Followers

Wednesday, August 17, 2011

Kantoi, Dipenjara, denda rakam video wanita buang air kecil

Kes buta karey

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Seorang pekerja am dihukum penjara 13 hari dan didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah merakam video seorang wanita sedang membuang air kecil di tandas sebuah hospital menggunakan telefon bimbit, bulan lalu.

Khairulsfairuse Ahmad Madli, 30, didakwa merakamkan video tersebut menggunakan telefon bimbit jenis Sony Ericsson di dalam tandas wanita Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini pada pukul 10.45 pagi, 7 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Rozana Husin mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd. Nasir memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula pada hari ini dan tempoh itu ditambah lapan bulan lagi sekiranya tertuduh yang tidak diwakili peguam bela gagal membayar denda.

Beliau turut mengarahkan rakaman video itu dipadam dan dihapuskan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa ternampak kelibat seorang lelaki sedang merakamnya membuang air kecil dengan menggunakan sebuah telefon bimbit.

Mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu menjerit dan melarikan diri namun sempat mengunci pintu tandas wanita terbabit.

Tertuduh yang tidak dapat melarikan diri kerana terkunci, akhirnya diberkas oleh pihak polis selepas pengadu membuat laporan kepada pihak berkuasa.