Followers

Thursday, August 11, 2011

Ustaz dipercayai liwat pelajar ditahan



KUALA TERENGGANU: Seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini hari ini ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu.

Ustaz berkenaan yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di kediamannya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan, berkata penahanan suspek berikutan laporan polis yang dibuat mangsa di Balai Polis Batu Rakit petang semalam.
"Guru berusia 42 tahun itu sudah berkahwin dan dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lalu di kuarters perguruan sekolah berkenaan, bersebelahan asrama putera yang dihuni mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Manoharan berkata, polis masih menyiasat kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar lelaki lain turut menjadi mangsa guru tersebut.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rosila Nik, membenarkan guru berkenaan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

sumber...BERNAMA