Followers

Friday, August 5, 2011

Mahkamah Tinggi kekal keputusan bebas Mat Sabu

Polis perlu kepada kursus profesionalisma

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan mahkamah majistret membebaskan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu daripada tuduhan menghalang tugas penjawat awam pada 2007.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Zamani A Rahim mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang yang membebaskan Mohamad dari tuduhan tersebut kerana waran tangkap terhadapnya diragui.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, selain bersetuju dengan keputusan mahkamah majistret itu, Zamani berkata, pertuduhan terhadap Mohamad juga cacat.

Selain Mohamed Hanipa, timbalan presiden PAS itu juga diwakili peguam Aminuddin Zulkipli dan Yusnita Yusoff.

Manakala pendakwaaan dibuat oleh Ketua Unit Pendakwaraya Pulau Pinang Suhaimi Ibrahim.

Pada 3 Januari lalu Mahkamah Majistret Jawi membebaskan Mohammed dan sembilan yang lain daripada tuduhan menghalang ketenteraman awam dengan menghalang tugas penjawat awam.

Majistret Mohd Izaham Ali melepaskan mereka daripada tuduhan yang didakwa dilakukan pada 9 Disember 2007 di susur keluar Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan.

Mereka juga didakwa menolak anggota polis dan enggan membuka pintu kereta apabila diminta berbuat demikian.

Dilaporkan majistret berkata, terdapat percanggahan antara kenyataan polis dan juga saksi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam reaksi terhadap keputusan tersebut Mohamad berkata beliau sangat gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu.

sumber...malaysiaKini