Followers

Saturday, August 13, 2011

Sambutan Ulang Tahun PAS di Pulau Pinang 1 Oktober 2011

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: PAS akan mengadakan sambutan besar-besaran perayaan 60 tahun penubuhan parti itu di Pulau Pinang pada 1 Oktober depan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi sambutan kerana negeri itu merupakan tempat lahir PAS.

"Hari lahir PAS memang pada bulan Ogos tapi disebabkan bulan Ramadhan, pimpinan minta tangguh ke bulan Oktober.

"Kita akan cuba dapatkan padang Majlis Perbandaran Butterworth, tempat kongres pertama PAS diadakan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Sambutan tersebut akan diisi dengan konvensyen pada sebelah paginya, petang acara melibatkan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Unit Amal dan ceramah pimpinan tertinggi parti pada sebelah malam.

sumber...harakahdaily