Followers

Monday, November 21, 2011

Laporan Polis Terhadap Penjualan Tanah Oleh Satim Diman

Jual tanah, Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Adun Umno

“ Kami juga meminta Satim Diman tampil mempertahankan diri dengan membawa bukti yang jelas."

PETALING JAYA: Pemuda PAS Puchong membuat laporan polis di balai polis Bukit Puchong ke atas Adun Seri Serdang Datuk Satim Diman berhubung isu penyelewengan penjualan tanah anugerah kerajaan negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya pada tahun 2006.

Ketua Pemudanya, Mohd Rosharizan B Mohd Roslan yang membuat laporan tersebut.
Beliau berkata, sebagai pemimpin dan juga wakil rakyat, Mohd Satim seharusnya menjaga harta, tanah atau apa sahaja aset kerajaan dengan baik, bukannya mengambil kesempatan begini untuk kepentingan peribadi.

Dalam sidang DUN baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa ketua Umno Serdang itu adalah ahli Lembaga Pengarah dan juga pemegang saham terbesar di dalam syarikat Nikmat Inai Sdn Bhd.

Syarikat sendiri


Bagaimanapun, beliau telah menjual tanah tersebut kepada syarikat sendiri pada harga RM 1.80 sekaki persegi atau RM 6.5 juta.
Kemudian syarikatnya menjual semula kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada harga RM 5.30 sekaki persegi atau RM 19.2 juta.

Mohd Rosharizan mendesak supaya pihak polis menyiasat kes ini, dan sekiranya sabit kesalahan dan terbukti wujud penyelewangan dan salah guna kuasa, bawa beliau ke muka pengadilan dan beliau mesti didakwa.

“Kami juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka fail siasatan segera, dan heret beliau ke mahkamah sekiranya dakwaan benar.”
“ Kami juga meminta supaya Satim Diman tampil mempertahankan diri dengan membawa bukti yang jelas,” katanya.

sumber...FMT