PRM tetap bertanding di 3 kerusi PKR
Parti Rakyat Malaysia (PRM) menegaskan mempunyai hak demokratik untuk bertanding di tiga kerusi yang kini dikuasai PKR dalam pilihan raya umum akan datang; dan sekiranya Pakatan Rakyat menolaknya, itu "masalah mereka".
"Sekiranya pembangkang tidak bersedia berunding, itu masalah mereka," kata Presiden PRM Rohana Ariffin.
Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menekan "seperti yang dilakukan kerajaan".
Parti itu semalam mengumumkan akan bertanding di Balik Pulau, Selayang dan Petaling Jaya Selatan yang dipegang Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.
Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan, maka pilihan raya umum yang dijangkakan seawal tahun depan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara kedua-dua parti berkenaan dan BN.
sumber...malaysiaKini
komen terbaek...
Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
Tanding lah PRM, tading lagi banyak kerusi.
Jangan takut PKR ,,, kau bebas masuk bertanding sebab ini negara menuju ke arah demokrasi. tiada salah tanding dalam pilihanraya.
- Kalau atas dasar berkhimat untuk rakyat , kemungkinan dapat sikit sokongan.
- Kalau PRM bertanding atas dasar katak... rakyat tahulah mengundi kepada siapa. kah kah kah.
- Ini kuasa rakyat , kalautak sanggup jadi kuli rakyat , memang ditendang awal awal. Kalau mimpi nak jadi taukeh rakyat , elok merembus dulu.. rakyat semakin cerdik.