Followers

Tuesday, November 29, 2011

Tuduhan Rasuah : PM Dan Ahli Kabinet Letak Jawatan

BANDARAYA KUWAIT: Pemerintah Kuwait hari ini menerima peletakan jawatan kerajaan, iaitu kabinet ketujuh yang berundur dalam masa lima tahun berikutan tuduhan rasuah.

“Pemerintah Kuwait, Emir Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah mengeluarkan perintah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri dan menteri kabinetnya," demikian kenyataan istana Kuwait yang disiarkan stesen televisyen tempatan.
Pemerintah Kuwait itu meminta itu bagaimanapun meminta Perdana Menteri, Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah, anggota keluarga pentadbir kanan dan beberapa menteri supaya segera menyelesaikan beberapa isu sehingga kerajaan baru dibentuk.
Peletakan jawatan itu sehari selepas Perdana Menteri menerima tekanan daripada anggota perlimen berikutan tuduhan terbabit dalam skandal rasuah membabitkan beberapa Ahli Parlimen kerana menyalahgunakan dana awam.

Beberapa jam selepas peletakan jawatan itu, anggota pembangkang melancarkan perhimpunan terbesar setakat ini membabitkan lebih 10,000 penduduk yang menuntut agar anggota Parlimen yang rasuah disingkir serta menuntut pembebasan 24 aktivis pembangkang.

sumber...AFP