Followers

Monday, March 14, 2016

'Ustaz Kasanova' dipenjara Lima Bulan, Denda RM4000



Lelaki yang digelar 'Ustaz kasanova' dipenjara lima bulan dan didenda RM4,000 hari ini oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kerana cuba berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran melibatkan empat wanita.

Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Razis Ismail, 34, dan memerintahkannya dipenjara lima bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda itu.

Mohd Razis didakwa atas tiga pertuduhan cuba berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita lain berumur 24, 35, dan 30 tahun, dan dua pertuduhan lagi iaitu bernikah dengan wanita sama berumur 24 dan seorang 40 tahun tanpa mendapat kebenaran pendaftar mahkamah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 dan penjara sebulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Mohd Saifullah memerintahkan Mohd Razis menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara 12 bulan dan enam kali sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 7 Mac lalu kerana melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang wanita sehingga melahirkan anak.

Bagi tiga pertuduhan cuba berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita itu, dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kedah; Golok, Thailand, dan di sebuah flat di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur antara 4 April 2010 dan 26 Ogos 2012 mengikut Seksyen 133 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagi dua pertuduhan lagi, dia didakwa bernikah dengan wanita berumur 24 dan 40 tahun itu tanpa mendapat kebenaran pendaftar mahkamah mengikut Seksyen 40(2) akta yang sama, pada 4 April 2010 dan 26 Mei 2012.

Terdahulu, dalam penghakimannya, Mohd Saifullah berkata mahkamah berpandangan bahawa pengakuan dan segala fakta mengenai pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh sudah memadai dan mencukupi untuk mensabit dan menjatuhkan hukuman tersebut.

Katanya, mahkamah melihat tertuduh dalam keadaan sedar dan mempunyai niat melakukan kesalahan tersebut seolah-olah mencabar undang-undang yang diperuntukkan demi mencapai kepentingan peribadinya.

"Mahkamah berpendapat tertuduh gagal mengemukakan dokumen lain bagi menyokong rayuannya supaya dikenakan hukuman denda sahaja dan perlu menyara lapan anak,"kata hakim.

Mahkamah sebelum ini memutuskan perkahwinan mereka adalah tidak sah namun tertuduh masih melakukan perkara sama sehingga wanita-wanita tersebut melahirkan anak.

sumber...Bernama

Thursday, March 10, 2016

Anak Bekas KM Sarawak Diarah Bayar RM30 juta


Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini memutuskan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib perlu membayar mutaah RM30 juta kepada bekas isterinya.

Hakim Mohamad Abdul Karim Wahab memutuskan Shahnaz A Majid berhak menerima tuntutan mutaah (nafkah) dan mahkamah perlu menentukan kadar yang ditetapkan.

Mohamad Abdul Karim juga menerima keterangan saksi pakar perakaunan bagi pihak Shahnaz, Andrew Heng, walaupun mahkamah mengakui ada beberapa kelonggaran dalam anggarannya.

"Defendan (Mahmud Abu Bekir) atau peguamnya gagal mempertikaikan kelemahan itu," katanya.

Mahmud Abu Bekir adalah anak bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 9 Januari 1992 tetapi hidup berasingan sejak 1999 sebelum disahkan bercerai pada 11 Mei 2011.

Mohamad Abdul Karim juga mengarahkan bayaran itu dibuat melalui tiga peringkat iaitu RM10 juta setiap satu.

"Ini adalah jumlah yang wajar berdasarkan bukti dan dapat menghapuskan duka pihak isteri," katanya.

Sebelum ini Shahnaz - yang juga kakak ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid - menuntut bayaran nafkah sebanyak RM100 juta daripada bekas suaminya itu.

Shahnaz juga memfailkan tuntutan RM300 juta bagi harta sepencarian.

Bagaimanapun perbicaraan mengenai tuntutan itu belum bermula.

Satu lagi tuntutan Shahnaz bernilai RM121 juga sebagai nafkah membesarkan anak mereka ditolak Mahkamah Rayuan Syariah.

[Baca berita asal]

sumber...mKini

'Saya Cuma Tercuit Tangan dengan Kit Siang'


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata isu beliau bersentuh tangan dengan veteran DAP Lim Kit Siang di Majlis Deklarasi Rakyat sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu.

Katanya, isu tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana pemimpin negara ini turut pernah bergambar dan bersalam dengan pemimpin DAP dan beberapa pihak lain.

Malah jelasnya, ketika kejadian itu berlaku, Lim terserempak dengannya di dalam majlis tersebut, lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.

Ibrahim berkata, sebagai seorang Islam, beliau harus menyambut salam berkenaan.

“Saya cuma tercuit tangan dengan Lim Kit Siang, terus keluar surat khabar Cina muka depan, bukan main, gambar ini tinggi nilainya, isu ini menjadi begitu popular.

Kalau soal bersalam dengan Kit Siang, ia bukan baru, saya dah bersalam tahun 1986 ketika itu saya menjadi ahli Parlimen,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Sebelum ini akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memaparkan gambar berkenaan di halaman depan akhbar itu.

Katanya, kini DAP tidak lagi dipelopori oleh kaum Cina, sebaliknya terdapat juga ahli mereka yang berbangsa Melayu.

“Adakah mereka lupa, dalam DAP sekarang ini ramai Melayu, Profesor Aziz Bari merupakan tokoh perundangan, Sasterawan Negara A Samad Said juga masuk DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dah masuk DAP kenapa tidak hentam mereka? Saya ni belum masuk DAP lagi” katanya.

Mengulas lanjut, katanya sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah bergambar dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah bergambar dengan pemimpin DAP Lim Guan Eng, namun tidak pula diperbesarkan.

Isu itu (pemimpin lain) lebih besar berbanding saya yang cuma tercuit tangan Kit Siang,” katanya.

Malah beliau turut memuji masyarakat Cina yang tidak mempertikaikan Lim bersalam dengannya.

Ada ke orang Cina bantai Kit Siang, kata Kit Siang komplot dengan Ibrahim Ali, tak ada pun yang bantai tapi Ibrahim Ali yang kena. Susah bercakap dengan orang fikiran tak sihat dan puak yang akalnya tak betul,” katanya.

sumber...mKini

Saturday, February 27, 2016

Muhyiddin Terus Tibai PM Najib


Kita sedang saksi kemunculan diktator baru, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang mengukuhkan kuasanya dan bekas timbalan perdana menteri itu memberi amaran tentang kemunculan diktator baru.

"Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baru," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan pagi ini.

Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Majlis Tertinggi Umno menggantungnya dari jawatan pemimpin nombor dua parti itu kerana kritikannya terhadap Najib.

Bekas timbalan perdana menteri itu mensasarkan Najib selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak untuk mendakwa perdana menteri atas dakwaan menerima RM42 juta dari syarikat milik negara SRC International dan RM2.6 bilion daripada satu akaun luar pesisir.

"Hanya kerana dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri, peguam negara tidak berani mendakwa Najib

"Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa.

"Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada perdana menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.," kata Muhyiddin.

Menurutnya lagi, hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas.

"Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup.

"Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan," katanya lagi.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau bersedia untuk bersama dengan rakyat untuk menentang kezaliman.

"Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia.

"Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.

Tuntut perubahan, bukan sekadar desak PM berundur

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata episod hitam yang berlaku di negara telah mematangkan rakyat dan menggesa mereka bersedia bersama menuntut perubahan jika mahu malihat Malaysia kembali sebagai negara yang dihormati dan rakyat hidup lebih sejahtera.

"Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita.

"Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan.

"Ia bukan sekadar mendesak perdana menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat.

"Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti," katanya.

Muhyiddin menegaskan demikian dalam satu kenyataan selepas Majlis Tertinggi Umno menggantungnya daripada jawatan timbalan presiden Umno kerana kritikannya terhadap Najib.

Muhyiddin menganggap keputusan Majlis Tertinggi Umno menggantungnya dari jawatan timbalan presiden Umno, bukan satu perkara yang mengejutkan.

"Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai timbalan presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan.

"Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.

"Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan timbalan presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu presiden.

"Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu presiden?

"Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan Umno, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.

"Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada presiden serta menegur presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan Umno. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.

"Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan Umno ke landasan yang betul supaya Umno terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu presiden.

"Adakah membantu presiden itu bermaksud menyokong presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu.

"Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam Umno menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam Umno bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada Umno," kata Muhyiddin.

Hari ini, katanya, tercatat dalam lipatan sejarah Umno, seorang timbalan presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur presiden.

"Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai timbalan presiden," tegasnya.

sumber...mKini

Gantung Muhyiddin: Mukhriz Ramal Umno Akan "Bungkus"


Mukhriz: Umno akan terima padah dalam PRU

Umno diramal bakal menerima padah dalam pilihan raya umum akan datang susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung tugas timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Adakah tindakan terkini MT itu mampu menarik semula sokongan rakyat terhadap parti?
Saya percaya yang sebaliknya berlaku.

Umno dan BN bakal menerima padah di PRU14 nanti,” kata bekas menteri besar Kedah itu yang jugu menjadi mangsa pengguguran sebelum ini.

Dalam kenyataannya, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam berkata beliau amat kecewa dengan petang tadi dan menyifatkannya sebagai “keputusan menjelikkan”.

Kononnya juga tindakan Tan Sri itu menjejas nama baik Umno, walhal umum tahu skandal-skandal melibatkan presiden parti sebenarnya punca rakyat mulai menolak Umno, malah imej negara juga tercemar di persada dunia,” katanya.

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, ia bakal menjadi paku terakhir buat keranda parti Melayu berkenaan.

Katanya, langkah itu juga akan menguburkan nilai dan prinsip yang "menjadi tunggak kekuatan Umno selama ini".

Jelas ADUN Ayer Hitam itu lagi penyingkiran Muhyiddin ia akan menghampakan rakyat Johor kerana beliau dilihat berpotensi untuk dinaikkan pangkat sebagai perdana menteri.

Semua itu hilang apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tersebut,” kesalnya.

sumber...mKini





Friday, February 26, 2016

Giliran Pemuda Umno Pagoh Tibai Nazri Aziz Pulak !

Pemuda Umno Pagoh membidas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz, yang mengumpamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai anjing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Februari, 2016.

Pemuda Umno Pagoh desak Nazri mohon maaf pada Muhyiddin

Ketua Pemuda Umno Pagoh Mohd Zaid Abd Rahman hari ini membidas Datuk Seri Nazri Aziz, menyatakan tahap kesabaran mereka kini sudah sampai ke kemuncak susulan kenyataan ahli Majlis Tertinggi (MT) itu yang mengumpamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "anjing".

Zaid berkata, kenyataan Nazri itu amat mengguris hati akar umbi Umno Pagoh dan juga rakyat Johor, lebih-lebih lagi menteri pelancongan itu sebelum ini pernah bertelagah dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim.

"Sebelum ini juga beliau dikaitkan dengan kenyataan menghina TMJ.

"Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pagoh mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan beliau itu dan meminta beliau meminta maaf secara terbuka," kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, seluruh rakyat Johor terhina dengan ungkapan yang dikeluarkan Nazri terhadap timbalan presiden Umno itu, yang juga ahli Parlimen Pagoh dari Johor.

"Apa yang menjadi kemusykilan, bagaimana seorang pemimpin berjawatan menteri boleh mengeluarkan kenyataan yang menjijikkan sedemikian rupa.

"Kita percaya bukan kami saja yang marah dan terhina dengan kenyataan menjijikkan itu tapi Bangsa Johor keseluruhannya juga rasa terhina," katanya.

Pada Selasa, Nazri dilaporkan berkata tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini menghentam pemimpin parti ibarat "anjing yang sibuk menggigit kaki" sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.

“Kita sekarang hendak buat kerja, kebajikan rakyat jauh lebih penting. Jadi, kita kena tumpu sebagai satu pasukan, membantu presiden untuk membantu rakyat.

Tetapi, kalau Muhyiddin bersikap macam anjing, dok gigit kaki kita, kita nak buat kerja pun susah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Meja Bulat Imam Kebangsaan di Putrajaya.

Zaid berkata, perkara pokok permasalahan dan tekanan yang berlaku dalam kerajaan dan parti sekarang ini bukan Muhyiddin, tetapi presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Bagi kami, Muhyiddin pemimpin yang berjiwa besar. Walaupun digugurkan daripada kerajaan dan dilayan dengan amat buruk sebagai timbalan presiden Umno, beliau tidak pernah menghasut supaya kita bangkit menentang presiden.

"Namun apa yang berlaku mutakhir ini dan penghinaan yang melampau terhadap beliau adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima dan dimaafkan. Ini menjadi titik noktah kesabaran kita," katanya.

Zaid berkata, Pemuda Umno Johor juga sebelum ini cuba percaya kemelut yang berlaku boleh diselesaikan dengan cara baik.

Malah, dalam Persidangan Pemuda Umno tahun lalu, katanya, Pemuda Johor mengusulkan agar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut itu.

"Namun kelihatannya tidak berlaku," katanya dalam kenyataan itu, memetik isu besar yang dibangkitkan dan menjadi kerisauan rakyat termasuk kes 1Malaysia Development Berhad, derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.

"Dan macam-macam lagi (isu) yang menagih jawapan dan penyelesaian yang tuntas daripada kerajaan. Namun jawapan yang diberikan tidak dapat meyakinkan kita, apatah lagi rakyat seluruhnya," katanya.

Sebaliknya, Zaid berkata, banyak perkara yang memusykilkan dan menimbulkan tanda tanya.

"Berkenaan derma RM2.6 bilion contohnya, mula-mula dinafikan transaksi berlaku.

"Kemudian mengaku ada transaksi yang dikatakan sebagai derma dan dinafikan ‘menteri badut' dengan mengatakan 'bodohlah kalau PM nak masukkan dalam akaun peribadi'.

"Namun apabila disiasat, bukti mengesahkan sejumlah duit masuk ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

"Dan yang menghairankan, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali seolah-olah bertindak sebagai peguam peribadi perdana menteri sedangkan perbuatan menerima duit itu melibatkan perkara peribadi perdana menteri yang jelas dimasukkan ke dalam akaun peribadi," katanya.

Zaid berkata perkara itu dilihat rakyat sebagai salah guna kuasa dan mereka tidak boleh dipersalahkan kerana “reality is a matter of perception” (soal realiti ialah berkenaan tanggapan) yang perlu dipertahankan.

"Sekarang kita tak pasti siapa yang bodoh, yang nyata kita semua diperbodohkan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, mereka mendesak Najib bercuti dan mengundurkan diri sementara memberikan laluan kepada siasatan lebih adil dan telus kepada pihak yang diberikan tanggungjawab dan kepercayaan melaksanakan tugas mereka.

"Jika betul tidak melakukan kesalahan, apa yang perlu dibimbangkan," katanya.

Mengulas memberi tumpuan kepada rakyat seperti disebut Nazri, Zaid berkata, isu membabitkan Najib perlu diselesaikan terlebih dulu.

"Berkenaan dengan kebajikan rakyat, kita tidak perlu bimbang, kerana kakitangan kerajaan yang ada sekarang cukup untuk membantu apa jua permasalahan rakyat.

"Cuma yang menjadi masalah ialah barisan menteri Kabinet yang diragukan kewibawaannya," katanya.

sumber...TMi

Thursday, February 25, 2016

Semakin Panas: Tun Mahathir Tibai PM Najib Lagi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak wajar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan tidak benar, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail AFP, 24 Februari, 2016.

 Najib tidak saman WSJ kerana takut kebenaran terbongkar, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar.

Dr Mahathir berkata, Najib wajar menyaman WSJ dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.

"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja.

"Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah.

"Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir juga berkata sudah tidak mampu lagi untuk menasihati Najib kerana tidak ada satu pun langkah yang diambil untuk menanganinya.

"Saya nasihat Najib, tapi tidak buat. Saya hantar surat kata tidak sokong lagi tapi dia tidak baca.

"Bukan saya seorang sahaja yang bimbang tapi ramai yang bimbang dengan kerajaan kerana budaya wang adalah raja (cash is king)," katanya.

Beliau juga menafikan kritikan yang dibuatnya menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi negara tapi menyalahkan cara pentadbiran Najib sendiri.

"Tingkah laku kerajaan, polisi dan skandal pentadbiran Najib yang beri kesan kepada ekonomi negara," katanya.

Dr Mahathir pada sidang media hari ini juga sekali lagi mengulangi gesaan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.

"Beliau (Apandi) perlu angkat sumpah dengan Al Quran.

"Dia tidak boleh bohong kepada Tuhan, kalau tipu dia akan masuk negara," katanya.

Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1MDB, memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya.

Akhbar itu juga mengeluarkan rencana mengenai perkara itu.

Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.

Dana itu, sebahagian besar dimasukkan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013, disifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai derma politik.

Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos tahun lepas, selepas SPRM memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada 1MDB.

Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan sama ada laporan akhbar itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh perdana menteri menyalahgunakan kuasa.

Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6 Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan pasukan penyiasat Malaysia.

sumber...TMi

Tuesday, February 23, 2016

Baik Punya Sindiran Mahfuz Kepada BoSS PAS ?


Mahfuz: Cadangan k'jaan teknokrat patut mula di Kelantan

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mencadangkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS supaya merintis jalan membentuk kerajaan teknokrat selepas timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan gabungan politik baru yang akan membolehkan teknokrat untuk memimpin negara ini.

Mahfuz juga secara halus menyindir kepimpinan PAS yang kini dikuasai oleh kumpulan konservatif agama selepas mereka menyingkirkan golongan profesional daripada parti itu tahun lalu.

Cadangan pembentukan sebuah kerajaan teknokrat di negara ini adalah suatu cadangan yang sangat praktikal dalam menangani kelemahan dan kegagalan pemain politik yang tidak mempunyai latar belakang berkemampuan menguruskan negara dan negeri.

Idea ini menggambarkan kepimpinan kerajaan tidak boleh hanya bersandarkan kepada berlatar belakangkan satu-satu disiplin ilmu semata-mata termasuk Pengajian Islam.
Idea ini mengambarkan kepercayaan dan penghormatan PAS kepada golongan teknokrat profesional.
Mengurus kerajaan sesebuah negara dan negeri kini makin kompleks memerlukan keupayaan merencana pembanggunan ekonomi yang makin mencabar,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata cadangan teknokrat itu sukar diterima oleh kerajaan BN kerana mereka melihat perlantikan dan memperolehi apa-apa jawatan dalam kerajaan seperti mendapat lombong emas.

Oleh itu, katanya, PAS yang menerajui kerajaan negeri Kelantan perlu meneroka pelaksanaannnya dengan meminda perlembagaan negeri supaya menteri besar dan barisan exco kerajaan negeri dilantik daripada kalangan profesional yang bukan terdiri daripada ADUN.

Cadangan yang baik daripada Presiden PAS tidak boleh dibiar berlalu tanpa apa-apa permulaan sebagai contoh yang praktikal untuk meyakinkan rakyat tentang idea baru untuk politik baru dan matang.

Ini akan menjadikan Kelantan terus menjadi guru politik Malaysia. Jika tiada usaha untuk Kelantan melaksanakannya, ini akan dilihat cadangan tersebut hanya sekadar permainan di bibir sahaja,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim mencadangkan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai penyelesaian kepada krisis kepimpinan dalam parti pemerintah.

Idea itu pertama kali dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi diangkat semula oleh Tuan Ibrahim melaui surat terbukanya semalam.

sumber...mKini

Monday, February 22, 2016

Saya Tidak Pakai Jubah dan Mencuri Duit Rakyat - TMJ


ULASAN l
 Saya dimaklumkan oleh laman rasmi kelab yang terdapat banyak komen negatif berkenaan bagaimana isteri Safiq Rahim bersalaman dengan saya.

Terdapat beberapa individu yang cuba untuk menjadi ustaz atau mufti negeri di laman facebook. Bagi saya, apabila berkaitan agama, kita tidaklah semulia Rasul dan Allah SWT.

Oleh itu hanya Allah SWT yang boleh menilai kita dan bukannya kita sesama manusia. Hanya Allah SWT boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak.

Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka.

Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian.

Masalah sekarang adalah terlalu ramai yang cuba menjadi lebih bijak daripada Al-Quran.

Walaupun saya dilahirkan untuk menjadi raja, saya juga hanya seorang manusia. Saya tidak mempunyai hak untuk mengadili sama ada Allah SWT akan menerima anda atau sebaliknya.

Melainkan anda merogol orang atau kanak-kanak, membunuh orang, mencuri atau merampas sesuatu dari mereka yang memerlukan.

Siapa antara kita akan ke syurga?

Beri saya peluang untuk memberi pendapat ikhlas saya kepada sesetengah hipokrit yang sudah terbiasa dengan budaya bermuka muka sesetengah orang di dalam hidup anda.

Saya seorang Muslim dan agama suci Islam adalah lebih utama daripada saya. Saya akui yang saya bukan pakar tetapi apabila ia berkaitan dengan agama Islam, satu perkara yang saya percaya adalah Allah SWT akan memberkati anda, jika anda mempunyai hati yang baik, amanah, jujur, bantu-membantu dan menghormati orang lain.

Terdapat banyak mazhab di dalam Islam. Siapa kita untuk mengatakan siapa antara kita akan ke syurga?
Siapa kita untuk mengatakan yang Islam kita atau islam mazhab lain adalah yang betul.

Bagi saya, saya lebih suka untuk berpegang dengan apa yang telah diajar sejak saya kecil dan sentiasa berpandukan kitab suci Al-Quran.

Saya juga akan berpegang kepada adat dan tradisi Melayu Johor saya kerana saya dilahirkan sebagai seorang Melayu Bangsa Johor.

Jika ada sebahagian dari anda yang mahu menjadi orang Arab dengan budaya mereka dan tidak ingin mengikut adat Melayu dan tradisi, terpulang kepada anda.

Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan bukan seseorang hipokrit, dan rakyat saya tahu siapa raja mereka sebenarnya.

Berlakon pakai jubah

Saya tidak berlakon dengan memakai jubah tetapi ketagihan dadah dan saya bukan seorang kaki judi. Saya tidak mencuri daripada rakyat saya dan saya sentiasa bercakap benar.

Saya berani untuk bersuara apa yang orang lain tidak berani lakukan kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi mereka sendiri.

Saya fikir ia adalah penting untuk menjadi diri sendiri dan setelus yang boleh dengan rakyat saya dan tidak bersikap hipokrit. Kerana saya sudah banyak kali mengatakan bahawa saya lebih rela dibenci kerana bersikap jujur dan menjadi diri sendiri daripada hidup disayangi dengan penuh kepalsuan dan hipokrit.

Saya menghormati pilihan anda walaupun saya pelik mengapa orang Malaysia terutamanya orang Melayu begitu mudah terpengaruh?

Jawapannya mudah. Pendidikan.

Pendidikan membolehkan kita melihat dunia secara berbeza. Pendidikan memberikan kita ilmu untuk mematuhi prinsip-prinsip dan polisi dalam kehidupan.

Saya tidak mempunyai hak untuk memberitahu anda apa yang perlu dipercayai atau diikuti dan semua itu adalah pendapat saya secara jujur iaitu kita tidak harus cuba untuk menjadi lebih bijak daripada Al-Quran.

Jadi seorang Muslim tetapi bukan begitu taksub

Apa yang kita perlu tahu adalah perkara asas. Untuk sekalian rakyat Johor jadilah seorang Muslim, tetapi bukan dengan begitu taksub.

Jadi seorang Muslim dengan menghormati satu sama lain. Johor mempunyai tradisi sendiri dan budaya, dan begitu juga dengan negeri-negeri lain.

Kita semua berbeza.

Berbeza dalam ajaran Islam, berbeza dalam agama agama yang lain dan berbeza puak etnik.

Menuding jari dan menilai satu sama lain tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik.

Kita tidak sepatutnya mempunyai kebencian dalam hati kita. Adakah anda tahu bagaimana kita boleh jadikan negara ini tempat yang lebih baik dan hidup dalam suasana harmoni?

Mudah, mendidik diri anda dan menghormati antara satu sama lain. Hidup Johor, Allah Peliharakan Sultan dan Negeri Johor.

Penulis, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah Tunku Mahkota Johor

sumber...mKini

Sultan Beri Amaran Keras Pada 2 Ahli Politik Umno



Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno.

Baginda “menasihatkan” ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

Sultan Ibrahim juga memberi amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk “membelasah” Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.

Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak “whack” anakanda saya (TMJ).

Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.

Pertelingkahan Nazri dan TMJ tercetus selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook rasmi pasukan bola sepak negeri Johor Southern Tigers.

Tengku Putra pula sebelum ini dilaporkan berkata, amaran Tunku Ismail kepada ahli politik yang cuba mendekati ayahandanya untuk kepentingan peribadi. patut juga dinyatakan kepada golongan taikun perniagaan negeri.

Sementara itu, dalam ucapan sama, baginda juga bertitah tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.

Titah baginda, walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa, baginda hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu.

Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor,” titah baginda.

Timbalan Muhyiddin Yassin sebelum ini mengadap baginda selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, yang dispekulasikan beliau mendapat dukungan istana.

sumber...mKini

Saturday, February 20, 2016

Bila Lagi Mahu Saman WSJ, Tanya Muhyiddin



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap kerajaan untuk tidak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) selepas mengumumkan akan berbuat demikian menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 20 Februari, 2016.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan undang-undang harus segera diambil terhadap The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya kenyataan terbaru pengarang akhbar itu, yang menafikan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri datangnya daripada keluarga diraja Arab Saudi, adalah tidak benar.

Timbalan presiden Umno itu berkata, ketiadaan sebarang tindakan berhubung perkara itu menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai sama ada penafian itu benar atau tidak.

Ini kerana katanya, peguam negara sebelum ini mengumumkan yang wang dalam akaun Datuk Seri Najib Razak datang dari Saudi dan tidak melibatkan unsur rasuah.

"Baru-baru ini, seorang daripada editor utama WSJ menyatakan dia ada banyak bukti menunjukkan RM2.6 bilion itu datang daripada pelbagai sumber, dan ada kaitannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Soalannya sekarang, siapa yang betul dan siapa yang salah? Kita hendak cari kebenaran. Tolong jawab.

"Dulu sudah kata hendak saman, tak saman. Apabila keluar berita tak betul, tak saman. Orang sana (WSJ) menunggu. Dia kata, bila awak mahu saman saya?

"Sekarang ini, kalau tak betul apa yang disebut Ken Brown, saman dia dan saman WSJ. Kenapa takut?" kata Muhyiddin merujuk kepada pengarang kewangan WSJ.

Muhyiddin tidak menyebut sebarang nama dalam ucapannya tetapi banyak pihak sebelum ini mengatakan Najib harus menyaman WSJ bagi membersihkan namanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada program anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipertikai beberapa pihak apabila WSJ menyangkal kenyataannya yang mendapati tiada bukti menyokong dakwaan Najib terlibat dalam salah laku berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga diraja Arab Saudi seperti diumumkan Apandi sebelum ini, sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami belum pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan," katanya dalam wawancara pada 12 Februari lalu.

WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib pada awal Julai tahun lalu.

sumber...TMi

Thursday, February 18, 2016

Ling: Negara Kembali Aman, Stabil Jika Najib, Rosmah disingkir



Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah atas saman fitnah.

Menurut bekas menteri kanan itu, tidak ada yang apa yang salah dengan Umno dan BN.

"Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).

"Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor.

Beliau mengulas soalan berhubung keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Ling berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.

"Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah," katanya.

Bekas presiden MCA turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.

"Semua oang terkejut," katanya apabila diminta mengulas perkara itu.

"Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?

"(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).

"Awak fikir rakyat bodoh," katanya.

[Baca berita penuh]

 sumber...mKini

Wednesday, February 17, 2016

Zeti Tidak Akan Sambung Khidmat Sebagai Gabenor BNM



Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, beliau tidak akan menyambung khidmat untuk satu lagi penggal sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). 

Proses mencari pengganti sedang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga BNM yang terdiri daripada pengarah bebas daripada sektor swasta.

"Saya tidak mempunyai kebebasan untuk membincangkan perkara itu. Pengumuman mengenai pengganti saya akan dibuat tidak lama sekali. Ia sudah tentunya akan berlaku," kata Zeti kepada pemberita selepas melancarkan Platform Akaun Pelaburan (IAP) di sini, Rabu.

Menurutnya, meskipun proses pengganti beliau sedang dijalankan, beliau tidak menerima sebarang permintaan agar terus kekal memegang jawatan itu.

"Sudah pastinya Gabenor seterusnya perlu mempunyai latar belakang dan keupayaan berkaitan, terutamanya pada waktu seperti ini agar peralihan boleh diuruskan dengan baik.

"Individu boleh datang dan pergi," katanya sambil menambah beliau merancang untuk berehat seketika dan kemudiannya mula menulis.

Zeti juga berkata, beliau akan terus menyokong inisiatif pendidikan seperti Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Kewangan Islam, Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus dan sekolah perniagaan baharu yang akan bermula tahun ini.

"Saya tidak akan memegang apa-apa jawatan sudah tentunya," katanya.

Mengenai soalan sama ada ahli politik boleh menjadi Gabenor akan datang, Zeti berkata, tidak ada ahli politik yang menganggotai lembaga pengarah mana-mana institusi kewangan, "apatah lagi bagi Bank Negara.

"Setiap negara memerlukan organisasi seperti bank pusat yang tidak mempunyai sebarang agenda politik. Ia harus kekal fokus memastikan kestabilan makroekonomi, kewangan dan ekonomi.

"Jadi dasar ekonomi dan kewangan akan ditumpukan untuk mencapai apa yang menjadi kepentingan terbaik negara," katanya, sambil menambah BNM sentiasa dihormati dan beliau menjangkakan tanggapan ini akan berterusan.

"Saya percaya bank pusat telah menjadi satu organisasi yang kukuh. Ia mempunyai kekuatan institusi, daya tahan dan diasaskan kepada undang-undang yang sah.

"Akta Bank Pusat memberikan kuasa yang luas dan juga kebebasan. Dengan itu, kami bertanggungjawab bagi keseluruhan mandat seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Akta tersebut," katanya.

Mengenai Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Zeti berkata, notis nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi kewangan bukan bank adalah bertujuan untuk memastikan institusi ini terus diurus dengan baik dan melaksanakan peranan tujuan penubuhannya dengan efektif.

"Kami mengeluarkan notis nasihat dari semasa ke semasa. Biasanya, notis-notis ini dikeluarkan sebelum berlaku masalah, jadi sekiranya terjadi masalah, ia boleh ditangani," katanya.

Tabung Haji bukan satu-satunya institusi yang menerima notis nasihat daripada BNM kerana institusi lain turut dikeluarkan notis yang sama, katanya.

"Mereka tidak berada di bawah rangka kerja kawal selia dan rejim kawal selia kami tetapi apa yang berlaku dalam organisasi mereka mungkin akan membawa implikasi sistemik dan berkait dengan institusi kewangan lain," katanya.

Mengenai ringgit, Zeti berkata, prestasi mata wang tempatan itu bergantung kepada perkembangan domestik dan antarabangsa.

"Kami akan mengeluarkan data Keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat esok.

"Apa yang penting adalah ekonomi terus berkembang. Asas pendasar penting lain ialah kita mempunyai lebihan perdagangan, kita mempunyai lebihan akaun semasa dan rizab kita kukuh.

"Hutang luar kita juga berada pada paras yang sangat terkawal," katanya sambil menambah semua ini merupakan faktor-faktor yang menyokong ringgit.

sumber...Bernama

Rafizi Dakwa Tabung Haji Rugi RM933 Juta



Rafizi Dakwa Tabung Haji Rugi RM933 Juta, Gesa Abdul Azeez Ditukar

Rafizi Ramli mendakwa Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengalami kerugian RM933 juta ke atas pelaburannya dalam saham Felda Global Ventures (FGV).

Bercakap sebagai Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) , Rafizi menggesa Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim digantikan dengan calon yang lebih berkelayakan.

Langkah awal untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa Tabung Haji akan dibebaskan dari campur tangan politik ialah dengan menukar Pengerusi Tabung Haji dengan seorang yang lebih layak.

Saya akan terus mengulangi perkara ini sehingga kerajaan gantikan Azeez. Dengan apa yang sedang berlaku, ini sudah cukup untuk mengeluarkan Azeez dari Tabung Haji,” katanya pada sidang media, Selasa.

Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa Tabung Haji yang masih memegang saham FGV dan tidak melupuskannya walaupun mengalami kerugian menunjukkan wujudnya campur tangan politik.

Katanya, saham yang dibeli Tabung Haji pada RM1.3 bilion kini hanya bernilai RM454 juta.

“Ini bermakna walaupun harga saham FGV mula menunjukkan penurunan mendadak, Tabung Haji tidak mengambil apa-apa langkah melindungi dana pendeposit sebanyak RM1.3 bilion yang telah dilaburkan di dalam FGV," katanya.

Katanya adalah sesuatu yang pelik apabila Tabung Haji mengekalkan saham itu, apabila institusi lain yang melabur dalam FGV, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan, melupuskan saham mereka perlahan-lahan antara 2012-2015.

"Tabung Haji mempunyai 284 juta saham FGV yang bernilai RM454 juta pada masa ini, dengan nilai kira-kira RM1.60 seunit berbanding RM4.50 seunit ketika pertama kali disenaraikan pada 2012," katanya.

Ditanya mengapa penglibatan politik memaksa Tabung Haji untuk terus berpegang kepada saham FGV, Rafizi berkata penjualannya akan menunjukkan sesuatu yang buruk.

"Mereka adalah pemegang saham ketiga terbesar FGV, jadi jika mereka menjualnya, ia bermakna bahawa mereka sedang melalui masa yang sukar," kata Rafizi.

Ketika dihubungi, Abdul Azeez berkata beliau sedar akan keadaan ini tetapi enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.

sumber...Mstar Online

Sunday, February 14, 2016

Kejayaan Umno Selepas Haron Din Jadi Ketua Kelas ?



seperti sebuah skrip yang telah siap tersusun !

Hudud tak boleh dalam konteks Malaysia – Asyraf Wajdi

Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam berbanding konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik.

Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.

“Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.

“Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, rompakan, minum arak dan murtad,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan, di sini, hari ini.

Asyraf berkata, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan, seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu.

Katanya, tiada mana-mana pihak boleh mengatakan hukum Allah SWT tidak relevan, tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan.

“Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan,” katanya.

sumber...FMT

Thursday, February 11, 2016

Video Mukhriz Dakwa 'Sebab' Penyingkiran Jadi Viral


Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, dalam sebuah video yang telah menjadi viral mendakwa beliau digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah disebabkan kritikannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu dana RM2.6 bilion.


Dalam video hampir lapan minit yang disiarkan di Facebook Mukhriz Mahathir FC, Mukhriz mendakwa beliau menghadiri pertemuan peribadi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh penyingkirannya.

Mukhriz mendakwa sebab sebenar penyingkiran dirinya telah disampaikan oleh Najib semasa pertemuan itu.

"Dia tidak gembira dengan ucapan saya di Saloma Bistro. Katanya, sebagai Menteri Besar, saya tidak patut berkata demikian kepadanya sebagai Perdana Menteri. Dan kerana itu, saya terpaksa mengosongkan jawatan saya.

"Dalam masa sejam setengah kami bercakap, dia tidak sekali pun berkata bahawa dia kecewa dengan saya kerana ketidakupayaan saya untuk mentadbir dalam Umno atau di negeri ini," katanya.

Pada Disember 2015, Mukhriz menganjurkan majlis makan malam di Saloma Bistro untuk perwakilan Umno Kedah yang menghadiri perhimpunan agung parti.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Pada majlis itu, Mukhriz didakwa menyampaikan ucapan mengkritik pengendalian Najib terhadap isu 1MDB.

"Kita semua tahu mengapa ia (pemecatan) berlaku. Ini bukan kerana saya gagal dalam mentadbir Umno, walaupun saya mengakui bahawa saya mempunyai kelemahan.

"Tetapi ini adalah dakwaan terhadap perkara-perkara yang boleh diperbetulkan, bukan perkara-perkara yang sepatutnya menyebabkan pemecatan menteri besar," dakwa beliau dalam video tersebut.

sumber...Mstar Online

Wednesday, February 3, 2016

Inilah Punca Mukhriz Hilang Majoriti Mentadbir Kedah


2 Adun Umno buat keputusan berkecuali punca Mukhriz hilang majoriti

Ahmad Bashah dilantik Menteri Besar baharu Kedah

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka meletak jawatannya pagi ini selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam DUN.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir kurang 2 majoriti untuk kekal mentadbir negeri selepas 2 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengambil keputusan berkecuali semasa menghadap Jemaah Pemangku Diraja Kedah baru-baru ini.

Sumber memberitahu, pihak Istana Kedah memaklumkan kepada Mukhriz selepas selesai majlis menghadap, beliau hanya memperoleh 16 sokongan Adun sementara kumpulan penentang memiliki 17 Adun dengan menolak 2 Adun yang berkecuali.

"Mukhriz tewas dengan beza satu sokongan melebihi kepada kumpulan penentang," kata sumber.

Menurut sumber, tindakan 2 Adun yang berkecuali itu juga menjadi punca kumpulan penentangnya tidak mengadakan sidang media mengumumkan mengenai pelantikan menteri besar baharu semalam.

Daripada 21 kerusi di DUN Kedah, Barisan Nasional memiliki 21 sementara pembangkang 15.

Menurut sumber, hanya Adun Jitra Datuk Aminuddin Omar menyokong pentadbiran Mukhriz.

Kemelut politik Kedah yang berpanjangan hampir ke penghujung apabila Mukhriz dijangka meletak jawatannya pagi ini selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam DUN.

Jemaah sudah memaklumkan kepada Mukhriz beliau tidak lagi memiliki sokongan wakil rakyat Kedah dan perlu melepaskan jawatan yang disandangnya. – 3 Februari, 2016.
TMi

ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah baharu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, berkata majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Anak Bukit, jam 10 pagi esok.

"Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 3 Februari, ...berikutan itu Jemaah Pemangku Sultan Kedah memperkenan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baharu.

"Pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar adalah selaras dengan Fasal (1) Perkara 35 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120691

Mukhriz Sah Diganti, MB Baru Diumum Hari Ini


Krisis politik Kedah yang berlarutan sehingga kira-kira dua minggu berakhir apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini sah akan digantikan dengan pemimpin lain.

Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi ini berhubung keputusan itu. BH menerima notis mengenai sidang media itu daripada Setiausaha Akhbarnya, Mohd Fisol Jaafar, jam 11.30 malam tadi tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, ketika dihubungi pula meminta pihak media bersedia untuk satu sidang media hari ini, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat, kebanyakan wakil rakyat khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan gambaran mengenai perubahan tampuk pentadbiran negeri itu yang bakal menyaksikan Mukhriz diganti.

Menurut mereka, kemelut politik negeri semakin hampir ke penghujung dan harapan melihat pembaharuan pentadbiran seperti disuarakan dalam sidang media di Hotel Grand Alora, di sini pada 20 Januari lalu makin pasti dicapai. Seorang ADUN memberitahu BH, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah membuat keputusan selepas semua 21 ADUN Barisan Nasional (BN) dan 15 pembangkang dipanggil menghadap semalam dan kelmarin.

Katanya, secara prinsip Mukhriz akur dengan kehendak parti dan bersedia melepaskan jawatan manakala Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas menemui semua ADUN membuat kesimpulan bahawa Mukhriz hilang sokongan majoriti.

"Berdasarkan maklumat diterima, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dimaklumkan berpuas hati dengan kenyataan semua ADUN yang dipanggil menghadap dan kita hanya menunggu keputusan penting yang akan diumumkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah, dalam tempoh terdekat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120573
Krisis politik Kedah yang berlarutan sehingga kira-kira dua minggu berakhir apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini sah akan digantikan dengan pemimpin lain. Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi ini berhubung keputusan itu. BH menerima notis mengenai sidang media itu daripada Setiausaha Akhbarnya, Mohd Fisol Jaafar, jam 11.30 malam tadi tetapi beliau enggan mengulas lanjut. Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, ketika dihubungi pula meminta pihak media bersedia untuk satu sidang media hari ini, tetapi tidak memberikan butiran lanjut. Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat, kebanyakan wakil rakyat khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan gambaran mengenai perubahan tampuk pentadbiran negeri itu yang bakal menyaksikan Mukhriz diganti. Menurut mereka, kemelut politik negeri semakin hampir ke penghujung dan harapan melihat pembaharuan pentadbiran seperti disuarakan dalam sidang media di Hotel Grand Alora, di sini pada 20 Januari lalu makin pasti dicapai. Seorang ADUN memberitahu BH, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah membuat keputusan selepas semua 21 ADUN Barisan Nasional (BN) dan 15 pembangkang dipanggil menghadap semalam dan kelmarin. Katanya, secara prinsip Mukhriz akur dengan kehendak parti dan bersedia melepaskan jawatan manakala Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas menemui semua ADUN membuat kesimpulan bahawa Mukhriz hilang sokongan majoriti. "Berdasarkan maklumat diterima, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dimaklumkan berpuas hati dengan kenyataan semua ADUN yang dipanggil menghadap dan kita hanya menunggu keputusan penting yang akan diumumkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah, dalam tempoh terdekat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120573

Friday, January 29, 2016

Najib Dapat Mandat Istana Kedah, MB Baharu Angkat Sumpah Isnin



Najib dapat mandat Istana Kedah, MB baharu angkat sumpah Isnin, kata laporan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan menerima mandat Istana Kedah untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan majlis angkat sumpah menteri besar baharu dijangka Isnin depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mendapatkan mandat Istana Kedah untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar, lapor Mstar Online.

Sumber memberitahu portal itu, persetujuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah menerima kedatangan Najib hari ini bermakna usaha untuk menggantikan Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam itu akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

"Pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah perlu untuk mendapat perkenan bagi melantik menteri besar yang baharu," kata sumber berkenaan kepada Mstar Online.

Sumber itu turut memaklumkan kepada portal itu, Najib sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik menteri besar Kedah yang baharu ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Rabu.

Minggu lalu, Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan negeri yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah.

Pagi ini, Najib menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Kuala Lumpur.

Kunjungan terhadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah adalah untuk mempersembahkan senarai calon menteri besar Kedah yang baharu bagi menggantikan anak kepada perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mstar Online, difahamkan semua 3 ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berada di ibu negara untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Sultan Kedah.

Tiga ahli jemaah berkenaan ialah pengerusinya, Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Badlishah dan Puteri Sulung Sultan Kedah, Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz .

Menurut Mstar Online, sumber itu memberitahu, Ahmad yang juga senator dan timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan adalah calon bagi menduduki kerusi menteri besar Kedah.

Selain Ahmad, seorang lagi pemimpin Umno yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan itu ialah exco negeri yang juga Adun Guar Chempedak Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail, 63.

Ku Rahman berkelulusan iIjazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains dari Universiti Loughborough, United Kingdom.

Menurut sumber itu, jika ahli jemaah bersetuju dengan calon yang dikemukakan, difahamkan majlis angkat sumpah jawatan menteri besar yang baharu akan berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah pada Isnin. – 29 Januari, 2016.


sumber...TMi

Tuesday, January 26, 2016

Angin Kencang Najib Atau Mukhriz Lebih Kuat di Kedah ?


Analisa Angin Perubahan Makin Kencang Di Kedah

KRISIS Menteri Besar Kedah dijangka selesai dalam masa terdekat kerana Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat sokongan secukupnya, malahan usaha sedang diatur bagi menghadap serta mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah.

Keceriaan Perdana Menteri ketika berada di Langkawi baru-baru ini jelas menunjukkan ada sesuatu di sebalik senyumannya itu.

Begitu juga dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir di sebalik apa yang dilaluinya dalam usaha untuk mengekalkan jawatannya selaku Menteri Besar.

Bagaimanapun, jelas kelihatan kedua-dua pemimpin itu tidak membalas senyuman antara satu sama lain.

Malahan, sukar sekali dapat dilihat jika kedua mereka bertentang mata, begitu juga Najib dilihat begitu jarang berbicara dengan anak mantan Perdana Menteri itu.

Ada ketikanya, kelihatan Mukhriz yang ternyata lebih muda itu bagaikan orang kebanyakan walaupun beliau sebenarnya tuan rumah.

Apabila mereka menikmati hidangan makan tengahari di jeti nelayan, Najib kelihatan lebih gemar bersembang dengan hadirin yang lain kecuali Mukhriz di sebelah kirinya.

Setiap ahli politik seharusnya memiliki kemahiran berlakon untuk majlis seperti ini. Hubungan antara keduanya semakin renggang sejak tahun lalu apabila Mukhriz bersama bapanya mengkritik Najib berkaitan isu 1MDB.

Setiap gerak geri dan bahasa tubuh kedua-dua pemimpin itu diperhatikan pihak media yang membuat liputan susulan isu yang menyelubungi Menteri Besar Kedah itu.

"Tak ada chemistry," demikian kata seorang jurugambar mengenai gelagat kedua pemimpin itu.

Najib menghabiskan hujung minggunya di Langkawi dengan menghadiri beberapa majlis dan mengikut protokol Menteri Besar perlu hadir untuk mengiringinya.

Mukhriz telah memaklumkan dia tidak akan meletak jawatan kerana masih mendapat sokongan rakyat. Bagaimanapun, kejadian di Langkawi bagaikan memberi gambaran apa yang akan berlaku jika Menteri Besar itu masih mahu kekal tanpa mendapat sokongan Perdana Menteri.

Langkah untuk menggantikan Mukhriz telah diusulkan dan setakat ini 19 daripada 21 wakil rakyat Barisan Nasional telah menandatangani akuan berkanun untuk menukar Menteri Besar.Hanya Mukhriz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jitra, Datuk Amiruddin Omar tidak menandatanganinya.

"Majoriti telah tandatangan surat itu. Untuk MB baharu, kami serahkan kepada presiden parti untuk buat keputusan," kata Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin.

Ahmad Lebai yang rapat dengan Najib sejak bersama-sama memimpin Pemuda Umno adalah wakil rakyat yang memulakan usaha untuk menyingkirkan Mukhriz.

Pemimpin terakhir menandatangani akuan berkanun itu adalah Datuk Suraya Yaacob yang juga Adun Sungai Tiang dan Exco Negeri. Suraya dilihat sebagai pemimpin yang setiap bersama Mukhriz dan menolak usaha untuk menjatuhkan Mukhriz.

Bagaimanapun, difahamkan Najib diminta untuk menemui Suraya pada Ahad dan ketika mereka bertemu, Najib telah berkata: "Ah, the elusive lady." (wanita yang sukar difahami).

Seterusnya mereka berbincang dan akhirnya pada kira-kira pukul 6.30 petang, Suraya mengalah dan menandatangani akuan berkanun itu.

Bagaimanapun, ketika ini faktor Istana Anak Bukit yang belum dapat diselesaikan. Kerabat diraja Kedah tiada halangan untuk menukar Menteri Besar tetapi keputusan siapa yang akan diterima untuk menggantikan Mukhriz masih menjadi tanda tanya.

Hal ini juga yang menimbulkan pelbagai spekulasi, malah dikatanya adanya usaha melobi calon yang dikatakan layak untuk menggantikan Mukhriz.

Difahamkan, Najib memilih Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Senator dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Tokoh korporat, Datuk Guntor Tobeng dari Umno Bahagian Alor Setar yang diterajui Ahmad Bashah menganggap ketuanya itu sebagai seorang pemimpin dalam pasukan.

"Menyingkap sejarah MB Kedah, pemimpin yang melaksanakan tugas dengan baik adalah mereka yang ada sentuhan kampung kerana Kedah adalah negeri di mana rakyatnya mahukan MB yang sama seperti mereka," kata Guntor.

Misalnya, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain hanya bertahan selama tiga penggal walaupun dia dikenali sebagai seorang pemimpin yang gemar bersembang dan beramah mesra dengan rakyat. Rumahnya pula sentiasa terbuka untuk semua dan sering kali ada sahaja yang datang untuk menemuinya sejak dari awal pagi. Bagaimanapun, dia akhirnya tidak dapat meneruskan khidmatnya kerana masalah kesihatan.

Ditanya apakah faktor melayakkan Ahmad Bashah menjadi calon sesuai untuk dilantik Menteri Besar, Guntor tanpa teragak-agak menjawab:"Kelebihannya adalah persahabatan, kerana semua orang adalah kawan beliau."

Najib masih perlu menghadap Agong untuk mempersembahkan cadangannya untuk menukar Menteri Besar Kedah dan seterusnya mendapat perkenan untuk melantik yang baharu.

Semuanya perlu bermula dengan pertemuan antara Najib dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Alor Setar. Bagaimanapun ada prosedur yang perlu diikuti dan ia tidak boleh secara tergesa-gesa. Lebih-lebih lagi keadaan kesihatan Agong yang juga Sultan Kedah tidak begitu mengizinkan selepas mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Bagaimanapun, di kalangan Umno telah adanya ramalan akan ada Menteri Besar baharu selewat-lewatnya minggu depan.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga berada di Langkawi pada Ahad, tetapi tidak bertembung dengan Najib.

Semasa di pulau itu, bekas Perdana Menteri itu kelihatan tidak ceria, malahan tiada senyuman pada wajahnya. Mana tidaknya, anak lelakinya akan menjadi antara Menteri Besar yang berkhidmat dalam tempoh masa yang singkat dan beliau meramalkan tindakan menyingkir Mukhriz akan menyebabkan Kedah tumbang ke tangan pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Pada masa sama, beliau juga menjangkakan BN tidak akan kekal memerintah jika Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri.

Pada majlis AirAsia sempena penerbangan pertama ke Guangzhou yang penuh dengan pelancong China, Najib memuji Langkawi sebagai permata yang tidak ternilai buat negara. Mungkin itu juga satu-satunya persamaan antara Najib dan Dr Mahathir ketika ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan kini Mukhriz adalah satu lagi mangsa dalam pergeseran di antara Mahathir-Najib.

sumber...Mstar Online

Monday, January 25, 2016

Kedah Dapat MB Baharu Rabu ini?


Kedah akan dapat MB baharu Rabu ini?

SHAH ALAM - Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari Barisan Nasional (BN) bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Memetik laporan portal Pro-BN Mykmu melaporkan , kesemua Adun BN telah menyatakan taat setia kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

"Kesemua mereka bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan Umno dan Barisan Nasional.

"Sehingga petang tadi, sumber memberitahu Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90 peratus Adun BN Kedah," petik kenyataan sumber kepada portal berkenaan.

Ada relevan disebalik kenyataan Exco Kedah semalam

Kelulusan bukan syarat utama jadi MB Kedah

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, semua Adun di negeri itu layak dan boleh dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.

Tajul Urus berkata, walaupun beliau mengakui pendidikan itu penting, namun prestasi seseorang wakil rakyat itu tidak wajar diketepikan hanya semata-mata kerana tidak mempunyai kelulusan yang tinggi.

“Yang PhD (Doktor Falsafah) pun tak tentu boleh melaksanakan (tugas) dengan baik. Orang politk yang sudah melalui banyak pengalaman, yang sudah melalui naik turun mungkin paling baik.

“Kesetian kepada parti dan pucuk pimpinan ada faktor utama,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas laporan media perdana hari ini mengenai perkembangan terkini kemelut politik Kedah apabila menyenaraikan tiga nama Exco Kedah yang disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah baharu.

Tiga nama tersebut ialah Exco Jawatankuasa Industi dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail; Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid dan Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Mereka masing-masing Ku Rahman, Adun Guar Chempedak, Adun Ayer Hangat (Mohd Rawi) dan Adun Tanjong Dawai (Tajul Urus) itu dikatakan paling layak dipertimbangkan berdasarkan kepada pengalaman serta  latar belakang pendidikan, sekaligus dapat meredakan kemarahan rakyat Kedah.

Ketiga-tiga calon tersebut layak disenaraikan sekiranya Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berhadapan dengan ‘halangan’ untuk menggantikan Mukhriz.

Menurut laporan media perdana itu juga, Ku Rahman mempunyai ijazah kedoktoran dari sebuah universiti di luar negara dikatakan layak memandangkan pengalamannya sebagai ‘orang lama’ dalam politik di Kedah.

Tajul Urus pula dilihat mampu meredakan kemarahan penyokong Mukhriz memandangkan beliau yang berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang dilihat mampu meneruskan agenda Mukhriz untuk memajukan bidang pendidikan di Kedah.

Manakala Mohd. Rawi yang merupakan anak jati Langkawi pula, dianggap pemimpin paling dekat dengan rakyat Kedah khususnya dalam kalangan ulama dan pelajar institusi pondok susulan beliau berkelulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Bagaimanapun ketiga-tiga nama itu masih di peringkat pertimbangan dan segalanya terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.

sumber...wartawan sinar  harian

Saturday, January 23, 2016

Lagi Berita Sebabkan Penyokong Mukhriz Semakin 'Terseksa'

 Sekali sekala sedap jugak tengok wayang gambaq ketaq puak puak Umno ni..

Hahaha...hahaha

Meronta ronta penyokong Mukhriz di media sosial menghentam kepimpinan Ahmad Bashah yang juga Timbalan Perhubungan Umno Kedah..

Semua itu hanyalah salah satu ekspresi diri...Just it !

Siapa yang berani menyanggah kemahuan warlord warlord Umno yang telah berjaya menjatuhkan pentadbiran almarhum ostad Azizan Razak di Kedah ?

Terima sajalah keputusan pucuk pimpinan Umno, kerana itu katanya strategi untuk mengekalkan pentadbiran kerajaan Umno/BN di Kedah.

Akhirnya sirih akan pulang ke gagang, ramalan blog ini Ahmad Bashah berpeluang ditabalkan menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.

Setakat ini Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan calon utama bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan keputusan akan dilakukan dalam tempoh sehari dua lagi, kata sumber.

Ahmad Bashah dijangka angkat sumpah MB Kedah hujung Januari, lapor Utusan

Utusan Malaysia hari ini mendakwa majlis angkat sumpah menteri besar Kedah baharu bakal diadakan pada akhir bulan ini dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dinamakan sebagai calon utama.

Akhbar milik Umno itu yang memetik sumber sebagai berkata, setakat ini Ahmad merupakan calon utama bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan keputusan akan dilakukan dalam tempoh sehari dua lagi.

"Ada pihak yang memaklumkan majlis angkat sumpah dijangka diadakan di penghujung bulan ini di Istana Anak Bukit," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu juga mendedahkan, ini merupakan di antara intipati yang dibincangkan dalam pertemuan di antara pimpinan Umno Kedah dan Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam pertemuan semalam, media melaporkan kesemua pimpinan Umno Kedah yang hadir diarahkan mengunci mulut mereka.

Menurut Utusan Malaysia, sumber itu berkata, Najib dalam pertemuan semalam memberi jaminan meneliti isu yang dibawa 50 pimpinan Umno Kedah dan akan membuat keputusan dalam waktu terdekat.

"Perdana menteri akui apa yang berlaku adalah suara yang dibawa ketua bahagian di Kedah oleh itu beliau minta diberi masa untuk membuat keputusan kerana apa jua tindakan perlu mengambil kira kesan kepada Umno Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Selain itu beliau juga menuntut kesetiaan semua pemimpin Umno negeri tersebut terutamanya apabila keputusan dibuat dalam tempoh sehari dua lagi," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu memberitahu Utusan Malaysia, semua pimpinan Umno meminta perdana menteri menyelesaikan isu itu dengan segera menghadap Pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.

"Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah mewakili kepimpinan Umno Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu perdana menteri membuat perubahan terhadap kepimpinan Umno Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa," katanya.

Sementara itu Utusan Malaysia juga melaporkan sokongan terhadap anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu dilihat semakin berkurangan.

Menurut Utusan Malaysia, sumber lain mendakwa, Mukhriz juga menghadapi masalah untuk mendapatkan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) jika beliau berhasrat membawa perkara itu ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tetapi majoriti pimpinan Kedah mengharapkan tidak sampai pada tahap itu sebaliknya mereka menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan perdana menteri menyelesaikan kemelut berlaku.

"Tambahan pula kecuali beberapa orang wakil rakyat dan pimpinan Umno lain kesemuanya sudah menyatakan kepada perdana menteri mereka akan menyokong siapa sahaja yang dipilih menggantikan Mukhriz," katanya. – 23 Januari, 2016.

sumber...TMi

Friday, January 22, 2016

Ratapan Jumaat: Berita Buruk Untuk Penyokong Mukhriz

Ketua Pemuda Umno Kedah sendiri secara terbuka menyeru Mukhriz meletak jawatan secara terhormat.

Bak kata M.Nasir..

Nasibmu kiambang dipinggir kali,
Sedang kau mekar menghiasi desa.
Kemarau panjang pun tiba,
Keringlah dikau dalam dahaga...

Tiada tindakan disiplin terhadap 14 ketua Umno Bahagian Kedah, kata Tengku Adnan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak melihat wujud keperluan tindakan disiplin terhadap 14 orang ketua Umno bahagian di Kedah kerana ia dipantau ibu pejabat.


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata tidak ada keperluan mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang ketua Umno bahagian di Kedah.

Beliau berkata Ibu Pejabat Umno memantau sidang media ketua-ketua bahagian itu di Alor Star semalam, yang meminta presiden parti, Datuk Seri Najib Razak melakukan perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti di negeri itu.

"Mereka berharap agar presiden Umno dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti dan kepentingan rakyat negeri itu," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Justeru, tidak timbul isu di mana setiausaha agung Umno perlu mengambi tindakan disiplin terhadap 14 orang ketua Umno bahagian Kedah tersebut, katanya.

Dalam sidang media tersebut, hampir kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen Umno Kedah menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar dan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.


sumber...Bernama

Thursday, January 21, 2016

Inilah Punca Kenapa Mukhriz Ditolak !



Gagal bawa perubahan, renggang dengan ‘warlord’, punca Mukhriz ditolak

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir hilang sokongan dan ditolak parti sendiri kerana dikatakan gagal tunai janji manifesto dan menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur.


Kegagalan membawa perubahan dan hubungan tidak erat dengan 'warlord' (panglima) Umno menjadi punca Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tidak lagi mendapat sokongan dan ditolak parti sendiri, kata pemimpin dan pemerhati parti.

Turut tidak membantu, hakikat pentadbiran negeri kelihatan hilang fokus kerana Mukhriz menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur dan tidak dapat memberikan kepimpinan yang diperlukan untuk mentadbir negeri dengan berkesan, kata mereka.

Mereka berkata, faktor ini menyebabkan ramai 'warlord' parti bimbang negeri di utara tanah air itu akan ditawan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dijangka 2018.

Setiausaha Perhubungan Umno negeri Datuk Othman Aziz memberitahu The Malaysian Insider terdapat banyak janji dalam manifesto yang gagal ditunaikan Mukhriz sejak 2 tahun menerima mandat sebagai menteri besar.

"Kita banyak benda kena buat yang kita janji kepada rakyat.

"Isu manifesto ini pernah dibawa pembangkang, maksudnya selepas 2 tahun, mereka buat penilaian di mana tidak banyak pencapaian.

"Kita bimbang isu itu akan dimainkan semasa pilihan raya yang akhirnya memberi kesan kepada Umno," kata Othman, yang juga ahli Parlimen Jerlun.

Pentadbiran Mukhriz sedang berdepan kemelut selepas 14 ketua bahagian semalam menyatakan hilang kepercayaan terhadapnya dan meminta supaya ditukar menteri besar baharu.

Othman berkata, rakyat dan pemimpin Umno Kedah menaruh harapan tinggi kepada Mukhriz untuk membangunkan negeri dan membela rakyat, namun harapan tersebut tidak sampai.

"Harapan orang tinggi terhadap dia. Dia pun ada aura.

"Kita harap 5 tahun ketinggalan semasa kerajaan PAS kita dapat kembali maju ke depan.

"Kita harap suatu yang besar dapat dicapai, tetapi tidak sampai," katanya.

Selain itu, hilang fokus dalam pentadbiran kerana sering berada di Kuala Lumpur juga menjadi faktor Mukhriz tidak dapat mentadbir negeri dengan baik, kata Othman.

"Itu antara faktornya, hilang fokus apa semua. Memang itu yang terjadi.

"Mereka (ketua bahagian) mahu bergerak depan. Kalau tidak bergerak, kita bimbang tidak bersedia dalam pilihan raya depan nanti," katanya.

Mengulas mengenai situasi selepas ketua-ketua bahagian Umno di Kedah membuat kenyataan terbuka menolak Mukhriz, Othman berkata fungsi Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan negeri secara automatik tidak lagi berjalan.

"Umno ada struktur, ketua perhubungan itu dilantik perdana menteri sebagai presiden Umno, tetapi ia disokong bahagian.

"Jadi, kalau bahagian tidak sokong, maka tidak ada fungsi lagi," kata Othman merujuk kepada kedudukan Mukhriz ketika ini.

Sementara itu, bekas setiausaha Umno bahagian Pokok Sena, Ramli Yunus melihat penolakan yang berlaku berpunca daripada kegagalan Mukhriz bekerjasama dan memelihara hubungan dengan pemimpin bahagian.

"Beliau kurang kerjasama dengan ketua bahagian. Kalau beliau dapat bekerjasama, mustahil sampai 14 ketua bahagian tidak menyokongnya.

"Hubungan Mukhriz dengan ketua bahagian, timbalan, tidak semesra dengan pemimpin terdahulu.
"Sebagai contoh, Datuk Ahmad Bashah (Md Hanipah), dia datang daripada kalangan orang biasa, marhaen. Jadi, beliau lebih senang diterima orang lain," kata Ramli merujuk kepada timbalan pengerusi Umno Kedah yang mengetuai sidang akhbar semalam.

Mengenai calon paling layak menggantikan Mukhriz, Othman yang sebelum ini memberi laluan kepada Mukhriz menang tanpa bertanding di Bahagian Jerlun, mencadangkan Ahmad Bashah sesuai untuk dilantik memegang jawatan penting itu.

"Kena pilih di kalangan sedia ada, kemungkinan Ahmad Bashah. Itu saya rasa.

"Dulu masa jentera pilihan raya, Ahmad Bashah yang ketuai, dia pun pandai sepak terajang politik kampung," katanya.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, perkembangan terbaharu ini mungkin berpunca daripada tindakan pentadbiran Mukhriz sendiri yang menyisihkan "warlord" apabila lebih mementingkan penyokongnya.

"Pertembungan ini sebenarnya bermula sejak Pilihan Raya Umum ke-13, apabila di saat akhir, ada pertukaran beberapa calon.

"Sepatutnya Ahmad Bashah yang jadi menteri besar tapi ditukar kepada Mukhriz. Jadi, 'warlord' ini, ketua bahagian ini, tidak puas hati apabila mereka disisihkan.

"Malah, semasa peringkat awal pentadbiran Mukhriz juga banyak berlaku penyisihan. Cuma kemudian itu, nampak berbaik semula," kata Azizuddin.

Azizuddin berkata, kumpulan 'warlord' ini juga bijak mengambil kesempatan apabila menyerang Mukhriz pada ketika bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri sedang berkrisis dengan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata masih awal untuk meramalkan masa depan Mukhriz sama ada akan disingkirkan atau sebaliknya kerana pelantikan menteri besar perlukan perkenan Sultan.

"Masih awal untuk meramal, Najib hanya boleh membuang Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan tapi tidak selaku menteri besar.

"Banyak peringkat lagi perlu dilalui, kita kena lihat langkah susulan terlebih dulu. Kalau Mukhriz melawan semula, situasi berbeza akan berlaku," katanya.

Sementara itu, beberapa pemimpin Umno Kedah yang dihubungi The Malaysian Insider mengambil langkah selamat enggan mengulas kemelut yang sedang berlaku, antaranya Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dan Adun Guar Chempedak Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail.  – 21 Januari, 2016.

sumber...TMi

Wednesday, January 20, 2016

HOT: Umno Kedah Hilang Kepercayaan Terhadap Mukhriz



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membuat sidang media selepas pertemuan tertutup dengan hampir kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Parlimen negeri ini di sebuah hotel hari ini.

Pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sehubungan itu, katanya, seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Ahmad Bashah berkata, Mukhriz yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin di negeri tersebut.

“Beliau gagal dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan parti di negeri Kedah.

“Sebagai menteri besar, beliau juga gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan,” katanya selepas perjumpaan tertutup pemimpin Umno negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Mukhriz turut dituduh gagal menyatukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat negeri.

“Beliau juga gagal membuat perancangan strategik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 nanti,” katanya yang dipetik laporan Bernama.

sumber...Bernama

Monday, January 18, 2016

Siapa Pulak Call Rafizi Ajak Buat Sex ?Hahaha


Rafizi Ketawa Dihubungi Untuk Seks

Jarang-jarang sekali nombor telefon bimbit ahli Parlimen dikelirukan dengan hotline perkhidmatan seks.

Tetapi itulah yang berlaku kepada Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli apabila seorang pelanggan yang 'berminat' terhadapnya menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp, mengajaknya mengadakan hubungan seks.

Rafizi, yang menyiarkan perbualan itu melalui 'paparan skrin' di Twitternya berkata beliau lebih berasa geli hati dengan kejadian itu.

"Saya mengambilnya sebagai satu perkara yang membuat hidup saya lebih menarik," katanya kepada The Star Online sambil ketawa.


Dipercayai bahawa nombor telefon beliau telah diletakkan pada risalah yang diedarkan di Subang Jaya.

Risalah itu berbunyi: 'Adakah anda kesepian? Telefon/SMS/ WhatsApp?', diikuti dengan tujuh gambar wanita yang hampir tidak berpakaian bersama-sama dengan nama dan nombor telefon masing-masing.

Nombor Naib Presiden PKR itu telah digunakan untuk seorang gadis bernama 'Rara'.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis mengenai perkara itu, Rafizi berkata beliau tidak berniat untuk berbuat demikian.

"Ia adalah asam garam (ahli politik)," beliau ketawa, sambil menambah beliau sama sekali tidak kelihatan seperti 'Rara'.

"Tunggu sehingga saya menunjukkan perut Rara ini," seloroh beliau.

sumber...Mstar Online