Kit Siang telah digantung dari Dewan Rakyat selam 6 bulan kerana mempersoalkan 1MDB di Parlimen.

Beberapa bekas pemimpin umno sendiri dipecat dari parti dan jawatan dalam kerajaan termasuk Mukhriz Mahathir,Muhyiddin Yassin,Shafie Afdal dan lain lain lagi.

Jika dengan Tan Sri Muhyiddin pun najib tak berani nak berdebat...

Kah Kah Kah mampos ler najib jika berdebat dengan tokoh veteran Lim Kit Siang.

laporan mKini...

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata sedia mempertimbangkan untuk menerima cabaran supaya perdebatan secara terbuka diadakan antara dirinya dengan seteru politik sekian lamanya, Lim Kit Siang.

"Biarkan saya pertimbangkannya," katanya kepada Malaysiakini semasa berkempen di Pos Betau, Jelai, hari ini.

"Dia begitu obses dengan saya, masalahnya saya mahu berhubungan dengan  orang ramai, bukan hanya berdepan satu orang sahaja."
Lim adalah pengkritik lantang Najib selama bertahun-tahun, terutamanya dalam skandal 1MDB, khususnya di alam maya.

Najib pula baru berjinak dengan media sosial dan hanya mendapat pengiktirafan dalam beberapa bulan kebelakangan dan mula popular dengan penampilan "bosku".

Beliau lazimnya agak sopan dan kata serta bahasanya terpelihara dengan baik. Namun sejak kekalahan BN pada pilihan raya umum Mei, tahun lalu, Najib mempunyai kecenderungan untuk mengkritik segala bidasan terhadap diri dan partinya dengan cara yang bukan sahaja agak pintar tetapi juga menghiburkan.

Terbaru, Najib melabelkan Lim sebagai "Menteri Hal-Ehwal Najib" atau singkatannya "MenHEN" kerana sikap pemimpin DAP itu yang sering memberi tumpuan kepadanya dan menjadikannya sebagai sasaran.
Awal hari ini di Tanah Rata, Lim diminta mengulas mengenai gelaran "MenHEN" yang diberikan oleh Najib itu.

"Saya fikir ini lebih baik daripada 'Raja Troll'," katanya dengan sinis.

sumber...mKini

Dr M Lancar Skim mySalam Untuk Manfaat 3.69 juta Rakyat



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) yang menyediakan perlindungan takaful kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).

Melalui MySalam, katanya, kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tidak diduga.

Dr Mahathir ketika melancarkan skim itu di Kementerian Kewangan berkata kerajaan menjangkakan seramai 3.69 juta rakyat yang berumur 18 sehingga 55 tahun layak menerima manfaat daripada skim itu.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan Pakatan Harapan merasai keperitan yang ditanggung oleh rakyat yang hilang mata pencarian akibat sakit atau kemalangan.

"Bagi golongan B40, terutamanya mereka yang bekerja sendiri atau memperoleh gaji harian, tuntutan takaful yang diterima daripada skim mySalam ini boleh memberi kelegaan sementara bagi membantu mengekalkan keperluan hidup dan perbelanjaan harian, sementara menjalani rawatan perubatan yang diperlukan,” katanya.

Dr Mahathir berkata skim mySalam diperkenalkan dengan sumbangan permulaan sebanyak RM2 bilion daripada syarikat insurans dan takaful Great Eastern.

Beliau berkata skim itu juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman dalam kalangan B40 mengenai perlindungan insurans dan takaful.

“Skim mySalam yang diperkenalkan oleh kerajaan ini merupakan satu langkah yang signifikan untuk merangka sebuah dasar pembangunan kewangan yang lebih inklusif di Malaysia,” katanya.

Dr Mahathir berkata walaupun beban kewangan yang diwarisi adalah besar dan berat, namun ia tidak akan menjadi halangan untuk kerajaan memperkenalkan program-program mesra rakyat seperti skim mySalam.

“Walaupun kelihatan berdikit dan agak hati-hati di dalam melaksanakan program-program ini, kerajaan akan memastikan usaha tersebut mencapai golongan sasaran dan mereka yang memerlukan akan menerimanya.

“Kita akan berusaha sedaya upaya untuk menjana dana untuk meringankan beban rakyat jelata dan untuk mencapai matlamat itu, kita turut mengambil langkah-langkah inovatif dan alternatif. Usaha ini telah membuahkan hasil untuk membantu rakyat,” katanya.

sumber...Bernama

Wednesday, January 23, 2019

Kenapa DAP boleh Percaya Fadzil Noor dan Nik Aziz, Tetapi Bukan Hadi Awang ?



DAP boleh percaya Fadzil Noor dan Nik Aziz, tetapi bukan Hadi Awang - Kit Siang

Pertikaian politik antara Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Veteran DAP Lim Kit Siang terus hangat.

Kali ini Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri itu menyelar kenyataan yang dikeluarkan Abdul Hadi dalam Facebooknya.

Jelas Kit Siang, pemimpin DAP lebih mempercayai janji Fadzil Noor dan Allahyarham Nik Aziz berbanding Abdul Hadi.

Malah kenyataan balas Presiden Pas itu jelasnya, secara halus dan licik menafikan sesuatu yang beliau tidak pernah sebut.
 
 Seingat saya PAS tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi Perdana Menteri, atau menggelarkan diri sebagai Perdana Menteri Menanti.
Mungkin Saudara Lim lebih kuat ingatannya, atau lebih tinggi andaiannya.


Sebaliknya, tambah Kit Siang, langkah Hadi untuk menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu amat licik dan halus.

Tanpa merujuk mana-mana pihak atas alasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan tokoh yang sesuai menjadi Perdana Menteri.

Menurut Kit Siang, Pas cuba mengambil langkah bijak dengan tidak menamakan sendiri Abdul Hadi selaku calon Perdana Menteri, namun secara diplomatik mencadangkan Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon jawatan nombor satu itu.

Namun, pendirian DAP sangat konsisten bahawa Perdana Menteri menanti adalah Anwar, malah sebarang usaha mencadangkan nama Hadi menggantikan Anwar tidak akan mendapat sokongan sama ada DAP dan PKR.

Sejarah hubungan antara Abdul Hadi dan Anwar yang dingin dan tidak sebulu, berbeza dengan hubungan Anwar bersama Allahyarham Fadzil Noor Atau Allahyarham Nik Aziz.

Tegas Kit Siang, Abdul Hadi mempunyai kecacatan sifat yang begitu serius sebagai pemimpin politik Malaysia dan antara sebab mengapa DAP tidak boleh mempercayainya.

sumber... Fareez Azman, Astro Awani

Padu: Tun M Tibai Israel Penjenayah, Malaysia Tak Mahu Ada Urusan



Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak dapat menerima atlet Israel oleh kerana mereka datang dari sebuah negara penjenayah.

Dr Mahathir berkata orang yang tidak diingini di negara kita mestilah dihalang masuk dan ini termasuk mereka yang disyaki menjadi pengganas dan sebagainya.

"Kita tidak mahu mengadakan sebarang urusan dengan mereka (Israel) termasuk rakyatnya. Jika mereka ingin bertanding dalam sukan mereka boleh pergi ke negara lain.

Tetapi bagi Malaysia, mereka datang dari sebuah negara penjenayah, kita tidak dapat menerima mereka.

"Setiap negara mempunyai hak menerima atau menolak kedatangan orang lain.

"Kita punya hak itu dan kita mesti kuatkuasakan hak itu,” kata beliau kepada pemberita Malaysia dan wartawan asing selepas menyampaikan ucaptama persidangan Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Vienna International Centre (VIC) di Austria pada Selasa.

Usir penduduk

Beliau berkata para atlet ini datang dari sebuah negara yang melakukan apa saja yang mereka suka termasuk membina penempatan di negara orang dan mengusir penduduk dari negara itu sendiri.

"Mereka telah menyerang kapal kita yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza.

Terlalu banyak perkara lain dilakukan Israel yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan moraliti," katanya.

Sementara itu, mengenai rasuah, Dr Mahathir berkata pemimpin mestilah dipilih dengan bijak dan bila ada tanda-tanda seseorang pemimpin itu rasuah, tindakan mesti diambil bagi menyingkirkannya.

Dr Mahathir menyuarakan hal yang sama semasa menghadiri Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Kebangkitan Afrika (ICEA-III) di Dakar, Senegal minggu lepas.

Israel membantah tindakan Malaysia melarang pasukan renangnya dari menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 dijadualkan berlangsung di Kuching pada Julai.

Malaysia merupakan pengkritik lantang terhadap Israel yang melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin.

oleh:Ahmad Shukran Shaharudin - Bernama

Tuesday, January 22, 2019

Ambik Kau: Biarkan Najib Terus Merempit Atas Kapcai



Biarkan Najib terus merempit atas kapcai kata Rafizi
Masanya telah tiba bagi Pakatan Harapan (PH) untuk bergerak ke hadapan melangkaui skandal 1MDB dan bekas perdana menteri Najib Razak serta menumpukan untuk memperbaiki kehidupan rakyat, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ini kerana rakyat telah membantu menghentikan 'rompakan' tersebut, kata Rafizi.

"Rakyat telah mengambil tindakan untuk menghentikan rompakan dan kecurian itu, walaupun ada yang sedikit terlambat.

"Tetapi keperluan mendesak untuk menghentikan rompakan dan kecurian wang negara itu telah dicapai.

"Kini, tiba masanya untuk memberi tumpuan memperbaiki kehidupan rakyat," katanya.

Rafizi berkata menjadi keutamaan kerajaan membantu golongan muda mencari pekerjaan.

Terlibat perniagaan

"Membantu seberapa ramai orang muda mencari pekerjaan dan memadankan mereka dengan seberapa ramai majikan kecil dan sederhana yang memerlukan pekerja.

"Saya juga percaya kita boleh membantu orang (supaya) mudah menambah kebolehpasaran mereka tanpa membelanjakan satu sen pun duit kerajaan, seperti yang dibuat oleh Najib (yang tidak pun banyak membantu orang muda dan majikan walaupun beratus juta dibelanjakan)," tulis beliau.
Menurut Rafizi, kerajaan juga patut menggalakkan rakyat, terutamanya orang Melayu untuk terlibat dalam bidang perniagaan.

"Paling bagus, ia akan meyakinkan orang Melayu/ bumiputera bahawa mereka juga boleh bersaing dalam perniagaan tanpa menuding jari kepada sesiapa," katanya lagi.


Bekas anggota parlimen Pandan berkata pengkritiknya daripada kalangan orang PAS dan Umno akan terus "meroyan" kerana golongan itu mahukan Najib kembali menjadi perdana menteri.

"Penyokong PAS Umno yang suka meroyan di Facebook saya akan terus meroyan.

"Mereka memang begitu dari dulu pun kerana mereka adalah #pencintaNajib asalkan Najib menjadi perdana menteri semula, mereka tidak malu pun berketuakan seorang yang dikaitkan dengan rompakan wang rakyat terbesar dalam sejarah dunia," jelasnya.

Rafizi turut berkata bekas perdana menteri itu boleh terus bermimpi untuk kembali berkuasa kerana populariti di media sosial tidak bermaksud orang dengan mudah dapat melupakan kesilapannya.

"Satu dua tahun dari sekarang, bila usaha itu membuahkan hasil, Najib akan terus merempit di atas kapcai dan di media sosial.

"Dan biarkanlah beliau merempit – itu hak beliau, asalkan beliau tidak memakan harta rakyat," katanya lagi.

Najib sedang berhadapan 38 tuduhan jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, selain didakwa terbabit dalam skandal 1MDB.

Anggota parlimen Pekan itu menafikan semua tuduhan tersebut dan sedang dibicarakan mahkamah.

sumber...mKini

Struktur Semula Kos Projek Mega Untuk Pembangunan Luar Bandar - Tony Pua




Pembatalan atau penundaan serta pengurangan kos projek-projek mega adalah penting bagi meneruskan pembangunan kawasan luar bandar seperti di Cameron Highlands, kata Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.

Pua menepis kritikan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Persekutuan 'kedekut' dengan wang perbelanjaan untuk negara.

"Kalau kita tidak kurangkan kos projek-projek mega, tidak tunda atau batalkan projek-projek ini yang mungkin tidak membawa sebarang kesan ekonomi yang positif ataupun diteruskan dengan kos yang terlampau tinggi, wang ini akan menjadi hutang kepada negara.

"Apabila kita ada hutang besar, akibatnya kita tidak akan mempunyai dana yang cukup untuk membangunkan kawasan-kawasan luar bandar," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

 Pua, yang juga setiausaha politik kepada Menteri Kewangan, turut memberi contoh beberapa projek di mana pengurangan kos telah menjimatkan duit kerajaan hingga RM100 bilion.

Antaranya termasuk pembinaan laluan Transit Aliran Massa Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2) di mana RM8.8 bilion berjaya dijimatkan serta penjimatan RM15 bilion bagi projek Transit Aliran Ringan Bandar Utama-Klang (LRT3).

"Jika kita tidak jimatkan wang dari projek-projek mega ini, kita tidak akan cukup wang untuk membangunkan kawasan-kawasan luar bandar.

"Ini adalah bukti bahawa Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan jauh lebih baik dan lebih berpotensi untuk membangunkan kawasan-kawasan luar bandar berbanding kerajaan Barisan Nasional," tambahnya.

oleh:  Arfa Yunus astro awani

Monday, January 21, 2019

Pemuda DAP Minta PAS 'Bertaubat'




Dalam menegaskan pendirian partinya hari ini, Pemuda DAP meminta PAS "bertaubat" dari melakukan "politik fitnah".

"Pendirian Pakatan Harapan (PH) selari dengan segala yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan berubah sama sekali.

"DAP akur dengan pendirian ini 100 peratus.

"Jika ada mana-mana pihak termasuk sesetengah pemimpin PAS cuba menafikan atau memfitnah kami, tiada lain yang boleh dibuat selain mengharapkan Tuhan sahaja yang akan membalas perbuatan mereka," kata Ketua Pemuda DAP Howard Lee dalam kenyataan media hari ini.

Howard membuat kenyataan itu selepas dicabar Timbalan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin agar DAP membuat pengisytiharan  berhubung kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera serta Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Khairil membuat cabaran itu sebagai mengulas laporan polis yang dibuat Pemuda DAP terhadap Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Laporan polis itu dibuat berhubung tuduhan Muhammad Khalil bahawa DAP sebagai parti politik yang anti-Islam.

Sementara itu, Howard dalam kenyataannya hari ini juga menyahut cabaran Khairil dan mengulangi pendirian partinya berhubung isu yang dibangkitkan.

"Saya ulangi pendirian kami seperti berikut: Agama Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dimartabatkan, diangkat dan dipertahankan oleh Pakatan Harapan dan DAP.

"Perkara 152 Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, itu akan terus dipertahankan.

"(Dan) Perkara 153 berkaitan kedudukan istimewa Bumiputera dan kepentingan sah kaum kaum yang lain tidak akan dipersoalkan," katanya.

'Menderhaka pada Raja-raja Melayu'
 
Howard yang merupakan Adun Pasir Pinji juga memetik titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di istiadat mengadap sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-62 baginda pada 4 November lalu.

Titah Sultan Nazrin yang dimaksudkan Howard ialah: "Rakyat mengimpikan pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender – kesaksamaan kaum – kesaksamaan agama – kesaksamaan wilayah;... dan rakyat mengimpikan sebuah negara yang bebas daripada kekacauan dan persengketaan, agar warganya hidup dalam harmoni - saling menghormati – saling bekerjasama, tanpa dipisahkan oleh tembok prejudis agama dan prasangka kaum. Kerajaan yang menjadi pilihan rakyat dan kerajaan yang akan terus mendapat sokongan rakyat ialah kerajaan yang dapat memenuhi impian dan hasrat majoriti rakyat."

Jelas Howard, titah Sultan Nazrin itu sekian lama merupakan apa yang diperjuangkan PH dan DAP.
Maka, kata Howard, tindakan PAS menuduh PH dan DAP hendak membuang institusi istana boleh dianggap sebagai menderhaka kepada Raja-Raja Melayu.

"Bagi saya, ini merupakan tohmahan yang bersifat menderhaka dan menghina kebijaksanaan Duli-duli Tuanku Raja-raja Melayu, serta memperlekehkan dan memperkecilkan keagungan Institusi Istana secara khusus- serta Perlembagaan Persekutuan secara amnya.

"Hujah perkauman, cauvinistik dan fitnah daripada Umno dan PAS adalah perkara yang biasa.

"Akan tetapi, seruan saya kepada Pemuda PAS, adalah jangan sekali-kali menakut-nakutkan pengundi dengan menyalah gunakan nama Duli-duli Tuanku dan mencemar kesucian institusi diraja," katanya.

sumber...mKini

Sunday, January 20, 2019

Sejarah Baharu Kutipan Cukai Mencecah RM137 Bilion


'Kutipan kasar cukai langsung meningkat 11 peratus bagi 2018'

Prestasi kutipan kasar cukai langsung negara bagi 2018 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meningkat 11.13 peratus kepada RM137.035 bilion berbanding 2017, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata pencapaian ini telah mencipta satu sejarah baru dalam kutipan hasil cukai langsung negara dan turut mengatasi pencapaian terbaik kutipan cukai langsung yang direkodkan pada 2014 iaitu RM133.70 bilion.

"Peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan kutipan daripada komponen pembayar cukai seperti syarikat, individu, petroleum, koperasi, duti setem dan lain-lain.

"Selain daripada mencerminkan keberkesanan kepimpinan bersih dan pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), peningkatan hasil ini juga menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang masih menggalakkan pada 2018," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kutipan hasil daripada cukai pendapatan (selain petroleum) telah menyumbang kira-kira 85.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan pada 2018.

Komponen syarikat merupakan penyumbang terbesar iaitu 51.11 peratus, diikuti komponen individu (26.32 peratus), kutipan hasil cukai petroleum (14.66 peratus), kutipan duti setem (4.33 peratus), kutipan cukai pegangan (2.27 peratus), kutipan Cukai Keuntungan Harta Tanah (1.07 peratus), kutipan cukai koperasi (0.12 peratus) dan Labuan IOFC serta lain-lain cukai (0.12 peratus).

"Kerajaan komited untuk mengurangkan ketirisan hasil dan meningkatkan kadar pematuhan cukai di Malaysia dan bagi tujuan tersebut, Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) telah dilancarkan bermula 3 November 2018 dan akan tamat pada 30 Jun 2019 dengan menawarkan pengenaan kadar penalti yang sangat rendah iaitu 10 peratus dan 15 peratus.

"Sehubungan itu, kerajaan menyeru pembayar cukai yang mempunyai isu pematuhan cukai agar segera mengambil peluang menyertai program ini bagi mengelak dikenakan penalti yang lebih tinggi iaitu 80 peratus hingga 300 peratus apabila program ini tamat kelak," katanya.


sumber...Bernama

Apa Cerita Peguam Negara,Ketua Hakim Negara dan Menteri Undang Undang Menari ?

 

Haniff: Gelagat AG, ketua hakim gugat prinsip pengasingan kuasa


Ketika beberapa pihak mempertahankan tindakan personaliti perundangan dan kehakiman menari bersama di sebuah acara rasmi, peguam Haniff Khatri Abdulla tetap menganggap perkara itu boleh menimbulkan "persepsi negatif" dalam kalangan masyarakat yang menggugat prinsip pengasingan kuasa.

"Tidak boleh dinafikan bahawa tularan tingkah laku tersebut yang dipaparkan dalam video-video berkenaan semestinya akan menimbulkan persepsi seolah-olah kedaulatan undang-undang dan prinsip pengasingan kuasa di antara bidang kehakiman (ketua hakim negara dan peguam negara) dengan eksekutif (menteri undang-undang) boleh dan telah digugat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Haniff berkata demikian sebagai menafikan tanggapan yang menuduh beliau sengaja berdiam diri daripada mengulas klip video yang memaparkan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menari bersama dalam program Legal Year Gala Dinner 2019 anjuran Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS) di Kota Kinabalu, semalam.

Untuk rekod, pada 2016, Haniff membuat kritikan terhadap Mohamed Apandi Ali yang merupakan peguam negara ketika itu susulan tularan klip video memaparkannya menari bersama beberapa menteri BN.

Dalam kritikannya itu, Haniff menggesa Mohamed Apandi menjelaskan tindakannya dan menggesa meletakkan jawatan sekiranya gagal berbuat demikian.

Ketika itu, pandangan Haniff turut dikongsi pemimpin Amanah Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah yang berkata Mohamed Apandi sebagai peguam negara tidak seharusnya dilihat terlalu rapat dengan pemerintah.


Empat alasan


Sementara itu, mengulas lanjut video yang tular hari ini, Haniff memberikan empat alasan bagi menyokong pendiriannya.

"Sebahagian besar daripada masyarakat am Malaysia, tidak langsung mempunyai pengetahuan berkaitan kewujudan majlis sosial seperti itu, dan semestinyalah akan terkejut dengan gelagat dan tingkah laku pihak-pihak berkenaan seperti yang terpapar dalam video-video berkenaan.

"Secara langsung, gelagat dan tingkah laku pihak-pihak berkenaan juga, boleh menampilkan kekhuatiran tentang keakraban kesemua pihak berkenaan yang boleh menggugat dan mencalarkan akan kewibawaan bidang kehakiman dan perundangan kerana kesemua pertikaian perundangan yang dibicarakan oleh sistem kehakiman akan sering menemukan kesemua pihak yang sama dari semasa ke semasa.



"Kesemua pihak yang berkenaan dalam bidang kehakiman dan perundangan juga seharusnya lebih peka dengan harapan kesemua lapisan masyarakat dari setiap perspektif, adat dan keturunan bahawa peradaban dan tatasusila pihak-pihak berkenaan semestinya dijaga dan dikekalkan di tahap tertinggi, yang mana boleh dikatakan adalah di luar daripada apa yang dipaparkan dalam video-video itu.

"Bebas daripada hak setiap individu terbabit untuk menjalani corak hidup sendiri secara peribadi, mereka juga wajib peka bahawa pada era sistem teknologi terkini yang melibatkan kemudahan untuk mengambil rakaman video atau gambar yang dapat diedarkan ke khalayak ramai dalam sekelip mata, maka gelagat dan tingkah laku kesemua pihak berkenaan yang boleh tampilkan persepsi negatif terhadap sistem kehakiman dan perundangan hendaklah dielakkan sepenuhnya," katanya.

Haniff juga memohon ketua hakim negara, peguam negara dan menteri undang-undang bertanyakan pada diri masing-masing secara jujur sama ada tindakan mereka menampilkan persepsi negatif.


Terdahulu, susulan penularan video berkenaan, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan ia sebagai memalukan institusi kehakiman dan perundangan negara.


Anggota Parlimen PKR Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengungkit kritikan Haniff pada Mohamed Apandi pada 2016, dan menggesa agar tokoh kehakiman dan eksekutif menjaga imej kebebasan dan integriti.

Sementara peguam Siti Kasim yang turut dipaparkan dalam video berkenaan mempertahankan tindakan peguam negara dan ketua hakim negara serta mengecam pihak yang mengkritik perkara itu.
Peguam hak asasi Eric Paulsen dalam Twitternya pula berkata individu yang menghadiri majlis berkenaan semestinya akan bergaul dan menari jika mahu.

sumber...mKini


Saturday, January 19, 2019

Pertama Dalam Sejarah, Putrajaya Saman Kelantan Demi Orang Asli

  

Sekumpulan Orang Asli di Pejabat Perdana Menteri pada Ogos tahun lepas. Putrajaya hari ini mengumumkan saman terhadap kerajan Kelantan.

Putrajaya memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS kerana pencerobohan penempatan-penempatan Orang Asli, yang pertama oleh kerajaan persekutuan melibatkan hak tanah pribumi.

Ia juga memohon injunksi menghalang syarikat-syarikat swasta menceroboh tanah pribumi untuk menjalankan aktiviti komersial.

“Penerima manfaat dalam saman ini adalah Orang Asli. Litigasi ini adalah percuma,” kata Peguam Negara dalam kenyataan hari ini.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu menamakan kerajaan negeri, pengarah tanah dan galian negeri, pengarah perhutanan negeri dan 5 entiti swasta.
Thomas berkata tindakan kerajaan persekutuan memulakan prosiding undang-undang bagi pihak Orang Asli adalah yang pertama sejak Merdeka, tindakan yang dilihat seperti Putrajaya mengiktiraf kewajipannya melindungi masyarakat itu.

“Orang Asli mempunyai sejarah yang kaya dan kuno. Mereka menjalani kehidupan yang damai dan lestari di hutan-hutang Tanah Melayu sejak zaman dulu,” kata Thomas.

Beliau berkata ekonomi dan budaya Orang Asli sangat bergantung kepada tanah nenek moyang mereka.

“Sememangnya seluruh warisan, tradisi dan kehidupan mereka bergantung kepada tanah nenek moyang dan sumber-sumber berkaitan,” tambahnya.

Thomas berkata hak asasi masyarakat itu sudah terlalu lama tidak diendahkan.

Kerajaan Kelantan dan agensi-agensinya baru-baru ini menganugerahkan lesen pembalakan kepada syarikat-syarikat swasta untuk memasuki tanah-tanah pribumi Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor, berdekatan Gua Musang.
Kawasan-kawasan hutan dilapor dibersihkan untuk membuka laluan kepada ladang-ladang durian dan getah.

Thomas berkata tindakan itu menyebabkan Orang Asli suku Temiar kehilangan tanah pribumi dan sumber, dan menyebabkan hakisan tanah, pencemaran dan kerosakan pada ekonomi dan lanskap Pos Simpor.

“Kerajaan Kelantan tidak berunding dengan Orang Asli suku Temiar sebelum menganugerahkan lesen-lesen pembalakan itu atau menawarkan sebarang pampasan atas kehilangan tanah pribumi dan sumber,” tambahnya.

Beliau berkata walaupun kerajaan Kelantan mempunyai bidang kuasa berhubung tanah, perhutanan dan perlombongan, ia juga mempunyai kewajipan untuk melindungi dan memelihara kebajikan Orang Asli suku Temiar.

“Pembangunan komersial dan mencari keuntungan tidak boleh mengorbankan Orang Asli suku Temiar dan hak mereka ke atas tanah dan sumber yang secara tradisi dimiliki dan digunakan mereka,” katanya.

sumber...FMT
foto: FMT

Friday, January 18, 2019

Kisah Nik Aziz dan Salib Yang Hilang




Sejak minggu lalu isu bangunan yang memaparkan lambang salib di Pulau Pinang menjadi perdebatan hangat.

Ia kini dalam siasatan kerajaan negeri selepas Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa syarikat pemaju terlibat dalam agenda Kristianisasi memandangkan salah seorang pengasasnya dikaitkan dengan pertubuhan Kristian yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Beliau juga mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan pemaju Nova Mulia Development Sdn Bhd cuba mengelak isu itu dengan mendakwa lampu yang dipasang memaparkan abjad Cina bermaksud ong (nasib baik) dan bukannya salib.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy pula menggesa pemaju agar lebih berhati-hati dan tidak membuat provokasi.

Hari ini Chow berkata kerajaan negeri akan mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu.

Bekas Pengerusi Kelab Penyokong PAS Hu Pang Chaw mengimbas kembali satu lagi insiden berkenaan lambang itu melibatkan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bercakap dengan Malaysiakini, beliau berkata pejabat Nik Aziz ketika menjadi menteri besar Kelantan terletak bertentangan dengan Gereja Our Lady of Fatima of the Holy Rosary di Kota Bharu.

"Dulu saya bekerja di pejabat kerajaan negeri dari tahun 2000 hingga 2004. Saya yang mengendalikan isu itu tetapi tidak ingat secara tepat bila ia berlaku.

"Pada satu pagi, seorang anggota exco hubungi saya. Dia beritahu saya yang Tok Guru (Nik Aziz) sedar lambang salib sudah tiada di bumbung gereja dan mahu tahu apa yang berlaku.

"Exco itu kata Nik Aziz memberitahunya jika orang PAS yang minta salib itu diturunkan, tolong letakkannya semula (di bumbung). Jadi exco itu tanya saya apa yang terjadi," katanya.

Beliau berkata bekas mursyidul am PAS itu perlu melakukan pusingan U di depan gereja itu untuk ke pejabatnya.

"Saya fikir dia mesti perasan yang salib itu sudah tiada," katanya lagi.

Hu yang kini bersama parti Amanah  berkata beliau kemudian bertanya kepada pihak gereja tentang perkara itu.

"Saya diberitahu salib itu diturunkan buat sementara untuk kerja penambahbaikan kerana bumbung bocor dan akan dipasang semula apabila kerja itu selesai."

Insiden itu juga disebut seorang bekas guru besar di Kelantan, Jerome Fernandez, dalam sebuah artikel yang diterbitkan semula di akhbar Katolik, Herald, pada Mac 2015, sebulan selepas kematian Nik Aziz.

Dalam artikel bertajuk "The Tok Guru I Knew" (Tok Guru yang saya kenali), Fernandez berkata Nik Aziz memberitahu pihak gereja bahawa pejabat menteri besar akan menanggung kos penambahbaikan.

Beliau juga berkata Nik Aziz ada bertanya sama ada vandalisme menjadi punca kerosakan.

"Satu hari paderi terima panggilan daripada pejabat menteri besar. Pegawai berkata Tuan Guru sedar salib di bumbung gereja sudah tiada.

"Paderi berkata ia bukan kerana vandalisme. Salib itu jatuh kerana ribut pada malam sebelumnya," katanya.

Artikel itu berkata lagi, selepas berbincang dengan Nik Aziz, pegawai itu berkata: "Menteri besar mahu gereja gantikan salib dan hantar bil ke pejabat menteri besar untuk pembayaran. Menteri besar merasakan sebagai ketua kerajaan beliau bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku."

Pada April 2015, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyebut kejadian itu. Dalam versinya, Wan Azizah berkata Nik Aziz melawat gereja itu dan bertanya tentang salib yang hilang.
Menurut Wan Azizah, Nik Aziz kemudian diberitahu ia diturunkan sementara kerja penambahbaikan berjalan.

"Beliau benar-benar ambil berat dan inilah Islam," kata Wan Azizah ketika itu.

Pada masa itu Wan Azizah mengulas tentang protes di Taman Medan di Petaling Jaya di mana sekumpulan mendesak lambang salib di sebuah bangunan gereja di situ diturunkan.

Seorang tokoh yang dihormati rakan dan lawan, Nik Aziz meninggal pada tahun 2015 ketika berusia 84 tahun. Beliau berundur dari jawatan menteri besar dua tahun sebelumnya.

sumber...mKini

Thursday, January 17, 2019

MB: Terengganu Jangka Naik Tarif Air



Rakyat Terengganu bakal berdepan kenaikan tarif air seperti negeri-negeri lain berikutan kadar sedia ada tidak pernah dinaikkan sejak 22 tahun lalu, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata Terengganu adalah antara tiga negeri yang tidak pernah menaikkan kadar tarif air dalam tempoh itu.

"Cadangan kenaikan ini sedang diteliti dan hari ini, kita telah mendengar taklimat yang disampaikan wakil Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli tentang keperluan melaksanakan tarif baharu dan impaknya kepada kewangan syarikat pengurusan air di semua negeri.

"Kita akan pertimbangkan dan lihat secara terperinci impaknya kerana objektif utama kita adalah meminimumkan kesan kenaikan itu kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Negeri di Kuala Terengganu hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar berkata kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.


Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri akan melakukan kajian yang terperinci dari segenap aspek termasuk segmen pengguna serta kenaikan yang sesuai untuk setiap kategori (domestik dan industri).
"Hasil keputusan itu akan dimuktamadkan sebelum akhir bulan ini dan seterusnya akan dimaklumkan kepada kementerian.

"Justifikasi terhadap kenaikan tarif air itu memang ada kerana setelah 22 tahun menggunakan tarif air yang sama, sudah pasti ada berlaku peningkatan kos operasi, namun kita beri jaminan kesannya nanti adalah sangat minimum untuk rakyat berpendapatan rendah," katanya yang belum bersedia mendedahkan jangkaan kenaikan tersebut.

sumber...Bernama

Wednesday, January 16, 2019

Iqram Dinzly diisytihar Muflis




PELAKON Iqram Dinzly diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.

Iqram, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin mendedahkan perkara itu di Instagram semalam.

Keputusan itu disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.
“Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima.

“Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa. Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal.

“Diakui apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya katakan selama ini memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja,” katanya kepada Harian Metro.

Iqram berkata, notis pemberitahuan mengenai bayaran cukai pendapatan itu diterima sejak tiga tahun lalu yang pada asalnya berjumlah hampir RM200,000.

Jumlah itu dikira sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam bidang lakonan.

“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan pihak LHDN. Dapatlah kurangkan hingga RM67,000.

“Namun, saya diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.

“Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi. Hasil perbincangan negatif. Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar.

“Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan kembali berlakon untuk menjana pendapatan bagi membayar hutang itu, Iqram tegas dengan pendirian tidak sama sekali.

“Saya takkan kembali berlakon. Disebabkan saya menjadi selebriti saya diisytihar bankrap,” katanya.

sumber...Hmetro

Monday, January 14, 2019

PRK Cameron Highlands: Nazri Akui BN Sukar Pertahan Kerusi



Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Nazri Aziz mengakui parti itu sukar mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands yang dimenanginya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.

Katanya, kedudukan BN kini sama seperti Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang yang sukar memenangi pilihan raya kecil (PRK).

“Sekarang kita berada di pihak pembangkang, sepertimana semua tahu mana-mana PRK, ia sentiasa tidak memihak kepada pembangkang,” katanya kepada FMT hari ini.

Bekas menteri pelancongan dan kebudayaan itu mendakwa parti pemerintah akan menggunakan semua kelebihan yang ada, termasuk sokongan kementerian untuk membantu calonnya.
“Tetapi, tidak mengapa, kami akan hadapinya.”

BN menurunkan bekas pegawai kanan polis yang berasal daripada masyarakat Orang Asli, Ramli Mohd Nor untuk menentang calon PH, M Manogaran dan 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

PRK Cameron Highlands akan diadakan 26 Januari ini, selepas Mahkamah Pilihan Raya pada November lalu membatalkan kemenangan calon BN, Datuk C Sivarraajh daripada MIC pada PRU14 lalu.

Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 597 undi, selepas menewaskan pencabar terdekatnya, Manogaran dalam pertandingan 5 penjuru.

Cameron Highlands mempunyai 32,009 pengundi berdaftar, termasuk 247 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir.

Kayveas sokong PH
Nazri tidak terkejut dengan tindakan Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas menarik diri daripada PRK Cameron Highlands dan menyokong PH kerana parti itu sudah meninggalkan BN.

“Beliau merupakan antara pemimpin MyPPP yang meninggalkan BN, sudah tentu dia tidak menyokong BN.”

Nazri juga enggan menjawab spekulasi Kayveas mempunyai 3,000 pengundi di Cameron Highlands yang mampu membantu PH memenangi PRK itu.

“Beliau tidak boleh mengukur undi mengikut kawasan, sama ada kawasan ini mempunyai 3,000 atau 4,000 pengundi yang akan mengundi beliau, terpulang kepada beliau untuk bercakap, apa yang penting ialah keputusannya sebab kita tidak tahu.”

sumber...FMT

PRK Cameron Highlands: Wan Azizah Akui Sukar Menang


Lepas temui Orang Asli, Wan Azizah akui sukar menang

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui peluang kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Jan ini adalah sukar memandangan Barisan Nasional memainkan isu sentimen tempatan.

Timbalan Perdana Menteri yang turut mengakui PRK itu dilihat sebagai pertandingan yang sengit disebabkan tindakan pihak pembangkang (BN) telah meletakkan Orang Asli sebagai calon.

“"Yalah, kita sentiasa menghadapi kesukaran sebelum kita masuk ke dalam kerajaan, tetapi lebih sukar sekarang kerana mereka (BN) menggunakan sentimen tempatan, saya telah bertemu dengan mereka (suku Semai) baru-baru ini. Sudah tentu kesukaran adalah sebahagian daripada cara anda perlu bertanding.

“Dan apa yang boleh kita tawarkan sekurang-kurangnya mereka mengundi kita, dan ini sudah cukup bagus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Positive 2019 di Putrajaya hari ini.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PH berkata demikian ketika diminta mengulas peluang calon PH M.Manogaran untuk memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon BN, Ramli Mohd Nor dan dua lagi calon bebas.

Ditanya mengenai sama ada Manogaran mempunyai peluang kemenangan yang tinggi, beliau berkata: "Terkawal lah. Saya tidak mengatakan itu terlalu tinggi. Tetapi memandangkan kita telah menukarkan kerajaan, jadi ianya ok, insya- Allah"

Kepada soalan sama ada Senator PKR Bob Manolan Mohd akan diambil tindakan displin berikutan dakwaan beliau mengugut sekumpulan tok batin Orang Asli di Cameron Highlands, Dr Wan Azizah yang juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat PKR berkata beliau telah menanyakan isu berkenaan kepada Bob Manolan dan senator itu memberitahunya bahawa itu bukan maksudnya.

"Tindakan displin, saya biarkan pada presiden baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi, kita memang tidak bersetuju dia (Bob Manolan) memberi ugutan. Itu lah sebab kita mesti berhati-hati dengan apa yang kita ucapkan," jelas beliau.

Ketika diminta mengulas berhubung gambar seorang wanita berbaju PH yang mengagihkan wang dalam PKR Cameron Highlands hari ini, Timbalan Perdana Menteri meminta wartawan berkenaan untuk memeriksa kesahihah gambar dan dakwaan tersebut.

"Betul ke? Awak boleh pakai baju dan bagi (wang) dan ambil gambar. Jadi awak perlu pergi dan periksa lebih lanjut. Bagaimanapun, kita sudah memberitahu petugas agar tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar undang-undang pilihan raya," kata Dr Wan Azizah.

Terdahulu, Dr Wan Azizah dalam ucapan perasmiannya, berpendapat kegagalan sesebuah kerajaan itu adalah berpunca daripada ketidakupayaan mengenal pasti dan meletakkan posisi yang betul kepada rakyatnya.

Katanya kesan langsung daripada penyebaran maklumat palsu boleh mengakibatkan curiga mencurigai di antara satu sama lain, perasaan perkauman yang menebal dan akhirnya boleh mencetuskan kekacauan kaum dan agama.

"Salah satu daripada kesan minta positif ialah kekuatan menapis maklumat. Banyak sekali maklumat yang tidak benar bahkan direka semata-mata untuk mengeruhkan keadaan berkembang di media-media sosial. Cukuplah peristiwa13 Mei menjadi iktibar dan kita tidak mahu ia berulang lagi," katanya.

Dalam era kebebasan maklumat dan dunia tanpa sempadan, Dr Wan Azizah berkata ia adalah amat sukar untuk membendung edaran maklumat yang tidak benar dan tidak boleh bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang sahaja, malah negara memerlukan 'heart-ware' atau kesihatan hati yang ampuh untuk mengendalikan perkara itu.

sumber... Bernama 

Sunday, January 13, 2019

Betul Ke Melayu Resah Selepas PRU-14 ?



Malaysia adalah kepunyaan semua, bukan untuk sesuatu kelompok bangsa sahaja tetapi kontrak sosial perlu dihayati oleh semua kerana bertolak dari situ Malaysia dilahirkan, 5 perkara pokok perlembagaan persekutuan tidak ada lagi kompromi.

Malanglah untuk sesiapa yang masih percaya dan menaruh harapan tinggi untuk parti melayu pas dan umno kembali menjuarai politik Malaysia terkini.

Propaganda wira melayu dan untuk memertabatkan ugama telah ditolak oleh majoriti rakyat pada tempoh PRU-14 yang lalu.

Kini sebuah kerajaan yang lebih telus dan berhemah sedang membina semula negara Malaysia dari kebobrokan petualang bangsa dan ugama.

Secara keseluruhan kini rakyat dan sistem kehidupan lebih bebas dari cengkaman parti pemerintah,

Detik kesenangan untuk rakyat dijangkakan pasti akan dirasakan selepas belanjawan pembangunan Malaysia pada tahun 2022 setelah peningkatan untuk pembangunan sahaja mencecah RM120 Bilion.

Berdepan keresahan Melayu pasca-PRU14

Sama ada kita suka mahupun tidak, dua parti politik Melayu paling besar di negara ini, tidak bersama kerajaan.

Kita boleh sahaja mempertikaikan sama ada dua parti politik ini benar-benar mewakili Melayu mahupun tidak, tetapi itu tidak akan menyelesaikan apa-apa.
 
Apatah lagi untuk menjawab polemik keresahan Melayu yang sejak malam 9 Mei lalu tidak surut-surut. Malah, pergelutan politik kepartian, mungkin meningkatkan keresahan ini, akan tetapi bukan punca terasnya.

Ketiadaan – yang digambarkan sebagai peminggiran – dua parti politik Melayu dalam kerajaan hanya memudahkan artikulasi sentimen yang sedia ada terpendam dalam masyarakat Melayu.

Sebarang usaha untuk menunjukkan bahawa keresahan ini sebagai semata-mata propaganda parti pembangkang hanyalah helah kita untuk tidak jujur kepada diri kita, bahawa sehingga kini kita belum lagi benar-benar menjawab akan segala keresahan yang muncul ini.

Lalu, apakah punca kepada keresahan ini?

Sekian lama, orang Melayu disuruh percaya bahawa mereka ini tidak akan mampu bersaing dengan adil dan seimbang dengan kaum lain tanpa dibantu dan ditopang.

Bantuan dan topang ini dimanifestasikan dalam bentuk institusi kerajaan, institusi beraja dan institusi agama. Maka, sebarang usaha yang dilihat – atau cuba digambarkan – menyentuh perjalanan institusi ini akan dirumuskan sebagai usaha menamatkan survival bangsa Melayu.

Taktik perdaya Melayu
 
Meskipun sejak peralihan kerajaan, tidak ada satupun dakwaan ini benar; malah sebaliknya institusi ini kini sedang diperkasakan kembali.

Namun, memandangkan dua parti politik Melayu terbesar ini tidak bersama kerajaan, mereka melihat usaha ini dengan penuh curiga dan ditambah pula dengan anasir-anasir jahat yang cuba menangguk di air keruh.

Buktinya, segala usaha baik kerajaan untuk memperkasa institusi ini, contohnya dengan menambah peruntukan pendidikan untuk sekolah agama dan sekolah berasrama penuh dilihat sebagai semata-mata taktik politik untuk memperdaya orang Melayu.

Ya, wujud defisit keyakinan, namun bukan hanya terhadap kerajaan, malah terhadap kemampuan diri mereka sendiri.
Maka, jika kita serius untuk menangani keresahan Melayu ini, kita harus pergi terus kepada teras keresahan ini; mengembalikan semula keyakinan bangsa ini terhadap dirinya.

Sejak sekian lama, orang Melayu hanya disogokkan dan dipaksakan untuk percaya dengan hanya satu naratif dominan; bahawa mereka adalah bangsa yang tidak berupaya dan lemah yang menciptakan siege mentality.

Ya, hal ini telah pun lama disanggah oleh ramai sarjana, termasuk oleh Syed Hussein Alatas dalam karya popularnya The Myth of The Lazy Native (Mitos Peribumi Pemalas) yang ditulis seawal 1977.

Bagi membina naratif Melayu yang baharu ini, kita tidak perlu mencipta mitos atau propaganda baru.
Kita hanya perlu kembali menghubungkan orang Melayu dengan sejarah ketamadunannya yang gagah dan kosmopolitan – era sebelum kolonialisme.

Era di mana ketinggian dan kekaguman terhadap bangsa ini dinikmati dengan pencapaian diri dan bukannya dengan merendah atau menghina bangsa lain.

Orientasi inilah yang harus dikembalikan, memikir dan mengembangkan potensi diri dan bukannya meremeh dan menyekat orang lain.

Kembalikan keyakinan Melayu
 
Malangnya, akibat kolonialisme, bangsa Melayu maritim yang kosmopolitan ini telah diputuskan daripada dunia mereka yang luas; secara literal mahupun secara falsafahnya.

Melayu tidak lagi menguasai lautan dan perlabuhan di mana interaksi dan perdagangan berlaku (semua perlabuhan utama, Singapura, Melaka, Pulau Pinang diambil oleh kolonial), sebaliknya Melayu dipaksakan ke hulu sungai, masuk jauh ke daratan menjadi petani yang insular yang mengakibatkan keterasingan.

Hal inilah yang disebut sebagai pemertanian (peasantisation) sebagaimana yang disinggung oleh Pramoedya Ananta Toer itu dalam novelnya, Arus Balik (1995).

Orang Melayu sejak itu disuruh percaya bahawa mereka tidak akan mampu bersaing di dunia luar, kerana dunia mereka hanya di kampung ini. Mereka disuruh percaya bahawa Melayu ini tidak pandai berdagang dan merantau; maka dunia Melayu menjadi kecil.

Malangnya setelah merdeka, naratif ini tidak dilawan apatah lagi dibongkar. Malah diperkukuhkan oleh Umno sebagaimana yang dihimpunkan dalam Revolusi Mental (1971).

Oleh yang demikian, adalah mustahak pada fikiran saya untuk kita dengan penuh insaf memanfaatkan kesempatan ini untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap kemampuan diri dan bangsanya.

Tanpa perlu menafikan kepentingan reformasi ekonomi dan sosial orang Melayu, perubahan terhadap mentaliti ini memerlukan reformasi budaya dan intelektual, memerlukan keseriusan dalam menghubung dan menyambung kembali sejarah ketamadunan bangsa ini yang putus lebih 500 tahun lalu.

Hanya dengan ini Melayu akan kembali berani dan yakin di tanah air sendiri. Jika dua buah parti Melayu terbesar di negara ini tidak pernah menyanggupi tugas ini, kerajaan baru kita kini tanpa perlu mendabik dada menjulang keris, mesti memikul amanah bangsa yang telah sekian lama diabaikan ini.

oleh: SHEIKH OMAR ALI ialah ADUN Paloh dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penerangan dan Ekonomi Kreatif Johor.

Friday, January 11, 2019

Kantoi: Polis Cekup Apek Tampar Juruwang Melayu



Polis tahan lelaki tampar juruwang kerana minyak masak

Lelaki yang disyaki menampar dan mengugut seorang juruwang wanita di sebuah kedai serbaneka di Bayan Lepas pada Selasa selepas berang tidak dapat membeli 3 paket minyak masak ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Barat Daya AA Anbalagan berkata lelaki berusia 47 tahun itu ditahan di tepi jalan di Sungai Ara, Bayan Lepas pada 2.00 petang.

“Lelaki yang merupakan seorang peniaga itu mengaku memaki hamun dan memukul juruwang wanita berusia 29 tahun berkenaan sebelum mengugut mangsa dalam kejadian tersebut kerana gagal mengawal marah,” katanya.

Katanya polis akan membawa lelaki itu ke mahkamah Balik Pulau esok untuk mendapatkan perintah reman bagi siasatan lanjut kes berkenaan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan dan Seksyen 323 kanun yang sama kerana menyebabkan kecederaan.

Dalam kejadian 8.40 pagi itu, wanita berkenaan didatangi seorang pelanggan lelaki yang mahu memberi beberapa barangan termasuk 3 paket minyak masak namun mangsa memberitahu setiap pelanggan dihadkan untuk membeli 2 paket sahaja.

Bagaimanapun, lelaki itu berang dengan teguran itu dan mengamuk serta memaki hamun juruwang berkenaan sebelum bertindak menampar belakang kepala mangsa.

Suspek kemudiannya mengugut mangsa supaya berjaga-jaga sebelum beredar dari kedai berkenaan dan mangsa yang bimbang tentang keselamatannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Rakaman video berdurasi 16 saat mengenai kejadian itu turut tular di media sosial sejak semalam.

sumber...Bernama

Wednesday, January 9, 2019

Rusia, Yang Hilang di Kota Bharu



Dalam tahun 1892-94 seorang pengembara Rusia, mungkin juga seorang askar upahan (siapa tahu adalah perisik) bernama Vasily Mamalyga, telah membantu Lombok menentang askar Belanda.

Lombok kalah, dan Mamalyga (juga kadang kala dieja sebagai Memelige dan WP Mamalyga) dipenjarakan selama empat tahun di dalam penjara Belanda.

Beliau dibebaskan kemudiannya dan diminta ke Moldavia dalam tahun 1899. Dua tahun kemudian, anehnya, Mamalyga kembali ke alam Melayu kali ini sebagai tukang masak di atas sebuah kapal wap Rusia. Kapal ini berlabuh di Singapura pada tahun 1901. Ia sepatutnya belayar ke Jawa tetapi Mamalyga tidak dapat meneruskan perjalanan kerana rekodnya yang masih buruk dalam tangan Belanda.

Di Singapura, gerak geri Mamalyga diawasi oleh Baron Kister, Konsul Rusia di pejabat Konsulat Rusia Tsar, sekurang-kurangnya dalam dua insiden iaitu pada bulan Ogos 1901, dan Oktober 1902. Keberadaan Mamalyga di alam Melayu ini pernah menjadi tumpuan Elizaveta lvanovna Gnevusheva, seorang pensyarah di Universiti Moscow dalam tahun 1965, yang kemudian menarik pula perhatian sejarawan Anthony Reid dalam tahun 1966, yang ketika itu sedang berkhidmat di Universiti Malaya.

Harus dinyatakan di sini pada waktu itu Kelantan sudah pun bebas (walaupun tidak sepenuhnya) dari pengaruh Siam. Pun tradisi menghantar Bunga Mas ke istana Siam masih berjalan. Penjajah British berminat untuk menguasai penuh Kelantan dan Terengganu (juga Kedah) tetapi sangat berhati-hati untuk tidak memprovokasi Siam yang mana mempunyai hubungan yang erat dengan Perancis. Tambahan pula Inggeris baru sahaja mencampuri urusan Perak yang berperang dengan Kesultanan Reman (yang berpusat di Gerik, Perak hari ini).

Tidak ramai yang tahu mengenai Kesultanan Reman yang mahu memerdekakan diri dari Patani pada tahun 1810 iaitu apabila Tuan Tok Nik Tok Leh menolak dari menjadi sebahagian jajahan Patani. Reman turut berperang dengan Perak kemudiannya. Pada tahun 1899, ekoran perang yang panjang, Reman dan Patani menjadi lemah kedua-duanya dan Siam mengambil peluang meluaskan pengaruh. British mengiktiraf kedudukan istimewa Siam tersebut.

Jadi apa yang berlaku di Kelantan? Apa pula yang dilakukan seorang Rusia di Kota Baharu?
Semuanya kerana kuasa Siam semakin mencekam kembali. Ini terjadi apabila Siam melantik Phya Sukhom sebagai gabenor Songkhla dalam tahun 1897. Phya tidak menggunakan gaya lama untuk menggasak Kelantan dan Patani. Kaedah Phya jauh lebih sofistikated dan sistematik iaitu dengan memperkenalkan antara tahun-tahun 1897 sehingga 1901, antara lain komisioner, pejabat pos, bot kawalan perang dan penjaga sempadan yang diupah dari Denmark. Ini menyebabkan kehadiran Siam jauh lebih dirasai.

Kerabat diraja Kelantan dan Patani mulai resah kerana Raja Senik (yang nampaknya memilih menggunakan nama dan gelar Sultan Muhammad IV (1899-1920), kurang berbuat apa-apa dan tampak tidak berdaya dalam menangani pemerintahan seharian. Kelemahan ini gara-gara dirinya sendiri iaitu kerana kegagalan baginda menyelesaikan pertikaian sesama kerabat baginda yang berlarutan sejak pemerintahan Sultan Muhammad III (bapa Raja Senik) dan Sultan Mansur sehingga memberi ruang pada kerajaan Siam untuk meluaskan semula pengaruh di Kelantan. Malah, di satu peringkat, Raja Senik ikut meminta bantuan Siam semasa proses peralihan kuasa selepas kemangkatan Sultan Mansur.

Bantuan penjajah tiba

Agar tidak dihambat Siam, dan takhtanya pula tidak direbut oleh kerabat lain, Raja Senik, atau seperti yang baginda suka - Sultan Muhammad IV - perlu meminta bantuan asing. Maka Inggeris pun dihampiri. Ketakutan Sultan Muhammad IV kian besar apabila Siam menahan pemerintah Patani, Raja Abdul Kadir pada bulan Februari, 1902. Isteri Raja Abdul Kadir Patani, adalah ibu saudara Sultan Muhammad IV.

Bantuan penjajah tiba. Sultan Muhammad IV lega sementara. Inggeris akhirnya berjaya menundukkan Siam agar menerima seorang Inggeris sebagai Residen Siam di Kelantan di bawah Perjanjian Siam-Kelantan pada bulan Oktober 1902.

Pun pada bulan Mei 1902, Sultan Muhammad IV melawat Singapura dan merayu supaya Frank Swettenham bagi pihak British menentang Siam. Swettenham ingin meminimumkan perang, sementara Melayu ingin berperang.

Untuk menenangkan sultan Kelantan yang begitu goyang itu, Swettenham menghantar 100 orang Sikh terlatih untuk mengiringi baginda pulang ke Kota Baharu. Pada bulan Ogos, ke semua mereka berlayar pulang dengan SS Flevo untuk mengawal takhta Sultan Muhammad IV dari Siam dan sebarang perbalahan dalaman, khusus yang mungkin dibangkitkan oleh Raja Ismail dari Selangor.

Siapa pula Raja Ismail ini? Apa pula kaitannya dengan seorang Rusia yang licik?
Raja Ismail bin Raja Abdullah sudah pun dikenal melalui Perang Saudara di Selangor antara tahun 1866-74. Ayahandanya Raja Abdullah, telah disingkirkan sebagai penguasa Kelang oleh Raja Mahdi dan Raja Ismail bangkit bergabung tenaga dengan Tengku Kudin untuk merebut posisi. Inggeris bagaimanapun mengiktiraf Tengku Kudin dan bukan Raja Ismail pada tahun 1874. Tentu lah Raja Ismail berduka lantas merayu agar diberi tempat dalam pentadbiran Selangor. Inggeris tidak mengendahkannya.

Raja Ismail membawa rajuk dan mulai membawa diri menempel kepada Sultan Abu Bakar di Johor. Raja Ismail (Selangor) dan Sultan Abu Bakar (Johor) nampaknya kurang senang dengan pilihan Kelantan untuk mendekatkan diri dengan Inggeris.

Raja Ismail telah mendapatkan bantuan Mamalyga, sang Rusia misterius di Singapura ini dalam tahun 1902. Bersama-sama 100 orang, Mamalyga berangkat ke Kelantan sebagai kuasa bebas. Beliau membawa sama surat daripada Raja Ismail untuk memujuk Sultan Muhammad IV agar menerima bantuannya. Raja Ismail berharap Sultan Kelantan waktu itu akan tertarik dengan orang Rusia.
Baron Kister, konsulat Rusia di Singapura dengan segera pula menghubungi Raja Ismail dan cuba memberitahu agar tidak mempercayai Mamalyga. Rusia pada waktu itu berhasrat menghindar diri dari terlibat dalam pertikaian yang sudah cukup rusuh di rantau Melayu antara kuasa Inggeris, Belanda, Perancis dan Sepanyol.

Raja Ismail menolak permintaan Baron Kister dan membalas bahawa Mamalyga adalah seorang Rusia yang budiman dan orang Melayu mempercayainya. Usaha mencegah Mamalygin ke Kelantan dengan kapal Flevo pada Ogos 1902 gagal.

Terpukau akan Inggeris

Mungkin sahaja Mamalyga tiba di Kelantan serentak dengan Sultan Muhammad IV bersama-sama 100 orang Sikh bekalan Frank Swettenham. Mujur mereka tidak bertempur, jika tidak lebih banyak nyawa rakyat terkorban demi mempertahankan kuasa.

Kesimpulannya, Sultan Muhammad IV Kelantan pada tahun 1902 tidak terpesona dengan seorang Rusia. Baginda lebih terpukau akan Inggeris.

Kehadiran 100 orang askar Sikh sebagai wakil British itu berjaya menakutkan Siam dan mungkin Raja Ismail sendiri. Tiada yang tahu apa yang terjadi kepada Mamalyga si Rusia yang diupah Raja Ismail apabila ia tiba di Kelantan. Nama Mamalyga hilang begitu sahaja dari sejarah. Mungkin Mamalyga berkahwin dengan mana-mana mek di Tumpat, atau menyamar belajar fikah masuk pondok di Pulau Melaka. Tiada rekod dari Konsulat Rusia Tsar di Singapura mengenai Mamalyga sehingga setakat ini.

Beberapa tahun kemudian termeterailah Perjanjian Inggeris-Siam 1909, empat negeri di bawah naungan Siam diserahkan kepada Inggeris. Bertakhtalah Sultan Muhammad di Kota Bharu bahagianya dan dengan selamat.

Apakah pelajaran untuk kita hari ini?

Hari ini, segelintir generasi kita sering mengkhayalkan pemerintahan Melayu-Islam yang kononnya gemilang. Malangnya mereka mengabaikan sejarah mengenai perang demi perang saudara, percaturan politik raja-raja Melayu yang salah pada waktu dahulu dan juga campur tangan kuasa asing di rantau ini.

Mereka tergila-gilakan pemerintahan Melayu-Islam yang kononnya berteraskan raja dan ulama yang saling akrab memadu kasih. Perangai meromantikkan episod sejarah dahulu kala ini harus dibanteras di akar.

Tidak, pemerintahan Melayu-Islam dahulu kala bukanlah sama sekali model untuk kita hari ini. Malah seperti yang diperlihatkan di atas, keadaan pada waktu itu amatlah celaru sehingga nyaris seorang Rusia pun ikut masuk dalam istana kita. Jelas sekali mereka, orang dahulu kala mempunyai masalah dan pergolakan sendiri yang kompleks. Mereka punya ketakutan yang khusus sehingga kadang membuat pilihan nanar. Tidak ada sebab kita harus menjadi seperti mereka.

Hari ini kita juga punya masalah yang haru. Sehingga tahun 2018, telor masing-masing umat Melayu masih di hujung tanduk ditentukan oleh kancah demi kancah perangai peribadi serta bidak niaga dan kuasa. Mujurlah ada sebahagian Melayu mengenal demokrasi pada 9 Mei 2018. Bolehlah kita berpijak di bumi nyata dan belajar untuk menguruskan negeri menurut realiti hari ini.


oleh: FAISAL TEHRANI pengarang dan felo pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).