Followers

Tuesday, August 2, 2011

PR indon didaftar sebagai pengundi


Jelas dari sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas, tiada menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.

Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi.

Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).

Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menjamin bahawa tiada warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Seorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu.

Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru.

malaysiaKini