Followers

Wednesday, December 18, 2013

Syiah : Dari Kacamata Bekas Menteri Umno

 

Bekas menteri dakwa isu Syiah dikendali cara pandir, politik cetek

 Bekas Menteri Penerangan melahirkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan cara isu Syiah dikendalikan di negara ini dan menyifatkan ia hanya permainan politik yang semakin cetek dan pandir sahaja.

Tan Sri Zainuddin Maidin dalam tulisannya di Sinar Harian berkata, setelah gempar seluruh negara bagaikan langit hendak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan bertanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas.

"Orang itu serah pada orang ini, orang ini serah pada orang itu," tulis bekas Ketua Pengarang Utusan yang lebih dikenali sebagai Zam itu.

Maka, katanya, kredibiliti kerajaan Barisan Nasional dan Umno semakin terhakis.
"Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini," katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mempunyai 10 bukti mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) sebagai  Syiah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk tindakan selanjutnya.

Jakim pula melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka  ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar KDN, jika mempunyai bukti yang kukuh, bertindak dan hadapkan Mohamad ke mahkamah supaya dia dapat membela diri.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan orang nombor dua PAS adalah Syiah dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2013.

Semalam, Mohamad mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid.
Zam berkata, tindakan menendang ke sana sini untuk diambil tindakan menyebabkan rakyat akan tinggal dalam keraguan.

"Lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu  sama ada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak," katanya.

Beliau berkata, di akhirnya rakyat akan melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir orang yang mengamalkan ajaran seperti Ajaran Harun.

sumber...TMI

Thursday, December 12, 2013

Zain Saidin & Rozita Che Wan Bergelar Suami-Isteri

.
Rozita mencium tangan suaminya selepas upacara membatalkan air sembahyang.

Hantaran yang dibawa turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.

Pada majlis tersebut, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin yang memakai baju Melayu warna krim masuk ke dewan lebih awal dan diikuti oleh Rozita kira-kira pukul 8.30 malam.

Rozita menggayakan kebaya moden berwarna sama rekaan Man Kajang.

Wanita itu kemudian disarungkan cincin pertunangan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah sebelum majlis akad nikah bermula.
Suasana majlis pernikahan Zain dan Rozita di Shah Alam, Selangor.

Pada majlis itu Rozita turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels.

Sementara itu Zain berkata, dia gembira akhirnya dia menjadi suami kepada Rozita dan berharap agar perkahwinan mereka akan mekar sehingga ke akhir hayat.

"Selama ini kami susah senang bersama. Walaupun masing-masing sibuk dengan karier, Alhamdulillah, kami akhirnya disatukan juga.

"Harap-harap tiada lagi gosip berkaitan dengan kami selepas ini," selorohnya.

Seramai 200 tetamu termasuklah keluarga dan rakan media menghadiri majlis akad nikah bertemakan ala taman itu.

sumber...Feride Hikmet Atak

Thursday, November 28, 2013

Perkahwinan Rozita Che Wan RM13 Juta Bro..



Kahwin Che Ta RM13 Juta

SHAH ALAM: Perkahwinan gilang-gemilang pasangan selebriti sensasi, Rozita Che Wan dan Zain Saidin pada 11 Disember ini menerima tajaan keseluruhan bernilai kira-kira RM13 juta.

Mencatatkan sejarah tajaan perkahwinan paling besar dan mahal diterima pasangan artis tempatan, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta dan Zain mendapat jolokan 'Wedding of the Year'.


Pada hari bahagiannya itu, Che Ta akan menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Rozita, 40, dan Zain, 29, yang ditemui media pada majlis pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, di sini berkata, urusan penajaan perkahwinan itu juga bukan mereka yang mencari sebaliknya pihak penaja terbabit yang menunjukkan minat dan kesudian untuk memberi sokongan.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo pusat konvensyen itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Majlis berinai Che Ta akan diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Shah Alam, jam 8.30 malam.

Terdahulu, majlis merisik Che Ta berlangsung di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu. Majlis merisik secara tertutup itu dihadiri saudara-mara dan kenalan rapat saja.

Oleh Norhayati Nordin

Wednesday, November 27, 2013

Isu Larikan RM200,000, Bekas Pemandu Saman Zahida Rafik



Bekas pemandu peribadi kepada pelakon Zahida Rafik memfailkan saman fitnah terhadap aktres itu di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.

 Noor Azman, 39, selaku plaintif mengemukakan saman tersebut selepas pelakon berkenaan gagal membuktikan tuduhan yang dia telah melarikan wang tunai berjumlah RM200,000 yang didakwa milik Zahida pada tahun lalu.

Peguam kepada Noor Azman iaitu Latheefa Koya ketika ditemui berkata, pihaknya pada 4 April lalu telah menghantar satu surat tuntutan kepada Zahida supaya menarik semula laporan polis, memohon maaf dan membayar ganti rugi kepada plaintif namun dia gagal berbuat demikian.

Disebabkan kegagalan Zahida itu jelas Latheefa, pihak plaintif terpaksa memfailkan saman selain menuntut satu perintah injunksi bagi menghalang Zahida daripada terus memfitnah plaintif secara lisan, menerusi media atau pun Internet.

"Selain itu kami turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi tauladan dan apa-apa yang difikirkan sesuai oleh mahkamah terhadap defendan," katanya.

Bagaimanapun pihak plaintif tidak menetapkan sebarang jumlah terhadap saman yang dikemukakan terhadap Zahida.

Nama Noor Azman sebelum ini menjadi kontroversi apabila dia mendakwa Zahida mempunyai hubungan intim dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal selama beberapa tahun.

 Noor Azman (tengah) sedang berbincang dengan peguamnya, Latheefa Koya (kiri) tentang saman fitnah yang dikemukakan terhadap aktres Zahida Rafik. Penyanyi popular era 80-an, Dayangku Intan turut hadir bagi memberi sokongan kepada anak saudaranya itu. - FOTO CHAN TAK KONG.

 Dia turut mendakwa telah dibayar oleh menteri terbabit untuk menjadi pemandu kepada pelakon itu.

Noor Azman meletak jawatan sebagai pemandu Zahida pada 29 Februari tahun lalu dan membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dituduh melarikan wang RM200,000 kononnya milik Zahida.

Dalam pada itu, Noor Azman berkata, ekoran fitnah berkenaan dia gagal mendapatkan pekerjaan baharu selepas dipecat oleh Zahida selain reputasinya tercalar.

Jelasnya, perbuatan Zahida yang sengaja mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya kepada pemberita disifatkan sebagai berniat jahat.

"Saya telah berulang kali dipanggil untuk temu duga kerja namun tidak berjaya kerana fitnah yang dilemparkan kepada saya.

"Akibat daripada kejadian itu juga saya terpaksa menanggung malu kerana telah disoal siat polis dan ditahan reman dalam lokap polis selama empat hari," katanya.

Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman iaitu penyanyi Dayangku Intan yang turut menemani anak saudaranya itu berkata, dia dan keluarganya turut menanggung malu besar akibat kejadian tersebut.

Dayangku Intan yang juga seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata, nama Noor Azman perlu dibersihkan kerana dia berkenaan tidak bersalah dan fitnah itu telah memberi kesan kepada kehidupannya.

sumber...

Sunday, November 24, 2013

Terkini: PAS Sedia "Berbincang" Dengan Umno

 

PAS sedia muzakarah dengan Umno dalam hal Islam, kata Hadi

 PAS hari ini menyatakan kesediaan untuk mengadakan muzakarah dengan parti lawan, Umno, namun hanya terbatas kepada hal ehwal Islam, kata presiden parti berkenaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi ketika ucapan penggulungannya sempena Muktamar Tahunan ke-59 PAS menegaskan, kerjasama berkenaan adalah bagi kepentingan umat Islam di negara ini.

"PAS bersedia untuk muzakarah dengan Umno dalam isu pelaksanaan Islam.

"Insyaallah, ulama-ulama kita akan turun. Kita ramai ahli-ahli, nak yang tua atau muda pun ada," kata Abdul Hadi ketika sidang media di Stadium Malawati.

Abdul Hadi turut berkata, segala perbincangan turut boleh berbincang dalam aspek termasuk ekonomi dan juga pertahanan.

"Nak bincang pasal ekonomi pun boleh. Keselamatan pun ada. Kita ada pelbagai kalangan, bersatu di atas bahtera Islam.

"Kalau seluruh masyarakat majmuk, tanggungjawab kita selamatkan Melayu, Cina dan India dan Islam. Selamatkan harta dan negara dengan Islam. Tegakkan Islam. Letakkan Islam di hadapan," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, kumpulan pemimpin PAS dari kalangan ulama masih mendominasi parti pembangkang tertua negara itu, dengan sembilan daripada 18 Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang dipilih adalah dari kalangan ulama.

"Ulama masih terbesar. Sembilan dari kalangan ulama, bakinya ada doktor, jurutera, aktivis pun ada," katanya kepada pemberita.

Muktamar Tahunan PAS kali ini turut menyaksikan pemilihan anggota Majlis Tertinggi dengan Mohamad Sabu kekal sebagai Timbalan Presiden.

Perubahan kepimpinan untuk jawatan Naib Presiden berlaku selepas penyandang, Datuk Mahfuz Omar tewas, manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa, dan Salahuddin Ayub kekal sebagai Naib Presiden.

Muktamar yang bermula Jumaat, minggu lalu, menyaksikan 1,129 perwakilan berkampung di Shah Alam ditamatkan hari ini tepat jam 3.30 petang

sumber...TMI

5 Pengajaran Daripada Muktamar PAS



Pemilihan yang paling sengit dalam Muktamar PAS ke-59 sudah selesai dan terbukti perwakilan PAS tidak dipengaruhi kempen agresif yang meminta perwakilan membuang sesetengah pemimpin parti Islam itu dengan pelbagai label seperti "Syiah" atau "liberal."

Pemimpin yang diminta dikalahkan mendapat tempat baik manakala pihak yang dikira sebagai penyerang utama dalam menyerang sesetengah pimpinan ditolak oleh perwakilan.

Pemilihan kali ini juga membuktikan, politik adalah tentang pemilikan kuasa dan pihak yang bertanding akan berusaha mendapatkan kuasa dalam parti politik dan PAS tidak terkecuali dalam hal ini.

Berikut adalah lima pengajaran penting yang boleh dirumuskan daripada muktamar kali ini:
 
1) Sokongan Umno adalah racun.

Apabila musuh menyokong anda, tunggulah kejatuhan anda dalam PAS. Itulah yang berlaku apabila sesetengah pemimpin PAS disokong oleh musuh parti Melayu itu khasnya media mereka seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

Sokongan Utusan Malaysia, pemimpin Umno atau bekas pemimpin yang sudah dipecat seperti Datuk Dr Hasan Ali memberi persepsi negatif kepada mereka.

Pendek kata, jaga-jagalah apabila dipuji oleh musuh anda, ia pasti memakan diri.
 
2) Jangan menyerang sesama sendiri.

Terbukti, pihak yang paling banyak menyerang sesama sendiri di dalam PAS ditolak oleh perwakilan.

Dua nama penting yang dilihat sangat vokal adalah ahli Majlis Syura, Zaharudin Mohamad dan ketua Ulama Pahang, Mokhtar Senik.

Zaharudin yang juga menantu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak awal lagi membuat serangan melalui tulisan dalam laman sosial Facebook ataupun majlis-majlis dalaman parti.

Mokhtar pula sangat vokal dalam kempennya untuk ulama sehingga memakan diri calon-calon pro ulama.

Kedua-duanya walaupun popular gagal untuk mendapat tempat dalam muktamar ini khasnya bagi jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.
 
3) Jangan berkempen terlalu berlebihan, makan diri.

Sejak awal, ahli-ahli PAS diberikan ingatan, sesiapa yang hendakkan jawatan tidak layak untuk jawatan itu.

Muktamar kali ini menyerlahkan hakikat itu.

Kempen yang terlalu berlebihan di kalangan penyokong ulama tidak membuahkan hasil untuk mereka. Laman Facebook El Haraki merupakan contoh terbaik.

Kempennya yang melampau untuk ulama menyebabkan ramai tertanya-tanya, ulama ini gilakan jawatan ke?

Nampaknya kempen berlebihan ini memakan diri, umpama cerita beruang dengan tuannya.
 
4) Mereka yang bekerja pilihan perwakilan.

Contoh terbaik adalah Mazlan Aliman?

Siapa Mazlan? Pada muktamar lepas, dia mendapat tempat pertama dalam pemilihan AJK. Kali ini di tempat kedua.

Tiada apa yang hebat pada sosok tubuh peribadi presiden Anak, sebuah NGO yang memperjuangkan peneroka Felda ini.

Tetapi kerja kuat, fokus dalam gerak kerja walaupun belum berhasil yang dilihat oleh perwakilan PAS.
 
5)  Urusan mengendalikan pilihan raya bukan kerja mudah

Proses pemilihan pucuk kepimpinan PAS kali ini membuktikan kerja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan mudah.

 Kalau selama ini PAS dan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa saja mempertikaikan kerja SPR, kali ini mereka sendiri yang merasainya sehingga terpaksa melakukan pengundian semula.

Yang lebih menarik ia dirasai sendiri oleh peguam PAS Asmuni Awi yang selama ini banyak melakukan bantahan terhadap SPR.

Cuma membezakan kedua-duanya, PAS mengakui kesilapan dan terjadilah pesta meminta maaf dalam muktamar kali ini.

Selepas ini sudah tentu pemimpin PAS sangat berhemat dalam urusannya dengan SPR.

summber...TMI

Saturday, November 23, 2013

Mat Sabu Pertahan Jawatan Timbalan Presiden PAS



Tidak Rasmi: Mat Sabu Pertahan Jawatan Timbalan Presiden PAS 

 Penyandang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah mengekalkan jawatannya dengan majoriti tipis, menurut kiraan tidak rasmi.

Penyandang naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub telah mengekalkan kedudukan mereka manakala calon Ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menewaskan Datuk Husam Musa.

Keputusan rasmi akan diumumkan tidak lama lagi.

sumber...Mstar OL

Dr Asri Samakan Allah Dengan Kera ??



Bekas mufti Perlis cabar mufti Kedah sumpah laknat

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencabar mufti Kedah Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad bermubahalah atau bersumpah laknat dengannya selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.

"Jika tidak, saya mengajak beliau bermubahalah iaitu bersumpah laknat atas nama Allah.

"Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya.

"Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau," tulisnya dalam artikel "menjawab fitnah mufti Kedah" dalam blognya hari ini.

Sambil menegaskan tuduhan secara dusta sebagai dosa besar, Dr Asri berkata akan bertemu dengan mufti Kedah di mahkamah Masyar dan menegaskan Allah juga mampu bertindak di dunia ini.

"Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah," kata Dr Asri.

'Tuduhan samakan Allah dengan kera'

Katanya, daripada rakaman yang diperolehnya, Sheikh Muhamad Baderudin bercakap tentang nama satu pihak dan isu Wahabi, namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama Dr Asri.

Antara dibangkitkan dalam video itu, tambah Dr Asri, berkaitan tuduhan kepada aliran Wahabi, pengiktirafan kepada keberkatan Nabi Muhammad dan tuduhan menyamakan Allah dengan makhluk, seperti kera.

"Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar.

"Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber," jelas Dr Asri.

Beliau juga bersumpah dengan nama Allah berhubung dakwaan-dakwaan yang dikemukakan Sheikh Muhamad Baderudin dan memohon ia dibuktikan.

"Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan wallahi, wabillah wa tallahi itu adalah fitnah beliau semata-mata," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi Jabatan Mufti Negeri Kedah melalui e-mel dan Facebook bagi mendapatnya ulasan berhubung perkara. Bagaimanapun jawapannya masih belum diperoleh setakat ini.

sumber...malaysiakini

Friday, November 22, 2013

Kantoi : Buat Sex Dalam Semak



Penduduk berkenaan menunjukkan lokasi warga emas dan wanita OKU tersebut ditemui

 SEGAMAT - Seorang warga emas berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan bogel bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam oleh penduduk kampung di sebuah belukar di daerah ini, petang kelmarin.

Penduduk tersebut memberitahu, dia dihubungi jirannya yang juga isteri warga emas berkenaan meminta tolong mencari suaminya di sekitar padang bola kampung berhampiran, kira-kira jam 2.15 petang.

Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia segera ke lokasi dinyatakan dan melihat motosikal suami jirannya ada di sana.

“Saya berpatah balik untuk ke rumah jiran saya itu bagi memaklumkan hal berkenaan kepadanya, tetapi saya diminta pula mencari suaminya di dalam belukar di sebelah padang itu.

“Jiran saya bimbang kerana suaminya masuk ke kawasan itu bersama seorang wanita lembam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, sebagai langkah keselamatan, dia mengajak seorang rakan menemaninya ke belukar berkenaan.

Menurutnya, sebaik sampai di belukar itu, mereka nampak warga emas dan wanita lembam tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang dan suami jirannya itu sempat membuang objek dipercayai kondom.

“Saya kemudian menyuruh mereka memakai baju dan membawa wanita lembam itu keluar dari belukar berkenaan,” katanya.

Penduduk berkenaan berkata, wanita lembam itu yang dalam ketakutan menjerit memarahi warga emas tersebut dan mendakwa dia sering mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Tambahnya lagi, jirannya turut memberitahu pernah menangkap warga emas dan wanita lembam itu dalam stor rumah mereka dan menasihati suaminya supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dipukul lelaki itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan satu tangkapan telah dibuat, petang kelmarin.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

sumber...s.harian

Thursday, November 21, 2013

Keputusan Pemilihan Ketua Pemuda PAS,Timbalan Dan Naib


Wakil tunggal kumpulan ulama, Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya menempatkan diri dalam barisan kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Pusat setelah diumumkan menang jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS dengan 355 undi.

Kemenangan Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sekali gus menggagalkan usaha bekas Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dari kumpulan profesional untuk menguasai tiga jawatan tertinggi sayap PAS itu pada pemilihan yang berlangsung pada Khamis.

Raja Ahmad Iskandar yang juga Ketua Pemuda PAS Perak mendapat 282 undi.

Muktamar tahunan Pemuda PAS ke-54 itu turut menyaksikan bekas Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat diumumkan sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru apabila memperoleh 320 undi.

 Suhaizan menewaskan dua pencabarnya, iaitu Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamarulzaman Muhammad dan peguam PAS, Zulhazmi Sharif apabila masing-masing hanya mendapat 307 dan 7 undi.

Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Mohd Khairil Nizam Khirudin menang dengan mendapat 411 undi.
Mohd Khairil Nizam

Mohd Khairil menewaskan pencabarnya, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi yang mendapat 226 undi.

BERIKUT SENARAI PENUH KEPUTUSAN:

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

1. Kamarulzaman Muhammad (307)
2. Suhaizan Kaiat (320)
3. Zulhazmi Sharif (7)
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
1. Muhammad Khalil Abdul Hadi (355)
2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob (282)
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
1. Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi (226)
2. Mohd Khairil Nizam Khirudin (411)

sumber...

Amy Search Muflis Kerana Kawan Baik ??



Kawan Khianat Amy (Search) Sehingga Muflis 
  
SHAH ALAM: Sekian lama berdiam diri selepas dikatakan muflis, vokalis kumpulan Search iaitu Amy akhirnya mengaku mengenai kontroversi itu selain mendedahkan dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara tersebut dan hanya akan berbuat demikian apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan.

"Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya," kata Amy kepada mStar Online.

Amy ditemui selepas sidang media Konsert Destini di Hotel Blue Wave di sini, Rabu.

Konsert bagi mengumpul dana Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) itu bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan menampilkan barisan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Pansha (Ungu), Adira, Hafiz, Jaclyn Victor, Awie dan Dayang Nurfaizah.

Amy sebelum ini dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009.

Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.

Dalam pada itu, mengulas mengenai luahannya mengenai perkara itu di Facebook miliknya pada Rabu, Amy berkata tindakannya mendedahkan mengenai kemelut itu berlaku secara tiba-tiba.

Jelas Amy, sebelum ini dia berdiam diri dan mengelak daripada berbicara mengenai perkara itu kerana enggan isu tersebut menjadi kecoh sehingga timbulnya fitnah.

"Apa yang saya kongsi di laman Facebook adalah luahan rasa hati yang saya pendamkan selama beberapa tahun ini.

"Luahan saya itu hanya sedikit dan masih banyak perkara lain belum saya luahkan," jelasnya.

Sementara itu, Amy berkata, walaupun pada mulanya dia sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia telah muflis dan dikhianati oleh sahabatnya sendiri namun dia menyedari ia adalah satu dugaan.

Jelas Amy, dia tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

"Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.

"Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga," katanya.

Malah kata Amy, dia sudah memaafkan orang yang mengkhianatinya dan berharap individu tersebut akan memperbetulkan kembali keadaan.

sumber...Mohd Al Qayum Azizi Mstar OL

Wednesday, November 20, 2013

Pierre Andre Mengaku Guna Populariti Ustaz Azhar Idrus



Ustaz Azhar Idrus (tengah) bersama kumpulan Shiro dalam filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

 PETALING JAYA: Pengarah filem Pierre Andre mengaku menggunakan populariti pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus dalam karya terbaharunya, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! semata-mata untuk meraih tumpuan penonton.

Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, berkata, dia menyedari populariti Ustaz Azhar yang disukai orang ramai membolehkan misinya untuk berdakwah dalam filem berkenaan terlaksana walaupun pendakwah itu hanya muncul untuk tiga adegan sahaja.

"Apabila ingin menghasilkan filem dakwah, saya terfikir, bagaimana nak jadikan filem itu tidak bosan dan saya rasa elemen komedi perlu diterapkan. Memandangkan Ustaz Azhar menjadi idola ramai, saya rasa hanya dia sahaja yang sesuai untuk filem ini.

"Rasanya tidak salah saya gunakan populariti Ustaz Azhar untuk tujuan baik," katanya pada majlis pratonton filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! di Cathay e@Curve di sini pada malam Isnin.

Tambah Pierre, Ustaz Azhar mengambil masa yang lama iaitu selama dua bulan untuk memutuskan sama ada dia ingin terlibat dalam filem tersebut ataupun tidak.
Pierre Andre

Malah pelbagai persoalan yang ditanya kerana dia risau jika pembabitannya dalam filem tersebut boleh menjejaskan imejnya sebagai pendakwah.

"Soalan pertama yang Ustaz Azhar tanya ialah, ada tak perempuan terbabit dalam filem ini. Saya faham mengapa dia mengambil masa lama untuk membuat keputusan kerana enggan melanggar hukum Allah.

"Malah dia juga memberi syarat, sekiranya dia bersetuju untuk terbabit dalam filem tersebut, karya yang dihasilkan itu tidak boleh terlalu tegas, sebaliknya perlu memasukkan unsur-unsur komedi agar ia tidak bosan ditonton.

"Saya pun jelaskan konsep filem ini kepada Ustaz Azhar. Entah kenapa, walaupun dia belum membuat keputusan ketika itu, saya sudah pun menjalani penggambaran dan hati saya berkata yakin dia akan berkata 'ya' untuk filem ini. Alhamdulillah, dia akhirnya terima," ujarnya.

Walaupun Ustaz Azhar hanya tampil untuk tiga babak pada adegan akhir, aura yang dimiliki dapat dirasakan sepanjang perjalanan filem tersebut.

Ia mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) dan Muiz (Ajak Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup dan tiada pegangan agama tetapi bersepakat untuk ke pangkal jalan selepas berlakunya beberapa insiden.

Filem ini turut menyiarkan rakaman ceramah yang pernah dilakukan Ustaz Azhar dan lakonannya pula hanyalah ketika adegan di pantai di mana Dadu dan Muiz menemuinya bagi mendapat pandangan mengenai agama.

sumber...Feride Hikmet Atak

Tuesday, November 19, 2013

Ibrahim Ali Kena Jel Sehari , Denda RM 20,000



Hina mahkamah: Penjara, denda untuk Ibrahim Ali

 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.

Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini.

Zainuddin dalam tulisannya mendakwa Singham, yang mendengar kes saman difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia pada masa itu, sebagai pro-pembangkang.

Zainuddin juga mempersoalkan orientasi seksual hakim berkenaan dan menyatakan bahawa hakim tersebut masih bujang.

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara.

Susulan itu, Ibrahim diperintahkan ditahan di lokap kompleks mahkamah Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini.

Dalam penghakimannya, Hakim O'Hara berkata tindakan oleh kedua-dua defendan merupakan serangan ke atas Hakim Singham dan turut mempersoalkan integriti dan kesaksamaan hakim tersebut.

Tambahnya, tulisan di laman web tersebut juga sub judice kerana Hakim Singham pada waktu itu mendengar kes saman oleh Anwar ke atas Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak.

"Penghakiman yang sesuai perlu dibuat. Saya berharap ini menjadi penghalang kepada sesiapa yang menghina mahkamah," kata O'Hara.

Sementara itu, peguam Ibrahim, Adnan Seman @Abdullah berkata hakim enggan membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, yang menyebabkan Ibrahim terpaksa dipenjara selama sehari hari ini.

"Saya akan failkan rayuan ke atas hukuman itu esok... dengan asas bahawa laman web tersebut tidak dimiliki oleh PERKASA," kata Adnan kepada pemberita.

[Baca berita penuh]

Monday, November 18, 2013

Gambar Banjir Di Riyadh, Saudi


 
BEBERAPA buah kenderaan meredah sebatang jalan yang dilanda banjir di Riyadh semalam.- AFP



RIYADH - Seorang warga Yemen terkorban dalam kejadian banjir yang berlaku akibat hujan lebat di sini, lapor portal berita gulfnews.com semalam.

Warga Yemen itu sedang berjalan di sebatang jalan yang dinaiki air bersama bapanya di Wadi Namar.

Dia dan bapanya berjalan dengan meredah banjir kerana kereta yang dinaiki mereka tidak boleh menyeberangi jalan tersebut yang dinaiki air.

Namun, si mangsa itu dihanyutkan arus yang deras di depan bapanya.

Portal itu tidak mendedahkan identiti si mangsa cuma menyatakan dia merupakan seorang perempuan.

Pihak berkuasa turut mencari dua lagi langsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir itu.
Kementerian Pendidikan Arab Saudi turut menggantung sesi persekolahan di sini akibat banjir tersebut.

Kejadian banjir itu berlaku akibat hujan lebat yang melanda ibu kota Arab Saudi itu sejak kelmarin.

Sebahagian penduduk gembira dengan perubahan cuaca yang berlaku di bandar raya tersebut.

Beberapa buah universiti juga ditutup antaranya Universiti Raja Saud dan Universiti Kesihatan Sains Raja Saud Bin Abdulaziz.

Seorang penduduk di daerah Roudah di sini memberitahu portal berita Arab News, banyak kereta tersangkut di jalan raya ekoran banjir.

sumber... Agensi

Saturday, November 16, 2013

Mini Cooper 5A Pulak Jadi Kecoh



“Suami saya hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Gambar itu dimuat naik di Facebook saya untuk kenangan keluarga dan tiada niat menunjuk-nunjuk.

“Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan kepada anak. Suami akan bawa balik kereta lain, tetapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” kata Nor Aishah Mahmud, 31, ibu kepada Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila, 12, yang gambarnya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga menerima hadiah kereta mewah Mini Cooper S daripada ayahnya tersebar di laman sosial Facebook dan blog sejak kelmarin.


Menurut Nor Aishah, kereta mewah itu hadiah untuk kejayaan anaknya daripada suaminya Zukila Deraman, 36, yang juga peniaga ayam dan tidak bermaksud untuk mempamerkan kemewahan.

Katanya, dia tidak sangka gambar dimuat naik di Facebook itu menjadi perhatian.

 Sementara itu, Siti Nur Fatini yang juga calon cemerlang UPSR dari Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1, dekat sini, berkata, pada awal tahun ini dia pernah memaklumkan kepada ayahnya yang dia meminati kereta itu, tetapi ayahnya hanya berdiam.

sumber...myMetro

Friday, November 15, 2013

"Nasi Ganja" Ipoh Kantoi



INILAH restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom, Ipoh yang diarah tutup kerana kotor semalam. 

 IPOH – Sebuah restoran terkenal di Jalan Yang Kalsom di sini yang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana hidangan nasi kandar diarah tutup selama dua minggu.

Restoran Nasi Kandar Ayam Merah yang mendapat jolokan ‘nasi ganja' itu diarahkan tutup selepas kira-kira 20 pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Perak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis berkenaan petang semalam.

Menurut jurucakap Pejabat Kesihatan Kinta, notis tersebut dibuat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selepas mendapati premis tersebut tidak bersih.

“Premis terbabit diarahkan ditutup bermula pukul 5 petang ini (semalam) sehingga 28 November depan.

“Penutupan selama 14 hari dibuat atas alasan ia tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam,” katanya.

sumber...kosmo OL

Wednesday, November 13, 2013

Apakah Perkara Pertama Dibuat Fizo Selepas Jadi Suami?

 

Pelakon Fizo Omar berkata perkara pertama yang dia lakukan sebaik sahaja bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim, 24, ialah berbincang tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melayari hidup sebagai suami-isteri.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, dia yang juga suami kepada anak pengusaha tudung jenama Fareeda itu masih dalam proses mengenali dan mencari keserasian terhadap wanita tersebut kerana mereka berdua tidak pernah bercinta.

"Perkara pertama ialah kami duduk berbincang tentang peranan masing-masing, Mawar tiada abang jadi saya sebagai suami dan abang buatnya perlu duduk berbincang dalam banyak hal sebelum sesuatu perkara itu dipersetujui.

"Lagi pula masa ini adalah proses kami untuk mencari keserasian dan mengenali hati budi masing-masing,"ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Fizo dan Mawar selamat bernikah pada 10 November lalu di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights, Kajang kira-kira pukul 9.30 pagi.

Tambah Fizo, perasaan yang dirasakannya selepas tiga hari menjadi suami ialah lebih tenang berbanding kehidupan bujang sebelum ini.

"Kehidupan yang sangat berbeza yang mana saya rasa lebih tenang sekarang sebagai suami. Secara jujurnya saya bahagia dan teruja untuk melayari kehidupan mendatang sebagai sebuah keluarga," ujarnya.

Fizo berkata, mereka bakal berpindah ke rumah baharu yang terletak di Country Height, Kajang dan Fizo akan membawa bersama ibu dan adik perempuannya.

"Rumah dah siap dan kami akan pindah dalam masa terdekat ke rumah baru. Buat masa sekarang kami masih tinggal secara bergilir-gilir di rumah ibu mertua masing-masing.

"Ibu dan adik akan tinggal bersama saya kerana mereka adalah tanggungjawab saya sampai mati," katanya.

Sementara itu, Fizo berkata dia dan isteri akan berbulan madu ke Eropah pada Disember ini selama tiga minggu.

Mereka akan menjelajah ke beberapa buah negara di benua itu seperti London, Paris, Itali dan Belanda.

sumber...Kemalia Othman 

Tuesday, November 12, 2013

'Pump Gun' Bunuh Norazita Ditemui



Menurut sumber Polis

KUALA LUMPUR: Polis pada Isnin menemui senjata api yang dipercayai diguna dalam pembunuhan pegawai Ambank ketika rompakan di bank itu bulan lepas.

Menurut sumber polis senjata api jenis 'pump gun' itu ditemui di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Selain pump gun, polis juga menemui sekotak peluru, kata sumber itu kepada Bernama, di sini pada Isnin.

Katanya penemuan senjata api itu hasil soal siasat ke atas suspek utama yang diberkas oleh polis semalam.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, Norazita Abu Talib, 37, maut selepas ditembak di bahagian muka oleh suspek yang juga pengawal keselamatan bank itu ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bank berkenaan.

Suspek kemudian melarikan diri bersama-sama wang rompakan berjumlah RM450,000.Lelaki itu diberkas oleh polis pagi semalam di Kota Tinggi, Johor.

sumber...Mstar OL

Sunday, November 10, 2013

Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar



Fizo dan Mawar selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Foto Ihsan ROTIKAYA. 

 KAJANG: Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara Fizo Omar sah bergelar suami kepada anak pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim.

Majlis pernikahan pasangan itu telah berlangsung dalam suasana meriah di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Ahad.

Acara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Akad nikah telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan Mawar telah menerima mas kahwin sebanyak RM506.

Dalam pada itu, Fizo ketika ditemui berkata, dia sangat bersyukur telah selamat bergelar suami kepada Mawar dan mengharapkan perjalanan hidupnya lebih teratur dan diberkati selepas ini.

"Saya sangat bersyukur kerana kini sah bergelar suami. Ini adalah satu permulaan baharu dalam kehidupan saya," katanya.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28 dan Mawar, 24, terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu iaitu sehari sebelum mereka bernikah.
Pelakon dan pengacara itu kelihatan sebak sebaik sahaja majlis akad nikah selesai diadakan.

Terdahulu Fizo pada 28 Oktober lalu telah melamar Mawar di sebuah panggung wayang sambil disaksikan oleh pihak media.

Kejutan itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan itu.

Sementara itu, pihak pengantin lelaki telah membawa tujuh buah dulang hantaran kepada pengantin perempuan iaitu mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, sebuah motosikal dan jongkong emas seberat 1.011 kilogram.

Manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang iaitu tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, dua buah naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal MF120, topi keledar dan sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.

Menariknya mengenai majlis berkenaan, sebanyak lapan selebriti lelaki terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As'ari, Karl Shafek dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Selain itu rombongan pengantin lelaki turut diiringi dengan konvoi 30 buah motosikal berkuasa tinggi.

sumber...Mohd Al Qayum Azizi

Polis Cekup Pembunuh Pegawai Ambank Pagi Ini



Polis tahan pembunuh pegawai Ambank pagi ini

Polis menahan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank Norazita Abu Bakar dan melarikan wang sebanyak RM450,000 di cawangan Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya di Johor pagi ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) mengesahkan perkara ini akan tetapi enggan untuk mengulas lanjut  dan mengatakan kenyataan akhbar akan dikeluarkan hari ini.

“Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat M'sia yg terus membantu@PDRMsia,” kata Khalid melalui akaun Twitter @KBAB51 hari ini.

Suspek dikenal pasti berasal dari Sabah, berumur 37 tahun dan dituduh menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas keprihatinan dan kerjasama mereka dalam kes ini.

“Pada jam 7.00 pagi 10 Nov 2013, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

“Pihak Polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” kata Hadi dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media sebentar tadi.

Dalam kejadian menyayat hati pada 23 Oktober itu, Norazita, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan pada 6.20 petang, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Pada hari sama, polis menahan tiga ahli keluarga suspek di Subang Jaya dan berjaya mendapatkan kembali RM20,000 daripada keseluruhan wang yang dilarikan.

Dua yang ditahan juga bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menggunakan kad pengenalan palsu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kemudiannya mengumumkan lesen operasi syarikat keselamatan tersebut ditarik balik kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Timbalan Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim mengatakan kesalahan utama syarikat keselamatan itu adalah kegagalan menyemak latar belakang suspek terlebih dahulu sebelum memberikan pekerjaan dan senjata.

sumber...TMI

Saturday, November 9, 2013

Manohara Buat Tatu Merah Di Bibir




PELAKON Manohara Odelia Pinot mengambil langkah membuat tatu merah pada bibirnya agar ia sentiasa kelihatan merah, tanpa perlu menggunakan solekan.

Menurut laporan portal Kapanlagi, Manohara membuat keputusan itu selepas merasakan dia sukar memperuntukkan masa untuk menyolekkan wajahnya setiap kali keluar rumah.

"Saya seorang yang tidak boleh keluar rumah tanpa sebarang solekan di wajah. Kesibukan saya sebagai pelajar jurusan fesyen dan pelakon membuatkan saya tidak ada masa untuk meletakkan gincu pada setiap masa.
Manohara sanggup membuat tatu di bibir demi kecantikan wajahnya.

"Jadi rasanya, melakukan tatu adalah jalan penyelesaian yang paling mudah di mana saya tidak perlu berfikir untuk memakai gincu setiap masa," ujarnya.

Tambah Manohara, pada mulanya dia agak takut untuk berbuat demikian, namun selepas bertatu, rasa sakit yang dialami tidaklah seteruk yang disangka.

Manohara sebelum ini pernah berkahwin dengan kerabat Kelantan iaitu Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

sumber...kapanlagi

Friday, November 8, 2013

Saintis Sahkan Yasser Arafat Diracun


BOCHUD (kiri) dan Mangin bergambar dengan dokumen yang menunjukkan laporan siasatan terhadap polonium yang ditemui pada tulang dan pakaian Arafat.
LAUSANNE, Switzerland - Seorang saintis Switzerland, Profesor Francois Bochud dari Institut Radiofizik Lausanne menyatakan, terdapat bahan polonium dalam kuantiti yang tinggi pada tulang bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat.
Menurut Bochud, bahan beracun itu juga ditemui pada barang-barang peribadi milik Arafat sekali gus menunjukkan terdapat pihak ketiga yang menyebabkan kematiannya pada tahun 2004.
"Ia menunjukkan terdapat pihak ketiga yang terlibat (yang menyebabkan kematian Arafat)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Bagaimanapun, pasukan itu hanya memberikan sokongan pada tahap sederhana tentang idea bahawa Arafat telah diracun dengan bahan radioaktif itu
"Hasil kajian kami menyokong teori beliau diracun," tambahnya.
Menurut Pengarah Pusat Forensik Hospital Universiti Lausanne, Patrice Mangin, bahan beracun itu tidak menyerap masuk ke dalam badan Arafat secara semula jadi.
Ekoran pendedahan itu, balu Arafat, Suha menyatakan, beliau yakin terdapat orang yang dekat dengan bekas pemimpin tersebut yang meracunnya.
Beliau menganggap kematian Arafat adalah disebabkan pembunuhan politik.
Kadar kandungan polonium itu adalah 20 kali lebih tinggi daripada yang digunakan untuk tujuan penyelidikan.
Selepas pendedahan itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin menyatakan, tiada keraguan lagi bahawa Arafat telah mati diracun.
Pegawai itu, Wasel Abu Yusef berkata, pihaknya meminta satu jawatankuasa antarabangsa menyiasat tentang pembunuhan itu.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada tahun 2004.
Punca kematiannya menjadi misteri dan masih belum disahkan.
Pada tahun lalu, sebuah makmal di sini menemui kesan polonium-210 pada pakaian pemimpin itu yang diserahkan oleh balunya, Soha.
Lebih banyak sampel telah diambil pada jenazahnya di Tebing Barat.
Polonium-210 merupakan bahan radio aktif beracun yang sukar dikesan menggunakan alat pengesan radio aktif kerana susunan zarahnya.
Kurang satu gram serbuk polonium-210 berwarna perak boleh menyebabkan kegagalan organ yang membawa kepada kematian.
Racun tersebut biasanya dicampur ke dalam minuman dan makanan dengan tujuan untuk membunuh mangsa.
Dalam pada itu, ramai penduduk Palestin percaya Israel telah meracun Arafat tetapi dinafikan oleh regim Zionis.
"Kami tidak pernah membuat keputusan untuk memudaratkan Arafat secara fizikal," kata Menteri Tenaga Israel, Silvan Shalom yang berkhidmat sebagai Menteri Luar pada tahun 2004 ketika diwawancara Radio Israel.
"Pada pendapat saya, tuduhan ini telah digembar-gemburkan. Namun, jika benar beliau (Arafat) diracun, ia bukan kerja Israel," kata Shalom.
"Mungkin ada orang dalam yang mempunyai niat atau kepentingan untuk membunuhnya," tambah menteri berkenaan. 

sumber... Agensi

Thursday, November 7, 2013

Masjid Bawah Tanah Pertama Di Dunia



Kerajaan Turki membina sebuah masjid bawah tanah, yang pertama seumpamanya di dunia.Pembinaan itu dilakukan di daerah Buyukcekmece, Istanbul.

Ia adalah penjelmaan daripada rekaan pertandingan Festival Senibina yang diadakan tidak lama dulu dan dimenangi oleh arkitek tempatan, Emre Arolat.

“Masjid adalah tempat muhasabah diri dan berdoa. Ia adalah cabang Kaabah,” kata Mufti Buyukcekmece, Mehmet Narin ketika melawat tapak pembinaan itu semalam.

Menurutnya, masjid tanpa menara itu adalah inspirasi dari Gua Hira, tempat Rasulullah (SAW) menerima wahyu pertama.

Bangunan itu yang seluas 1.200 meter persegi terletak sedalam kira-kira tujuh meter di bawah tanah.

Untuk menambahkan lagi keunikannya pencahayaan waktu siang dibantu oleh sinaran mata hari, seolah-olah untuk mewujudkan suasana spiritual.

Masjid itu yang diberi nama Sancaklar, memiliki ruang ibadah yang luas hingga mampu memuatkan 650 jemaah.

Emre Arolat yang mereka masjid itu berkata, ia bertujuan memberi jemaah peluang untuk beribadah dengan khyusuk.

sumber...MyMetro

Wednesday, November 6, 2013

PANAS: Ada isu Besar Akan Meletop Dalam Malaysia ..


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) nampaknya sedang menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.

Menurut sumber The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Gani.

Antaranya Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar atau tidak ada dua pegawai Amerika Syarikat yang didakwanya agen kepada  Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja di pejabat Peguam Negara sekarang.

itu, Zahid didakwa berjanji akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir itu.

Hari ini, Malaysiakini mendedahkan, Dr Mahathir  melalui orang kepercayaannya memanggil bekas pegawai penyiasat polis terhadap kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim ke rumahnya.

Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.

Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya di Country Height. Turut serta adalah bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Matthias Chang.

Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Gani bermula daripada kes mata lebam Anwar lagi.

Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa. Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.

Selepas pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya  adalah dakwaan salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar  kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut dihantar salinan Akuan Bersumpah itu adalah Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyidin Yassin.

sumber...TMI

Aeril Zafrel Pernah Kawen Dengan Ummi Nazeera ??



Aeril Zafrel Anggap Fitnah Kahwini Ummi Nazeera Serangan Peribadi 

 PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel menganggap tuduhan bahawa dia pernah berkahwin dengan pelakon Ummi Nazeera adalah fitnah yang bertujuan memburukkan lagi dirinya pada mata masyarakat.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dengan pelakon wanita tersebut tidak pernah berjumpa dan mereka hanya bertegur di laman sosial secara terbuka.

"Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya.

"Secara jujurnya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Aeril berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera sebelum kontroversi perkahwinannya dengan Wawa Zainal terbongkar pada Oktober lalu.

Satu laporan akhbar mendakwa Aeril pernah berkawan baik dengan Ummi dan meminati lakonan wanita itu.

Jelas Aeril, dia kesal dengan tuduhan tersebut dan menganggap ia sebagai satu serangan peribadi.

 Bagaimanapun, dia a menerima perkara itu sebagai satu ujian daripada Allah agar menjadikannya insan yang lebih kuat.

Sementara itu, Aeril mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia di samping isteri dan anaknya Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia hampir tiga bulan.

"Alhamdulillah kehidupan kami kini bahagia dan tenang, Wawa tinggal dengan saya di sini dan anak kami semakin membesar dan sihat.

"Kalau boleh biarlah masyarakat mengenali kami sahaja dan saya mahu anak saya membesar dalam dunia dia sendiri tanpa melibatkan sebarang publisiti," katanya.

Tambah Aeril, selepas kontroversi perkahwinannya itu ramai yang tampil memberi sokongan moral kepada mereka sekeluarga.

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya, selepas isu ini apa yang saya lihat lebih ramai yang memberi sokongan kepada kami," katanya.

Terdahulu pada 11 Oktober lalu pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dalam satu sidang media menjelaskan mereka sudah bernikah sebanyak dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan kali kedua, 4 Februari lalu.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.

sumber...Kemalia Othman

Tuesday, November 5, 2013

Hafiz Perjelas Gambar Mesra Bersama Adira


Foto hafiz bermesra dengan Adira yang dimuatkan di Instagram milik penyanyi wanita itu.
PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz menjelaskan gambar mesra dia bersama bekas kekasihnya, Adira yang dimuat naik menerusi Instagram milik penyanyi wanita itu hanyalah foto biasa sahaja.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 23, berkata, foto tersebut diambil ketika bertemu di sebuah majlis perkahwinan rakan mereka pada minggu lalu.
"Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap berdasarkan foto yang dimuat naik itu," katanya kepada mStar Online.
Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas sekeping gambar mesranya dengan Adira yang dimuat naik melalui Instagram milik Adira. Foto tersebut turut memaparkan dua lagi rakan di samping mereka.
Dalam pada itu Hafiz meminta mana-mana pihak tidak mengaitkannya lagi dengan Adira kerana bimbang khabar angin tersebut melukakan hati kekasih penyanyi wanita itu.
"Memanglah dahulu saya dan dia (Adira) bercinta itu tiga tahun lepas dan sekarang ini kami hanya kawan.

"Rasanya tak manis jika kami dikaitkan lagi. Nanti apa pula kata pasangannya yang mungkin terluka dengan gosip sebegini," ujarnya.
Sementara itu, Hafiz berkata dia akan berduet dengan penyanyi Indonesia Datuk Rossa menerusi lagu terbaharu berjudul Salahkah, ciptaan Charly Van Houten (Setia Band).
Penyanyi yang popular dengan lagu Bahagiamu Deritaku itu telah pun bertolak ke Jakarta pada Isnin (semalam) untuk mengadakan sesi rakaman sekali gus penggambaran klip video di sana.
"Jika sebelum ini saya berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Muara Hati kini saya dapat berduet pula dengan Rossa. Kerjasama ini adalah satu penghargaan yang besar buat diri saya.
"Saya harap lagu ini akan membuatkan para pendengar berpuas hati. Tambah pula komposer yang mencipta lagu ini bukan calang-calang orang," tuturnya.
sumber...FERIDE HIKMET ATAK

Monday, November 4, 2013

PRK Sg Limau: PAS Menang Walau BN "All Out"

Tahniah orang Sg Limau makan umpan jer...

Kail tak makan...

 

 PAS mengekalkan kemenangan mereka di Sungai Limau yang disandang sejak tahun 1995 tetapi dengan majoriti jauh lebih kecil berbanding dua pilihan raya lalu.

Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, memperoleh undi sebanyak 12,069, manakala calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim pula memperoleh undi sebanyak 10,985, sekaligus menyaksikan PAS menang dengan majoriti sebanyak 1,084.

Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh pegawai bertugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum itu, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tiba di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Agama Yan pada jam 8 malam, antaranya Pesuruhjaya PAS negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar, Bendahari PAS negeri Kedah Datuk Amiruddin Hamzah, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua DAP Kedah Zairil Khir Johari dan pemimpin negeri yang lain.

Sejumlah 23,249 atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi hari ini.

Kesemua 17 pusat pembuangan undi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau secara rasmi ditutup pada jam 5 petang tadi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah berikutan penyandangnya arwah Tan Sri Azizan Razak kembali ke rahmatullah pada 26 September lalu.

Azizan merupakan wakil rakyat kawasan DUNun tersebut sejak tahun 1995 dan merupakan menteri besar Kedah dari 2008 ke 2013.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, Azizan memperoleh majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.

Beliau menewaskan calon BN Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit mereka.

sumber...MD IZWAN TMI

Gambar Wanita Umno Kena Tumbuk Di Ulu Sedaka


Siapa yang daa bagi penumbuk tuu ?...kah kah kah

Macam ler siapa yang gantung patung kaki kudong tuu kan kan kan ?..

Jangan pandai buat dakwaan jer kan..

Berita berkaitan

 Polis Kedah mengesahkan menerima laporan kes berhubung Ketua Wanita cawangan Bandar Baru Sentul (1C) Norsidah Abu Bakar yang didakwa ditumbuk penyokong PAS ketika merayu undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di Yan hari ini.
  
NONEKetua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata polis telah menerima laporan yang dibuat Ketua Wanita Umno Bahagian Seputeh, Datuk Azizah Abdul Samad dan mangsa, pada pukul 11 pagi ini.
  
Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat kes itu
mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan, katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di Yan hari ini.
  
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi tadi di mana wanita itu ditumbuk di bahagian muka. Kita sedang usaha kesan siapa yang melakukan perkara ini dan wanita itu telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Yan," katanya.
  
Ahmad meminta penyokong kedua-dua parti agar mematuhi arahan polis dan nasihat petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berjalan lancar.
  
"Polis akan sentiasa bantu SPR agar mereka tidak dikasari mana-mana penyokong semasa menjalankan tugas. Polis sedaya upaya sentiasa pastikan keadaan terkawal di kesemua 17 pusat pengundian," katanya.
  
Sementara itu, Norsidah, 50, yang juga anggota Jawatankuasa Wanita Bahagian Batu berkata beliau bersama perayu undi Barisan Nasioanl (BN) lain yang tiba lebih awal mengambil tempat di kawasan berhadapan sekolah itu.
  
Mereka kemudiannya didatangi sekumpulan lelaki dari PAS yang menyuruh mereka beredar dengan alasan tempat berkenaan milik mereka, katanya.
  
"Disebabkan keengganan kami (untuk beredar setelah didesak oleh kumpulan lelaki itu), maka mereka bertindak kasar hingga polis terpaksa mententeramkan keadaan.
  
"Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30an menumbuk bahagian mata saya dengan tangannya yang dibaluti bendera PAS. Akibat tumbukan kuat itu, saya terus rebah dan hampir pitam," katanya.
  
Beliau kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ulu Sedaka berhadapan sekolah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Yan untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.
  
"Doktor menyuntik ubat tahan sakit dan menasihatkan saya supaya kembali ke hospital jika mata saya masih berdenyut dan sakit dalam masa 24 jam ini," katanya yang telah sembilan hari berada di sini untuk berkempen bagi meraih undi di DUN Sungai Limau.

sumber...Bernama

PRK Sg Limau: PAS Dijangka Menang



PAS dijangka menang, majoriti merosot

Kempen  yang menyaksikan pertembungan di antara calon PAS, Mohd Azam Abd Samat dan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim telah berlangsung selama 12 hari dan akan berakhir dalam tempoh beberapa jam.

PAS dijangka akan dapat mengekalkan penguasaan di DUN Sungai Limau dalam pilihan raya kecil kali ini, namun dengan majoriti berkurangan berbanding 2,774 undi pada 5 Mei.

Jangkaan ini antara lainnya berdasarkan kempen BN dengan jentera yang lebih agresif dan lebih tertumpu berbanding pilihan raya umum sebelum ini.

Namun, usaha ini dijangka masih belum memadai untuk memujuk penyokong tegar PAS untuk mengubah sokongan mereka.

Dalam kempen kali ini, BN dilihat berpeluang untuk melibatkan agensi kerajaan dalam kegiatan kempen untuk memujuk pengundi.

Penglibatan agensi

Pemerhatian ini berdasarkan program sewaktu kempen yang antara lainnya melibatkan agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, serta Yayasan Felda yang dianjurkan untuk memikat pengundi.

Program tersebut mensasarkan kepada kumpulan usahawan tani, yang membentuk sejumlah besar pengundi, seperti pada majlis 'Himpunan peladang, penternak dan nelayan Mada 2013' pada 26 Oktober lalu.

Dalam program itu mengagihkan 5 kilogram baja percuma, anak pokok jambu dan mempelam serta 20 ekor anak ayam kepada hadirin.

Tumpuan BN ke atas golongan ini juga boleh dilihat seperti dalam program 'Kami Prihatin Yayasan Felda' pada 25 Oktober lalu. Dalam program ini, Yayasan Felda menyalurkan sumbangan bernilai RM1.12 juta termasuk pemberian kaca mata.

Namun, usaha untuk menembusi kubu PAS dilihat masih menjadi cabaran besar buat BN.

Pengaruh Allahyarham Azizan

PAS telah menguasai kawasan DUN ini selama lima penggal sejak tahun 1995 lagi dan kerusi itu juga disandang oleh tokoh yang dihormati di kawasan ini – Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Azizan menjadi orang kepercayaan parti Islam tersebut untuk mengetuai pentadbiran Kedah apabila negeri tersebut jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12.

NONEKeputusan pilihan raya umum ke-13 sememangnya memihak kepada BN, yang kembali mentadbir negeri tersebut dengan diketuai oleh Datuk Mukhriz Mahathir – anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, pilihan raya kecil ini terpaksa dilakukan hanya beberapa bulan selepas pilihan raya umum kerana Azizan meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis.

Oleh yang demikian, kumpulan penyokong yang memberi kemenangan kepada Azizan, lima bulan lalu dijangka akan terus mengekalkan pendirian mereka, menurut pusat kajian ILHAM Centre.

Pengerusi eksekutifnya, Muhamad Hisommudin Bakar yang melakukan tinjauan terhadap 602 orang pengundi di Sungai Limau bermula 28 Oktober sehingga 1 November lalu.

Pengundi tak banyak ubah fikiran
Daripada hasil culaan yang dilakukan, beliau menjangkakan PAS kekal di Sungai Limau dengan majoriti sekurang-kurangnya 1,800 undi.

"Pengundi dijangka tidak banyak mengubah fikiran mereka dalam tempoh lima bulan ini," katanya kepada Malaysiakini.

NONEMenurutnya, BN dijangka mampu menembusi beberapa daerah mengundi yang dikuasai PAS namun, Sungai Limau secara tradisinya merupakan kubu kuat PAS.

Penguasaan PAS di 13 daripada 19 daerah mengundi dalam pilihan raya lalu memberikan cabaran hebat buat jentera kempen BN.

PAS sebelum ini menang di daerah mengundi Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga, Bukit Choras, Bukit Besar, Simpang Tiga Luar, Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka, Ulu Sedaka, Padang Lumat, Batu Enam Belas dan Kampung Titi Batu.

BN pula menang di daerah mengundi Simpang Tiga, Selengkoh, Sungai Daun, Dulang Besar, Dulang Kechil dan Sungai Kering.

Dalam kempen kali ini, BN mengatur strategi dengan menempatkan pusat arahan serta bilik gerakan utama sayap Wanita Umno, Puteri Umno serta Pemuda Umno di kawasan kubu PAS - daerah mengundi Sungai Limau.
Beliau juga berpendapat bahawa BN mampu merampas daerah mengundi Kampung Titi Batu memandangkan rumah calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim berada di kawasan tersebut.

Beliau juga melihat BN memusatkan aktiviti mereka di daerah Kampung Lumat, yang menimbulkan andaian bahawa ia mungkin akan dikuasai parti tersebut.
Namun, secara keseluruhannya, kempen jentera BN dilihat belum cukup untuk menumbangkan PAS, kata Hisomuddin.
"Jentera Umno di sini kekal seperti begitu sahaja. Mereka tak berkempen sepenuhnya seperti sewaktu pilihan raya kecil Kuala Besut dahulu," katanya.
90 peratus Cina undi PAS
Selain itu, pengundi Cina kali ini juga mungkin beralih sokongan kepada BN apabila parti itu memberikan bantuan berjumlah RM2.25 juta kepada tiga buah sekolah Cina serta tabung pendidikan Cina di Sungai Limau.

sungai limau by election 281013 mukhrizJika langkah ini berjaya berjaya mengurangkan majoriti PAS seperti diramalkan, ia mungkin menjadi tanda penerimaan penduduk Sungai Limau terhadap Mukhriz yang mengetuai kempen BN di Sungai Limau.

Bagaimanapun, sejauh mana sokongan mereka akan beralih arah masih sukar dijangka kerana pengundi Cina hanya berjumlah 1,827 orang dan 90 peratus daripada mereka mengundi PAS dalam pilihan raya lalu.

Kehadiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Sungai Limau dua hari lalu serta anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang semalam yang mengingatkan pengundi agar "menjaga air muka" mereka daripada mengundi BN mungkin mampu mengekang peralihan undi itu.

Jika PAS kekal mempertahankan kerusi Sungai Limau, ia akan menjadi sagu hati buat parti itu yang terlepas pentadbiran negeri selepas mentadbirnya selama satu penggal apabila menang dalam pilihan raya tahun 2008.

sumber...Ahmad Fadli KC malaysiakini

Sunday, November 3, 2013

Gambar Baby Ada Bulu (Berbulu)

  

SAVITA mendakap bayi perempuannya.

Madhavnagar: Bayi baru dilahirkan ini berbulu dari hujung rambut sehingga hujung kakinya merupakan anggota terbaru keluarganya yang digelar Werewolf (serigala jadian).

Bayi berusia 22 hari itu mewarisi gen luar biasa keluarganya yang mengakibatkan keadaan dikenali sebagai Sindrom Werewolf.

Ibunya Savita Sambhaji Raut, 26, berkata, beliau bimbangkan masa depan anak perempuannya itu akibat mewarisi sifat berkenaan, namun reda menerima suratan takdir.

Malah, beliau tetap menyayangi anaknya itu tidak kira rupanya.

 Beliau yang ditemui di rumahnya di Madhavnagar, India Tengah berkata: “Saya amat gembira apabila dia selamat dilahirkan, namun saya sedih. Saya bimbangkan masa depannya, namun ini yang ditakdirkan Tuhan untuk kami. Saya ibunya jadi saya mesti menerima dan meneruskan kehidupan.”

Ayah bayi berkenaan Milind bagaimanapun amat gembira menyambut kelahiran anak perempuannya itu.

Bayinya yang masih belum diberi nama antara beberapa ratus orang saja di seluruh dunia yang menghidap Sindrom Werewolf.

Keadaan itu yang turut dikenali sebagai hypertrikosis tidak boleh dirawat.

sumber... AFP

"Kaki Ustaz" Replika Paling HOT PRK Dun Sg Limau



Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perbuatan menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN Dun Sungai Limau sebagai perbuatan yang tidak wajar dan berakhlak.

Beliau menegaskan, perbuatan penuh provokasi itu bukan sahaja tidak wajar bahkan ia hanya akan mengguris lagi perasaan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.


"Saya tidak tahu pihak mana yang bertanggungjawab, tapi satu perbuatan tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak beradab.

"Perbuatan itu merupakan akan terus mengguris hati keluarga seperti mana ucapan timbalan perdana menteri sebelum ini yang mengguris hati orang yang telah bersama Allahyarham Tan Sri Azizan selama lima penggal," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas Sg. Limau, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perbuatan menggantung patung kaki yang menyerupai bekas wakil rakyat kawasan itu berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.

Perbuatan tidak bermoral itu juga mendapat perhatian serius daripada Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila satu laporan polis telah dibuat pada siang tadi.

"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," katanya.

Menurut sumber BN, patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau dekat sini.

Dalam pada itu, Mahfuz menambah, Pas menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, bagi menjaga nama baik parti itu daripada perbuatan sabotaj dari pihak lawan.

sumber...Nizam Zain s.harian