Followers

Wednesday, January 13, 2016

ISIS: Pendedahan Kajian Sebab Utama ke Syria


Kajian tentang Isis dedahkan alasan peribadi penyebab ke Syria

Keinginan untuk membantu rakyat Syria yang menderita di tangan pemerintah mereka sendiri dan mencuci dosa merupakan pendorong utama kepada sekumpulan 30 orang Melayu beragama Islam ditahan polis Malaysia kerana terbabit dengan Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Tiga puluh individu yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh, mengambil bahagian dalam kajian dilakukan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Maszlee Malik.

Dalam temuramahnya dengan mereka, ahli akademik itu mendapati kebanyakannya kecewa dengan kerajaan Malaysia yang mereka dakwa mengamalkan rasuah dan tidak cekap.

Bagi mereka, Putrajaya merupakan satu lagi contoh bagaimana demokrasi Islam di seluruh dunia gagal membantu umat Islam yang ditindas, seperti rakyat Syria dan masyarakat Rohingya di Myanmar, menurut hasil kajian beliau.

Penemuan menunjukkan tentang apa yang mendorong orang Melayu Islam menyertai atau menyokong kumpulan militan di Syria ketika pihak berkuasa Malaysia terus mencegah keganasan.

Semua 30 yang terbabit dalam kaji selidik itu adalah sebahagian daripada lebih 100 individu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 sejak 2014 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan militan.

Penemuan Maszlee ini berbeza daripada dakwaan sebelum ini, ramai ditahan kerana cuba untuk menyertai perang di Syria selepas terpedaya dengan seks, wang dan kuasa.

"Gambar dan video kanak-kanak dibunuh dengan senjata kimia digunakan pemerintah (Presiden Syria Bashar Al-Asad), dan pembunuhan orang awam menjadikan mereka merasakan terdapat seruan Allah kepada mereka melakukan apa yang perlu.

"Isis dan kumpulan mujahidin di Syria, bagi tahanan, adalah harapan dihantar Allah kepada rakyat Syria untuk menyelamatkan mereka," tulis Maszlee dalam kajian beliau bertajuk Isis di Malaysia: Satu Kajian Kes yang diperoleh The Malaysian Insider.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Madya Dr Maszlee Malik dalam kajiannya mendapati kebanyakan individu ditahan kerana menyertai Isis berbuat demikian kerana kecewa dengan kerajaan Malaysia yang dikatakan mengamalkan rasuah dan tidak cekap.

Maszlee yang juga felo kanan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) juga mendapati 30 tahanan itu daripada pelbagai latar belakang dan tidak semua menyokong ideologi ganas Isis.

Empat daripada mereka merupakan bekas ahli PAS, yang mengatakan mereka tidak menyokong Isis dan tidak berkongsi ideologinya.

"Sekurang-kurangnya lebih 5 daripada mereka tidak tahu kumpulan mana perlu disertai, kerana tujuan utama mereka hanya pergi ke Syria untuk membantu orang awam yang dibunuh dengan kejam oleh rejim Assad.

"Sekurang-kurangnya 4 daripada mereka pada mulanya ke Syria dengan NGO kemanusiaan tetapi kemudian memutuskan menyertai perang supaya dapat pergi lebih dekat ke tengah-tengah zon perang.

"Difahamkan pilihan mereka ialah untuk menjadi sebahagian daripada perjuangan rakyat Syria yang berjihad ke jalan Allah, dan tidak didorong motivasi ideologi."

Kajian dilakukan Maszlee bagaimanapun tidak memberikan pecahan jumlah tepat 30 individu berkenaan sama ada menyokong Isis atau tidak.

Penemuannya hanya memberi tumpuan kepada motivasi peribadi dan bukannya ideologi, didedahkan selepas berita dua rakyat Malaysia yang didakwa menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Syria dan Iraq baru-baru ini.

Di Sungai Petani, Kedah, polis menahan seorang lelaki yang mengacukan pisau terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya kerana kononnya mahu "menunjukkan" beliau adalah seorang ahli Isis dan mampu menjalankan arahan kumpulan itu.

Menebus dosa peribadi

Kajian ini dibahagikan kepada 5 kumpulan; aktivis pulang dari Syria dan didakwa mengambil bahagian dalam perang; mereka yang dituduh kerana dikaitkan dengan rangkaian pengganas global al-Qaeda; mereka menyertai Negara Islam Indonesia (NII) dan kemudiannya menyertai Isis.

Terdapat juga mereka yang dituduh sangat bersimpati dengan Isis dan menghadiri mesyuarat melibatkan penyokong kumpulan militan itu atau sekutu mereka melalui media sosial.

"Beberapa tahanan, terutamanya daripada kumpulan gabungan NII, memutuskan untuk ke Syria bagi memulakan hidup baharu selepas bertaubat," menurut kajian itu.

Individu ini meninggalkan gaya hidup mereka sebelum ini yang melibatkan penyalahgunaan alkohol dan dadah, dan menjadikan Isis di Syria sebagai pedoman kehidupan Islam ideal, menurut kajian tersebut.

"Sesetengah daripada tahanan (berpendapat) Malaysia terlalu sarat dengan perkara berdosa yang tidak akan membolehkan mereka untuk mengalami kehidupan Islam kecuali dengan kesukaran."

Walaupun pandangan popular sekolah agama seperti pondok dan madrasah menjadi tempat lahirnya kumpulan pengganas ini, namun kajian mendapati hanya 3 daripada 30 yang terbabit berasal dari institusi itu.

"Selebihnya individu yang ditahan datang dari sekolah arus perdana, termasuk beberapa pelajar tercicir."

Kebanyakannya mempunyai sedikit atau tiada pendedahan kepada pendidikan formal agama termasuk pengajian kelas agama yang perlu diikuti semua umat Islam Malaysia di sekolah kebangsaan.

"Sesetengah daripada mereka (daripada kumpulan berkaitan NII) tidak mengikuti ajaran Islam sebelum mereka didedahkan dengan idea jihad di Syria."

Hanya seorang daripada 30 tahanan itu merupakan graduan universiti.

"Kekurangan pendidikan formal agama menjadikan mereka terdedah kepada doktrin agama radikal dan ekstrem yang dijanjikan kepada mereka sebagai jalan pintas ke syurga atau cara lebih idealistik dalam mengamalkan Islam di luar arus perdana amalan biasa.

"Di sebalik kelemahan, mereka benar-benar percaya yang pemahaman mereka terhadap Islam adalah jauh lebih baik daripada orang lain,” katanya. – 13 Januari, 2016.

sumber...TMi
Keinginan untuk membantu rakyat Syria yang menderita di tangan pemerintah mereka sendiri dan mencuci dosa merupakan pendorong utama kepada sekumpulan 30 orang Melayu beragama Islam ditahan polis Malaysia kerana terbabit dengan Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Tiga puluh individu yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh, mengambil bahagian dalam kajian dilakukan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Maszlee Malik.
Dalam temuramahnya dengan mereka, ahli akademik itu mendapati kebanyakannya kecewa dengan kerajaan Malaysia yang mereka dakwa mengamalkan rasuah dan tidak cekap.

Bagi mereka, Putrajaya merupakan satu lagi contoh bagaimana demokrasi Islam di seluruh dunia gagal membantu umat Islam yang ditindas, seperti rakyat Syria dan masyarakat Rohingya di Myanmar, menurut hasil kajian beliau. Penemuan menunjukkan tentang apa yang mendorong orang Melayu Islam menyertai atau menyokong kumpulan militan di Syria ketika pihak berkuasa Malaysia terus mencegah keganasan.
Semua 30 yang terbabit dalam kaji selidik itu adalah sebahagian daripada lebih 100 individu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 sejak 2014 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan militan.
Penemuan Maszlee ini berbeza daripada dakwaan sebelum ini, ramai ditahan kerana cuba untuk menyertai perang di Syria selepas terpedaya dengan seks, wang dan kuasa.
"Gambar dan video kanak-kanak dibunuh dengan senjata kimia digunakan pemerintah (Presiden Syria Bashar Al-Asad), dan pembunuhan orang awam menjadikan mereka merasakan terdapat seruan Allah kepada mereka melakukan apa yang perlu.
"Isis dan kumpulan mujahidin di Syria, bagi tahanan, adalah harapan dihantar Allah kepada rakyat Syria untuk menyelamatkan mereka," tulis Maszlee dalam kajian beliau bertajuk Isis di Malaysia: Satu Kajian Kes yang diperoleh The Malaysian Insider.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Madya Dr Maszlee Malik dalam kajiannya mendapati kebanyakan individu ditahan kerana menyertai Isis berbuat demikian kerana kecewa dengan kerajaan Malaysia yang dikatakan mengamalkan rasuah dan tidak cekap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2016.Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Madya Dr Maszlee Malik dalam kajiannya mendapati kebanyakan individu ditahan kerana menyertai Isis berbuat demikian kerana kecewa dengan kerajaan Malaysia yang dikatakan mengamalkan rasuah dan tidak cekap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2016.Maszlee yang juga felo kanan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas)
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kajian-tentang-isis-dedahkan-alasan-peribadi-penyebab-ke-syria#sthash.MEcm1f4C.dpuf